" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Kadang-kadang lebih baik diam...






























livelovelaugh

Ramainya lelaki...

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum kawan2.. Halu.. Hari ni sangat memenatkan.. Letih sangat.. Sekarang saya ada kat Shah Alam.. Setelah seharian berjalan dan bergelumang dengan manusia yang sangat ramai.. Ok2.. Siapa kata lelaki kat Malaysia dah pupus ek?

Nak dijadikan cerita.. Petang tadi, naik bas dari kampung halaman.. Turun la kat Bukit Jalil.. Macam mana la saya lupa hari ni Final Kelantan vs Negeri Sembilan tuu.. Kalau ingat mesti semalam lagi saya dah datang sini.. tak de lah bersesak2 macam tadi.. Lautan manusia.. majoriti memang lelaki..

Dalam hati saya.. Eh, ramai la pulak lelaki2 kat Malaysia ni kan? Belum la sampai tahap pupus lagi.. Memang tension sangat.. Nampak merahhhh je kat mana2.. Yang jenis mengacau memang menyampah sangat2.. Dah la orang tengah penat.. Bila tak dilayan, siap kutuk pulak.. Mende tah deme tu..

Rasanya memang waktu macam tu la kot ramai lelaki yang keluar dari sarang mereka, selain masa Solat Jumaat.. Tapi ada jugak satu tempat yang memang ramai lelaki.. 'Pusat Snooker' .. Betul tak? Tapi sekarang perempuan pun pegi jugak..

Penat-penat pun kena update jugak blog ni, sebab tak nak berhutang 'bunga' dengan korang.. Hehe.. Ok la.. Hari ni 30 Oct, n bunga hari ni ialah YAMATORIKABUTO.. 


Bahasa Jepun tu.. Bahasa Melayu atau Englishnya tak la plak ditulis kat situ..

*Esok interview.. Takooottnyee !

livelovelaugh

Sedihnya hati seorang blogger bila...

Pin Pin Pon Pon ||


Hari tu pernah cerita, gembiranya hati seorang blogger bila.... Tapi hari ni nak cerita yang sedih sikit.. Lebih kurang same je... Sebab tetiba terasa sedih plak pagi ni.. Mungkin la tak semua.. Ada yang tak kisah.. Tapi nak jugak cerita.. Apa yang buat seorang blogger tu sedih? 

1. Bila follower tak bertambah..

2. Follower berkurang..

3. Tak de orang sudi komen entry..

4. Tak de orang view blog..

5. Tak de orang  singgah blogwalking..

6. Bila dikutuk/dimalukan kat blog..

7. Bila ada orang cari gaduh..

8. Bila dah follow orang, tapi orang tak follow balik..

9. Traffic tak bertambah..

10. Earning Nuffnang kosong je dari dulu.. 

Sebenarnya blogging ni bukan hanya sebab follower banyak je.. Yang penting penulisan yang berkesan.. Ada blog yang pengikutnya sikit pun mempunyai pembaca yang setia jugak.. Ramai anggap bila blogging mesti kena jadi popular.. Tak perlu pun tak pe.. Buat la utk kepuasan sendiri.. Tapi bila follower semakin bertambah, kena la jadi blogger yang lebih bertanggungjawab.. 

Kalau kita berjaya dengan usaha sendiri, kita akan lebih menghargainya.. Tanpa perlu mengharap pertolongan dari orang lain.. Baru la tak dikatakan kacang lupakan kulit.. ^_^ Dalam blog la orang senang nak jatuhkan kita.. Sebab semuanya dah tertulis sebagai bukti.. Jadi kena la lebih berhati-hati dalam setiap penulisan..

*Kawan-kawan pun boleh bergaduh, sebab blog je.. 

livelovelaugh

Jawapan Untuk Arif Morales

Pin Pin Pon Pon || ,
Cepat tak entry ni tercipta? Kena buat cepat sebab Arif Morales kata nak semak.. Takut2.. :p Nak bagi dia lagi happy.. Maka saya buat nama dia sebagai Title.. pstt sebenarnya dia bukan nak semak sangat pon.. kan2? Haha

Thanx sebab tag ye.. Tak sangka ada orang sudi tag and ingat same saye.. huk2..
Okey la.. Nak mula sesi menjawab tag ni..

Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Benda ek? Mesti la MyKad, Duit, Handphone.. heheh..

Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit sendiri?
Banyak yang guna duit sendiri.. Tapi yang last guna duit hasil dari titik peluh sendiri ialah handphone..

Di mana tempat korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan apa tema perkahwinan korang nanti?
Kalau bab kahwin ni.. kahwin kat rumah sendiri la.. tema pulak putih kot.. eh tak.. biruu2.. ermm.. maybe ungu.. ^_^

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Kadang-kadang rasa macam tengah bercinta.. Kadang-kadang macam tak.. neutral je.. :(

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selagi dia mencintai saya la.. kalau dia dah tak cinta.. xkuasa la nak merayu lagi.. Hee..

Novel/Buku atau Majalah terakhir yang korang beli?
Novel Andai Itu Takdirnya

Antara mak dan ayah korang.. yang manakah korang lagi mesra?
Masa kecik2 dengan Ayah.. bila besar dengan Mak.. Sebab Ayah jenis pendiam je.. =)

Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Kalau Arif nak jumpa Sweet Potato Couple tu.. saya pun nak jugak.. tumpang ek.. Hehe.. pastu nak jumpa Hong Ki dan Kim Hyun Joong.. Haha..

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Masa kat Kolej ye.. Kat rumah suruh washing machine yg basuhkan.. ^_^

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Eh.. soalan apekah?

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?
Tau..sebenarnya Arif nak baca yang ini je.. haha.. kan3? 3 benda ek? 
1. Arif ni K-Pop addicted..
2. Kat blog dia ada lagu Love Light, lagu fav. saye.. :p
3. Arif orang ganu kot.. Haha..

Lima lagu korang paling suka dan selalu dengar?
1. FT Island - Love Love Love
2. CN Blue - Love Light
3. SS501 - Love Ya
4. FT Island - Raining
5 - CN Blue - Love
Err.. nak list lagi boleh tak? Semua K-Pop song la senang ^_^

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
9 Julai 1987, sambut kat Batu Pahat.. Haha.. jauhnyaa..

Lima blogger korang kena tag?
Semua kawan2 blogger
Sesiapa yang sudi

Sekian terima kasih..

*****

Menyelit satu info..Alang2 ada entry dah ni..
Flower of the day..

29 Oct
Tamurasou



livelovelaugh

UPSI oh UPSI

Memang saya sentiasa tggu panggilan dari UPSI ni..Okey la..Pagi tadi saya dah check.. Tu pun lepas mak saya cakap, sepupu saya dapat UPSI n akan register 3 Nov ni..Tak tau pun dah boleh check tu..Rasa sedih plak bila dgr orang lain dapat..siap nak daftar lagi.. Mak suruh check.. Saya pun cakap la, takde panggil temuduga pun.. Tak dapat la tu.. Dalam hati dah sedih dah..

Lepas tu check la jugak.. Paling tak suka part ni.. nak check2 ni.. Takut sangat.. Sebab selalu check result interview SPA, asyik dukacita je kan.. Check punya check.. Masuk la no IC.. Semak! Keluarla keputusannya... Muka macam biasa je ni.. Tapi dalam hati....Tak tau nak cakap.. 

Yay! Saya pun dapat panggilan temuduga tuu.. Hehe.. seronok sangat... walaupun baru interview dan tak berapa nak suka pergi temuduga ni.. Tapi kene harungi jugak la kan.. Interview saya pada 31/10/2010.. So ada tak kawan2 yang apply dan dapat? Mane tau terjumpa kat sane ke kan? ^_^ 

Pertama kali rasanya akan menjejakkan kaki kat UPSI, kebiasaan cuma lalu je bila nak pergi KL atau balik ke Bidor.. Kali ni nak singgah pulak.. Hope lepas tu akan menjadi penghuni kat sana.. :) Cita-cita saya memang nak jadi Cikgu.. bila tengok kakak dah dapat jadi Cikgu, lagi la bersemangat.. ^_^

Pada sesiapa yang ada apply UPSI kemasukan Disember 2010/2011, korang dah boleh semak panggilan temuduga dan semakan menduduki ijian MEdSI kat website UPSI

Temuduga / Ujian akan diadakan bermula dari 31/10/2010 - 03/11/2010

Doakan saya berjaya ye.. Cita-cita tuu.. 

