" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Hati-hati dengan SMS Palsu

Pin Pin Pon Pon || ,

Perkara ni semua cerita lama, tapi masih lagi berlaku.. Hari ni saya nak cerita pasal SMS palsu yg kebanyakan pada kita pernah dapat, tp kenapa masih ada yang tertipu dengan benda tu? Kenapa masih nak percaya, sedangkan pihak2 yang tertentu telah mengeluarkan notis bahawa tak pernah terlibat dengan aktiviti penipuan tu. Tak kurang juga dengan berita-berita yang keluar di surat khabar.. Pihak yang terbabit dengan penipuan ni hanya menggunakan nama-nama syarikat terkenal seperti, 'Coca-cola', 'Power Root', 'Shell', 'Petronas', 'Astro' dan banyak lagi.. Tak kurang juga yang menggunakan nama 'Bank Islam', 'Akademi Fantasia' dan nama-nama lain yang boleh menarik minat kita semua.

Antara SMS palsu yg dihantar pihak tak bertanggungjawab kepada saya :

Sender : +6285723718xxxx
23-Sept-2010 12:46

Your Berjaya Cabutan bertua RM30.000,00,-
From COCA COLA
Sila Call Office: 017-894-xxxx
No siri.004577

Penghantar:
COCA COLA

------------------------------------------------------------------------

Sender : +6017894xxxx
29-May-2010 08:32

"Tahniah"
No.SIMcard Anda
mdpRM20.000,00
dari"COCA-COLA"
No.Pin-DT2547
Sila Call Office:
017-894-xxxx
(Abd.rahman bin sulaiman)
Terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------

Sender : +6017839xxxx
04-May-2010 19:24

From;"Coca cola"SDN
BHD
Tahniah Sincrd
Anda t'lah brjaya
Menang Promosi
RM.25.000 .00 siri
4a057f Hub:
Office talian 014850xxxx
Terima kasih

--------------------------------------------------------------------------

Mari fikir dengan logik.. Apa kesalahan mereka dlm SMS tersebut:

1. Nombor telefon penghantar - Yang ini paling ketara, menggunakan no. tel yg bukan no di Malaysia, dan menggunakan no.tel bimbit. Logik ke? Tak kan?

2. Cara taip 'RM' - Ade ke cikgu kita ajar taip nilai RM mcm tu? kalau RM30.000,00, berapa nilainya? mcm mana nak sebut? kalau ikut logik mcm Rm30 saje.. Mengikut pengetahuan saya itu adalah cara org dari negara jiran kita menulis nilai duit mereka.. Selepas setiap kosong ada tanda titik atau koma.

3. Bahasa dan ejaan - Tak formal langsung kan? ejaan pun tunggang langgang.. dgn bahasa kasarnya mcm budak tak sekolah..

4. Kekerapan SMS - Berapa kali dalam seminggu/sebulan kita dapat SMS mcm tu? Boleh kate tiap2 bulan msti ada dapat kan? Nombor yang digunakan pulak berbeza2, tp syarikat ttp same, COCA COLA, xbleh blah btol laaa..

5. Nombor telefon OFFICE - Ofis mane yang guna handphone? Tak de nombor talian tetap ke? Fikir betul-betul sebelum call ye..

6. Kawan kita pun menang - Banyak betul duit COCA COLA nak bagi kat kita semua ni.. berapa ramai yg menang RM20.000,00 tu.. haha.. tipu!

7. Dorg kate simcard kita menang cabutan bertuah/mng promosi.. Fikir btol2.. baiknya hati COCA COLA nak bg kita duit banyak mcm tu, tanpa menyertai apa-apa pertandingan yang dianjurkan, xde pulak pegi kumpul tin2 coke, xde isi borang.. mane adee.. terang2 dah tipu kat situ..

Kalau masih tak percaya dengan ape yg saya tulis pada entry ni, boleh try call nombor2 office tu.. Dengar ape org tu ckp, dengar apa bahasa pertuturan dia, ape dia suruh buat dan bla bla bla.. Perkara yang dorg akan suruh kita buat ialah masukkan duit dgn jumlah tertentu ke dalam sebuah akaun bank.. Ni siapa yang menang ni? kita menang ke dorg yg menang duit tu? Yang paling bahaya bila dorg ni minta no akaun bank kita and no.pin sekali.. Oopp nanti2.. kan masa kita buat akaun, kita tau, no.pin tu kan rahsia.. jgn tulis kat merata tempat atau bgtau sape2.. so jgn la sng2 bg ok..

Walaupun ramai sedar benda ni semua adalah taktik sindiket penipuan, masih ramai lagi yang tertipu, kerana buta mata dgn nilai Ringgit yang ditawarkan, sampaikan xmampu fikir dgn logik.. Nasihat saya, abaikan je SMS mcm tu, bimbang bila kita call mgkin kita boleh dipukau sampaikan tak sedar semua duit kita dah bg pada mereka.. Jangan pulak nanti 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.. Syukurlah dengan rezeki dari Allah.. Hati2 la..


2 Kuntum Bunga:

IN said...

setuju. syarikat tak akan buat pertandingan/bagi hadiah tanpa orang ramai membeli produknya.. sebab itu tiap kali penyertaan, mesti kene disertakan bukti pembelian. sedangkan kita tak beli, diorang nak bagi adiah..apakah itu?

Ainismaira said...

itulah penipuan namanya.. tp pelik sgt kenapa masih ramai yg tertipu.. isk2..

Related Posts with Thumbnails