" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Petua Ma - Buih Beluru

Pin Pin Pon Pon ||

Hari ni masa tengah sembang dengan Ma ( mak saya ) pasal syampu, Ma ckp dulu2 kalau kat Kelantan ( asal sane ) orang gunakan buih kayu dari pokok beluru untuk dijadikan syampu.. Pertama kali dengar nama beluru, Ma pun kata kalau nama kat sini org panggil Pokok Santok.. Hehe.. Sebenarnya bukan Santok, tapi Sintok.. tu la yang saya jumpa masa tanye pade Cik Google td.. :) Mmg betul buih dari kayu pokok beluru tu digunakan sebagai syampu juga untuk menyegarkan badan.. Pokok beluru ni mmg popular bagi org2 dari negeri Cik Siti Wan Kembang, saye ni mane la tau.. Kelate Celup.. :p

Gambar : Batang pokok beluru diramas dalam air sehingga mengeluarkan buih

Pokok beluru ni tumbuh liar menjalar memanjat tumbuhan lain, khasiatnya boleh menyuburkan rambut, membersihkan kulit kepala dan sebagai penawar utk gatal kulit.. Buih daripada pokok beluru ni jugak kita boleh guna untuk mandi.. Tp buihnya tak wangi la.. Kalau nak wangi perahkan limau purut/limau nipis. Selain buih, batang pokok beluru yang dah diketuk jugak boleh digunakan utk mgosok badan.. boleh la tanggalkan daki2 yg tebal tu.. haha..

Yang paling penting, tumbuhan ni xde mengandungi bahan kimia mcam produk pembersih lain.. pendek kata selamat dan suci.. Kiranya satu pakej lengkap, satu bahan yang boleh digunakan utk seluruh anggota badan.. jimat kos ni.. kayu beluru ni banyak dijual di Pasar Siti Khadijah, harganya dlm RM1 sebatang.. tu yg segar.. kalau yg kering ada jugak, tp xtau la berapa pulak harganya.. nanti sape2 yg ter'singgah' Pasar Siti Khadijah tu boleh la cari beluru ni..

Mak saya kata, kalau guna pada rambut, rambut boleh jadi sgt lembut.. Selain tu boleh jugak merawat kelemumur dan merawat rambut gugur.. Tgk.. banyak khasiatnya ni.. rugi la xcuba..



0 Kuntum Bunga:

Related Posts with Thumbnails