* Yg sepupu saya tu sebenarnya interview jugak.. Ayah saya baru tanya kat mak cik saya tu.. 
huhuu..bikin sedih saje.. hihi

Okey..Seronok2 juga.. tetap tak lupa yang ini,
Bunga untuk hari ni,

28 Oct
Aztec Marigold

Tak sure ni Aztec atau African Marigold.. 
ada tulis Aztec ada tulis African.. Pening2..

Tapi bunganya lebih kurang camni la kot..


livelovelaugh

Ikan Dan Kucing

Pin Pin Pon Pon || ,
Sewaktu belajar di Kolej.. Baru beberapa hari berkenalan dengan teman serumah.. Sudah diajukan soalan pasal pakwe ni.. Yang ada pakwe pulak akan bercerita betapa lamanya perhubungan cinta mereka.. Sejak di bangku sekolah.. Macam-macam perangai.. Masing-masing nak cerita yang paling hebat..

Bagi orang perempuan.. Dorang ni bangga bila perhubungan yang dijalinkan tu bertahan lama.. Yang baru pula, akan rasa rendah diri sangat..

Yang selalu jumpa pun tersangat la bangga.. Bila hujung minggu saja, bf akan datang jemput.. Bangga la sangat.. Kadang2 memang la jeles.. Sebab saya ni tiap-tiap hujung minggu menapak kat rumah sewa tu.. Tak de pun yang nak datang jemput..

Bila nampak kawan keluar dengan lelaki.. Semua berlari ke balcony nak tengok.. Hensem ke tak? Pakai kereta apa.. Isk2.. perempuan2.. Bila kawan balik, tanye la.. Pakwe ke?? Haha.. dah biasa sangat soalan tu..

Kat atas katil pulak mesti ada "Teddy Bear".. Walaupun dah tau siapa bagi.. Tetap nak tanya.. Lepas tu, berlawan pulakk.. Bear siapa paling besar.. Yang takde hari ni... Esok jugak suruh pakwe belikan.. Hihi.. Lawak pun ada..

Bila tiba bab bercerita.. Akan keluar la cerita yang paling hebat di alam semesta.. Bf aku la paling hebat.. Paling romantik.. Paling kelakar.. Paling hensem.. Then masing2 tayang gambar..

Tiba waktu cuti.. Tak sabar-sabar nak balik, nak jumpa pakwe.. Habis kelas last terus berambus.. Balik-balik dari cuti.. Lovebite bersepah sana sini.. Dunia2.. Ada yang kecil, banyak dan penuh.. Ada yang satu, tapi besarr,, "Macam tapak kaki harimau" Kata seorang rakan saya.. Apa la dorang ni.. Ada yang malu cuba la dicover2 kan.. Ada yang tak, ditayang2kan aje..

Benda ni kadang-kadang memang macam lawak.. Tapi dalam gelak2,, jangan la terjebak.. Boleh bercinta, tapi jangan sampai mengaibkan diri sendiri.. Perempuan ni ibarat ikan.. Lelaki pulak adalah kucing.. So faham-faham la.. Takde kucing yang tak makan ikan.. Melainkan ikan berada di tempat yang betull.. Jauh dari jangkauan kucing.. Jangan berani menyerah diri.. Kucing pun pandai, ikan busuk dia tak makan.. Renung-renungkan lah ye..


Bonus
Bunga Untuk Hari Ini
27 Oct
Reijinsou


livelovelaugh

Kenapa Suka Complain ?

Pin Pin Pon Pon ||
Pagi tadi tak sempat nak post entry sebab bz buat header.. Haha.. Ye.. nak tukar template blog ni.. sudah tersangat la bosannyaa melihat ini template.. 

Ok2..berbalik pada tajuk entry.. Pernah tak korang kenal dengan orang yang suka complain atau suka membebel? Susah sangat bila kenal dengan orang yang suka complain.. buat ini salah, buat itu salah.. tak buat pun salah.. Macam mana nak puaskan hati semua pihak? Kalau dalam sektor pekerjaan memang la perlu, untuk menghasilkan kerja yang mantap dan berkualiti.. Tapi kalau dalam kehidupan seharian.. Susah.. Susah..

Teringat seorang  sahabat  musuh di Kolej.. Kenapa saya anti dgn dia? Ye, sebab dia pernah copy paste assignment saya, dah kantoi xnak mengaku pulak.. ( Cukup pantang orang copy assignment.. kalau nak, mintak, jangan curi ) Orangnya, ada masa ok, ada masa tak.. Dengan lelaki ok..dengan perempuan buat muka ketat je.. Tak paham2..

Bila berkaitan dengan kerja kumpulan, satu kerja pun tak nak buat.. Yang dia nak buat cuma complain saje.. Angin jugak kita yang mendengar.. Kenapa tak macam tu? Kenapa tak macam ni? Eh, tak cantik la.. Salah.. Semua salah.. Tiba masa saya geram, saya bagi semua kerja tu pada dia.. Terus terdiam.. Lebih baik takde daripada ada.. Ada pun membebel je tau..
   
Tension jugak melayan.. Saya memang jenis yang tak suka orang banyak bertanya soalan yang tak ada faedah,, Membebel apa tah lagi.. Saya boleh terima nasihat orang.. tapi biar dengan cara yang betul.. Setakat membebel tapi habuk pun takde, memang tak la saya nak dengar.. silap2 kene sound plak kan.. Bak kata adik n kakak saya, saya ni garang.. Ye, kalau tak kena pada tempatnya.. Saya memang boleh marah.. Siapa la boleh jadi orang yang sabar setiap masa.. Kita cuma manusia biasa.. 

Apa2 pun.. Pada siapa yang saya pernah termarah tu.. Minta maaf la k.. Marah bukan sebab suka-suka.. Something wrong somewhere la tu kan.. Isk..sabar jela bila teringat minah tu..


Repair mood...
Bunga utk hari ni!!!

26 Oct
Yomena



p/s : betul ke saya eja complain tu ek.. kalau salah..tlg betulkan ye.. tq ^_^

livelovelaugh

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Oh..kena tag oleh adik sendiri, Zieyla.. kena buat jugak nanti dia merajuk..Walaupun dia dah tau semua pasal kakak dia nehhh Layankan je.. g pun tengah kontang idea :p

The rules :-

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you.

1. Nama akak? Takkan tak tau kot.. haha

2. Tarikh lahir akak? isk2.. wajib ingat k.. :p

3. Akak tinggal kat rumah yang same dengan kamu.. sejak kamu lahir lagi kita dah tinggal sama..

4. Ma & Abah kita pun orang yang sama..

5. Akak SPM dulu taun 2004, pun amik 10 subjek.. Pun Sains Tulen, tapi subjek ke 10 akak English for Science & Technology.. 

6. Akak pun sekolah SMKSAG gak.. lagi best apa sekolah harian.. Masa lepas PMR akak dapat offer g SMT Seri Manjung.. Tapi ma tak bagi akak pegi.. Sob3.. 

7. Oo..keputusan UPSR n PMR? Dua2 ada 2 je A.. akak xpandai macam kamu.. Huuu.. lain smua B.. maklumla malas sikit je.. kalau tak mesti semua A dah.. kekee..

8. Akak pun pendiam jugak + pemalu.. lambat sikit nak ngam dengan orang.. tapi once dah ngam.. orang tu la best friend akak..

9. Akak dah lepas SPM dah.. haha.. lame dah.. result? ok la.. smua credit.. tapi macam biasa A tetap ada 2 je.. iskkkkkk..

10. Akak kakak kamu yang no 4.. no 5 dlm family.. jarak umur kita 6 tahun ,, lama tau akak jadi anak bongsu.. huh.. tibe2 kamu lahir.. isk.. memang anti dgn kamu masa kecik.. haha

11. Ambil ayat kamu la.. mmg ada lagi 3 adik beradik yg join blog..

12. Akak pun pernah cita-cita nak jadi doktor, tapi xkesampaian sebab tak brape nak bijak.. sekarang kena kejar cita-cita lagi satu, cikgu..

13. Akak pun minat komputer , sebab tu la study amik Computer System.. haha.. akak pandai komputer kan3?

14. Same la.. kenapa asyik same je dgn kamu ni.. Akak pun jenis suka memerhati gelagat orang.. dari situ akak boleh tau orang tu jenis yang macam mana.. 

15. Akak pun cepat kesian kat orang.. kalau orang susah takde duit, senang2 je tangan ni hulur. walaupun orang tu xnak bayar balik.. hmm.. bayar laaa wei.. nak guna duit niiii.. 

16. Kat rumah semua orang panggil akak 'Adik' sampai kamu dgn trah pun same.. haha.. jeles x??

17. Akak suka bergambar kalau masa tu akak cantik je.. kalau tak cantik.. jangan la ajak akak bergambar ek.. haha


18. Akak suka makan makanan yang pedas.. tapi takde la tahap pedas macam kak Zura.. sikit2 tu ok la..janji terasa kepedasannya..

19.  Tak suka jugak orang yang suka menipu.. Dan tak berapa suka menipu.. Sebab penah kenal dgn orang yg xsuka penipu.. tapi dia paling byk menipu.. nyet btol la..

20. Sgt sensitif jugak..tak boleh tgk orang menangis.. Tak boleh dgr berita ada orang meninggal.. walaupun tak kenal... baca paper pun boleh rasa sedih..

21. Haha..akak pun dah biasa gagal Add Math dulu.. lepas tu kena rotan 8x.. best tak ingat tu.. hahahaha.. tapi tu la pendorong kejayaaan.. Alhamdulillah masa SPM xgagal.. credit tau.. :p

22. Kalau ada orang bergaduh depan mata? Akak diam je.. tapi kalau terlalu bising, akak sound je.. Sebab akak tak suka tempat yang bising..

23. Akak ni selalu malang bila bersahabat.. Tak pernah jumpa yang terbaik.. 

24. Bagi akak keluarga kita yang paling penting.. Tak ada orang lain lagi..

25. Walaupun akak suka marah kamu, mbebel kat kamu.. suka buli kamu.. Tu sebab akak sayang kamu.. kamu kan adik akak.. heheheheh..

The End

Nak kena tag 25 orang ke? Saya nak tag semua follower saya.. sebab saya nak berkenalan dengan semua.. Siapa yang sudi.. sila2kan la ek.. jangan malu jangan segan.. ^_^

Hehe.. Ada lagi nak mbebel ni..
Bunga untuk hari ini ; 

25 Oct
Spray Mum

Spray Mum Button Green
Jumpa pic ni je.. Tak tau la betul ke tak.. sebab banyak jenis bunga ni..


livelovelaugh

Apa itu 'Facebok'?

Pin Pin Pon Pon ||
Tadi baru je post entry.. tiba-tiba teringat kejadian smalam.. So nak share sekarang jugak!! Ianya bukan 'Facebook' tapi 'Facebok' kurang satu huruf 'O' . Semalam masa nak masuk fb tersalah taip.. tertaip www.facebok.com So keluar la page macam ni..


Tertera fbgiveaway kat situ.. ada beberapa soalan yg perlu dijawab.. dah lepas jawab tu.. boleh pilih hadiah, sama ada iPhone atau iPad.. Betul ke? Saya pun pilih la iPad, kot betol kan.. dapat la hadiah free.. haha.. bila dah pilih, keluar page macam kat bawah ni..


Eh eh.. tak berani pulak nak tekan.. tah ye tah idak .. so biarkan begitu je.. sebab kat bawah tu ade tulis kena sms, dan charge sms plak RM8 satu sms.. bapak cekik darah tuu.. kredit saya pn ada RM3 je.. haha.. xkan tertipuu.. xdapat iPad pun xpela.. janji xhilang RM8 satu sms.. haha.. *kedekut* tak tau berapa sms plak dia nak hantar, silap2 jadi negatif plak kredit nanti.. ;p

Tapi kalau korang nak try jugak, boleh la try g kat web ni.. Facebok

Katanya hadiah tu untuk special Anonymous visitor, dan hanya diberi pada 24/10/2010.. so sekarang saya nak tunggu esok, nak try kalau keluar yang sama jugak, memang bertuah sangat la tu kan.. boleh plak bertuah banyak kali.. Keke..

Korang pernah tak alami kejadian ni? Kalau betul menang iPad @ iPhone gtau la ek.. nak jugak.. hahaha.. (harapan palsu) Saya rasa benda ni tipu je.. T.T

livelovelaugh

Siapa boleh translate?

Pin Pin Pon Pon || ,
Ni bukan pertandingan ok.. Cuma nak tau siapa boleh translate dari Jawi ke Rumi.. Ayat seperti di bawah.. Hehe..


Good Luck !

Ops.. Tak lupa .. Bunga untuk hari ni.. Hehe..
24 Oct
Mizuhiki @ Agrimonia Pilosa 


*Hari ni sedikit blur n takde idea* -_-!

livelovelaugh

♥ Cik Ciput dah jawab dengan tepat.. Esok bagi soalan lain plak.. haha ♥

♥ 101 Orang Paling Cute Di Dunia ♥

Pin Pin Pon Pon || ,
Haha..tajuk nak best je.. :p

Semua followers saya anggap kawan, sebab blog saya ni just blog suka-suka & syok sendiri je.. 
Tak banyak yang boleh dikatakan melainkan ucapan terima kasih kepada semua ^_^

Ada tak muka korang dalam ni? Ada tak? Ada tak? ^_^ TQ sangat2 tauuu!

Next happinessssssss : 202 Followers 
   
Thanx juga pada yg baru follow n yg akan follow ^_^

Bunga untuk hari ni : 23 Oct
Chocolate Vine



livelovelaugh

Bunga Untuk Kawan2 ^_^

Pin Pin Pon Pon ||
Baru je dapat online hari ni.. Internet problem pulak pagi tadi.. So, seperti dijanjikan semalam.. hari ni nak bagi bunga kat kawan-kawan... Hehe..



Afiqah : 5 Nov
Angel's Trumpet Tree

Bunga ni ada macam-macam warna dan bentuknya seakan-akan trumpet.. sebab tu namanya pun Angel's trumpet.. ^ ^ Dan bunga ni juga semuanya macam tunduk ke bawah je.. Hee..


Azila : 22 Mac
Golden Bells

 Yang ni spesis bunga loceng la ni.. hehe.. Azila..kamu kan suka kuning :p




IN : 29 July
Scarlet Rose Mallow

Bunga ni memang dari keluarga bunga raya, cuma kelopaknya tak kembang sangat.. kurus je..dan ada lampu kat tengah tu.. Haha.. Panggil lampu sebab masa kecik-kecik kalau main dengan kawan2.. mesti ambil yg tengah tu buat jadi lampu n tampal kat dalam gelung gelongsor..



Tyra : 21 Sept
Kudzu

Ni macam misai kucing lak.. Macam lavender pun ada..Heheh..



Sahbanu : 23 April
Flowering Dogwood

Bunga ni mirip bunga Sakura, sebab daunnya sikit je.. bunga je yg penuh.. Bunga pula cuma ada 4 kelopak je..Cantik..



New!
Cik Ciput : 5 July
Edging lobelia

Meriah bunga ni..sebab banyak.. ^_^

 Bunga untuk hari ni pula : 22 Oct
Siebold's Stonecrop

Macam bunga Ixora ek.. ^ ^



Ok la.. tu je untuk hari ni.. Selebihnya saya akan update bila ada request.. InsyaAllah ^_^


livelovelaugh

Hari Lahir & Bunga Untuk Anda ^_^

Pin Pin Pon Pon ||
Hai Kawan2.. Korang nak tau tak? Ada 366 jenis bunga yang mewakili setiap hari .. Semuanya berbeza-beza tau.. Tak ada satu pun yang sama.. Kebiasaannya, hari yang paling diingati oleh setiap orang ialah hari lahir.. So, hari ni saya nak share bunga yang mewakili hari lahir saya.. ^_^

Tarikh lahir saya 9 Julai, dan bunga untuk saya ialah, 



Great Saint John's Wort




Cantik tak? Hehe.. Bunga ni memang warna kuning.. (tak suka kuning sebenarnya) Mengikut kata Cik Google, nama lain bunga ni ialah Hypericum.. Dalam bahasa Melayu tak tau la plak nama bunga ni apa.. Dan orang2 yang buat kajian mendapati, bunga ni boleh membantu merawat penyakit Parkinson.. Itu yang istimewanya pasal bunga ni.. dan banyak lagi la.. tapi tak pandai nak translate ke bahasa Melayu.. hihi.. Tak pe la, lagipun entry ni just nak share nama bunga je.. haha :p

Ok la.. kalau korang pun nak tau ape pulak bunga utk korang... Jangan lupa tinggalkan tarikh lahir korang ok.. Nanti esok/lusa saya buat entry khas untuk korang semua.. Tunggguuuuu.... Tapi kalau dah ada yang tau, boleh la share kat sini ye.. Tata.. ^_^



livelovelaugh

Sedang saya 'Blogwalking', tiba-tiba...


Hari ni nak tanye sikit dengan korang semua.. Semua mesti penah 'blogwalking' kan? Mesti dah banyak blog yang korang singgah, lawat, jalan2, ziarah.. hehe.. So hari ni nak tanya, apa reaksi korang bila tengah blogwalking tu, korang nampak perkara-perkara inii pada blog2 tersebut :

1. Template yang same dengan korang.. Haa.. setakat ni saya tak de jumpa lagi blogger yg guna template macam saya.. Tapi ada satu yang sama macam blog saya yang lagi satu.. nasib tak aktif.. hehe.. Tapi kalau ambil pada blogger template memang banyak la yang same kan..

2. Tengah baca-baca entry, tiba-tiba terbaca entry yang sama macam korang pernah buat.. Ehh.. copy paste ke ni? Woo ayat same je ni.. (Macam mana tak same, copy pada paper.. Hehe)

3. Smiley kat Shout Box same la pulak.. Aishh.. Macam mana boleh sama ni.. Dah pilih yang paling unik dah niii.. ^_^

4. Widget yang sama.. Contoh macam Jam, pastu yang katun joget2 kat bawah tu.. ape ke namenye.. Semua sama ni.. sebijik.. warna bentuk saiz dll..

5. Gambar sama.. Ni contoh gambar-gambar yang digunakan kat entry.. walaupun tajuknya lain.. tapi gambarnya sama..

6. Background song same la pulak.. hmm.. nak tukar ke nak biar je ni.. :p

7. Memang totally same la.. Dari atas sampai bawah sameee... Ish2.. ni nak kata apa lagi.. Melainkan.. "Eeee..dia tiru blog aku la!" 

Memang banyak kebetulan dalam dunia ni.. Tu kalau orang yang kita tak kenal.. Tapi orang yang kita kenal, mungkin bukan kebetulan.. Apa reaksi korang? Marah, suka, malu atau tak kisah? Orang kata rambut sama hitam hati lain2.. Tapi minat banyak yang sama.. Unik-unikkk.... ^_^


livelovelaugh

Senang Je Nak Jadi Popular

Dunia sekarang ni.. semua manusia nak jadi popular.. Tak kira dalam bidang apa, hiburan, pendidikan, sukan, macam-macam lagi la.. Nak masuk TV nak keluar paper.. Nak masuk paper nak keluar TV.. (erk..ade beza ke?) Tapi banyak cabarannya nak jadi popular ni.. Ada yang suka, ada yang benci.. Manusia ni pelik.. Walaupun kita tak kenal satu sama lain pun boleh timbul perasaan benci.. Inikan pula yang bersemuka setiap hari..

Jom la kite tengok cara senang nak masuk paper atau keluar TV :

1. Masuk pertandingan nyanyian yang grand2.. AF, OIAM, MENTOR bla bla bla.. Tapi tak semua bernasib baik k.. Juara pun belum tentu popular.. Haha.. Kalau popular pun tak bertahan lama laaaa..

2. Buat la kesalahan jenayah.. Tapi buat apa popular sebab kerja jahat kan?

3. Belajar rajin-rajin.. Jadi pelajar terbaik kat Universiti, sure nanti masuk paper lepas korang konvo..

4. Jadi pelajar paling cemerlang masa SPM / PMR / UPSR / STPM dan lain2.. 

5. Masuk pertandingan yang paper atau TV tu anjurkan.. nanti ada la gambar masa ambil hadiah.. walaupun kadang2 siput lagi besar dari gambar korang.. haha..

6. Lari dari rumah.. ha yang ni tak elok.. tak kesian ke kat mak ayah korang.. jgn buat.. jgn buat.. nanti mak ayah korang yang masuk paper.. korang tak pun.. dapat masuk gambar pasport je.. :p

7. Jadi atlit sukan.. Usaha sampai la jadi wakil Malaysia.. tak menang ape-ape pun boleh masuk paper punya.. Tak pun jadi la mereka2 yang suka mencipta rekod Malaysia/Dunia..

8. Lahirkan anak pada tarikh-tarikh istimewa.. Contoh tahun baru dan hari merdeka.. Atau pun lahirkan di tempat yang unik.. Contoh, dalam Kapal Terbang.. Haa..

9. Buat majlis perkahwinan yang unik.. Contoh kawin kat dasar laut atau pakai baju pengantin yang dibuat daripada daging cam LadyGagal...glamor punye..

10. Kawin dengan artis/atlit sukan/menteri/angkasawan pun dah boleh dah... :p

11. Nak lagi senang? Masuk je kedai buku kat bwh ni.. Haha



Kesimpulannya kawan2.. jadilah popular untuk hal-hal kebaikan.. jangan la orang kenal kita sebab cerita-cerita buruk kita ye.. Jaga perilaku.. Sebab susah sangat nak buat orang suka kat kita.. Tapi sangat mudah untuk buat orang bencikan kita..

Nak taip popular jadi polular.. Hehe
livelovelaugh

Gembiranya Hati Seorang Blogger Bila....

Sebenarnya, tak sangka.. ramai sangat blogger kat Malaysia ni.. haha.. biasa la sebab tak rajin buat blogwalking dulu.. bila tengok ada blogger yang followernya mencecah puluhan ribu tu baru la tau.. Best la ye dak?

Apa yang paling mengembirakan hati seorang blogger tu?

1. Semestinya bila Follower bertambah.. Bertambah sorang pun dah melonjak riang.. ni kan pulak yang berbakul-bakul bertambah..

2.  Bila ada orang komen entry.. cukup la sekadar senyum pon.. sudah cukup membuat diri tu tersenyum jugak.. heheh..

3. Bila ramai yang singgah.. tinggal mesej kat Chatbox yang penuh dengan smiley cute2.. Suka la kan.. Sebab ada juga yang sudi view blog dia.. ^_^

4. Bila blogger yang popular follow blog kita.. haha.. happy jugak la kan.. 

5. Bila blog kita di'review' oleh blogger lain.. wah kembang kempis hidung.. ni tengok pada adik saya yang 2 orang tu.. Cik Zieyla & Cik Tyra tuu.. Bukan main suke lagi deme.. Sengih sampai ke telinga.. 




Haha.. entry ni memang ditujukan pada adik saya yang 2 orang tu.. sakan betul deme tu blogging.. Popular lak tu.. bukan macam kakak dia ni.. T.T yela.. deme kan comel.. blog deme pun cute.. sape jugak yg tolong edit2.. kalau bukan kakak dia ni.. haha.. Ni kakak kamu promote blog kamu lagii.. mintak2 lepas ni kamu jadi bertambah popular la ye.. Tapi satu je pesan.. Jangan abaikan study.. pada Cik Zieyla.. SPM tak lame dah.. Cik Tyra tu exam akhir tahunn jangan abaikan.. nanti kena turun kelas tak tau.. haha..

Dari Kakak kamu yang jeles.. kui2.
livelovelaugh

Jiwa Seorang 'Rider Sejati'

Pin Pin Pon Pon ||
Kalau nak jadi 'Rider Sejati" mesti kena berani.. Kena ada gaya, mutu dan keunggulan.. Popular saja tak cukup.. Yang penting sekali gaya yang ditonjolkan.. tak semestinya di jalan raya saja.. Di rumah pun kena mementingkan gaya dan penampilan.. Baru orang tabik springgg.. ^ ^

Berikut adalah antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian oleh seorang rider.. Betol ke rider? Belasah je la ek.. Hee..


Motor mesti kena besar, baru ramai orang terpegun..



Mesti kena berani.. kalau takde motor besar.. cuba buat guna kereta.. Tapi helmet jangan lupa ye..




Berani melakukan skill di mana sahaja walaupun hanya dengan basikal..




Berani 'konar baring' serendah yang mungkin.. kalau boleh biar muka kena kat jalan.. sagat sekali.. :p




Mesti mempunyai keyakinan yang tinggi.. Tanpa perlu ada rasa malu.. Latih skill di taman permainan..




Akhir sekali, mesti berani membuat kelainan.. Ni la dia rider sebenar.. Haha..



Stylo gitu.. yang penting muka kena serius bagaikan di jalan raya.. Hahahaahahahahaa..



Tips : Ketahui Password Facebook Rakan Anda



Hari ni first time nak bagi tips.. Bukan la kerja jahat sangat.. Tapi macam mana cara nak tau password Facebook rakan anda.. Sesuai juga bagi mereka yang nak menjatuhkan musuh melalui Facebook.. Caranya mudah je.. Tak perlu banyak cerita pun dan tak perlu belajar kod HTML.. Yang korang perlukan cuma sedikit kenakalan dan juga akaun Facebook.. Tengok je pic kat bawah pastu buat status macam tu kat Facebook..


Ada yang nak cuba tak? Hehe..Selamat Mencuba.. 

*Gurau je tauu..Agak-agak ada tak kawan kita yang tertipu dengan trick ni? Hehe..



Related Posts with Thumbnails