" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Rasa berdosa sangat terpaksa hidang arak !

Pin Pin Pon Pon ||


Hari ni nak cerita tentang pengalaman saya masa study kat sebuah kolej tu.. masa tu baru-baru lagi register, dalam bulan 8 macam tu la.. dah lupa.. tahun 2008.. Nak masuk belajar tu yurannya tak mahal.. murah je.. dan tiap-tiap bulan kitorang dapat elaun RM210 sorang.. tapi RM100 dah tolak untuk sewa rumah yang kolej sediakan.. dapat la RM110 je untuk belanja.. mane la cukup kan.. makan sendiri pulak tu..

Nak dijadikan cerita, satu hari tu ada la pihak Kolej tampal iklan.. "Kerja Part Time Di ***** Resort".. Semua student boleh join..Keje katering kat hotel..Sehari RM45.. Saya dengan housemate excited ni nak pergi, sebab nak tambah duit poket.. dah siap kira.. kalau kita pergi tiap-tiap hujung minggu, sebulan boleh la dapat beratus jugak.. mata dah kelabu, otak pulak fikir duit je.. kitorang pun pergi register nama..

Tiba harinya, kitorang pun diangkut la ke Hotel yang dimaksudkan.. Dengar taklimat kejap pasal makanan yang nak dihidangkan.. 9 hidangan malam tu.. Chinese Cuisine.. mende tah.. layankan je walau tak faham.. dalam otak duit duit duit.. hehe.. Tapi tersentap kejap masa pihak hotel bagi kitorang makanan.. nasi bungkus and air oren dlm gelas Carlsberg.. Err.. was-was gila nak minum sebab takde pengetahuan pasal tu.. tengok orang lain slumber je minum.. lepas tu dapat tahu gelas tu gelas pakai buang.. minum la jugak.. ( Ya Allah, kalau dosa ampunkan la saya... T.T )

Apa yang paling saya tak dapat lupa masa tu, bila dinner dah mula.. kebanyakan yang datang bukan orang Melayu.. saya lak terasa cuak.. mesti ada arak nii.. kenapa la tak fikir dulu sebelum datang.. Tepat sekali!! Ada arak! Aduh macam mana nak lari niii.. Tiba-tiba ada sorang mamat Indian panggil.. Dia mintak arak 9 gelas !! Err.. serba salah ni, kalau tak layan nanti kena marah dengan org hotel tu.. nak tak nak terpaksa la pergi ambil.. 

Dari jauh saya dah bau.. busukkkkk.. nak muntah.. perlahan-lahan ambil dulang.. then ada girl tanya, "Berapa?" Saya jawab "Sembilan".. Then girl tu cakap, "Sabar ek awak, terpaksa, buat je," Saya just senyum.. saya tau muka saya ngah pucat masa tu.. dah siap ambil nak bawak balik bagi kat mamat Indian tu.. tiba-tiba satu geng dari meja lain serbu kat saya.. "Sabar-sabar!! Nanti tumpah!!" Hmm..dah tumpah dah pun.. Rase macam nak marah je.. tapi ngah kerja.. kena la buat muka tak kisah.. padahal mata dah merah nak nangis, sebab arak tu tumpah kena tangan saya !!! Tengok je saya kena macam tu, kawan saya datang, "Awak okey ke, dah awak pergi belakang," hmm.. Tuhan je yang tahu ape saya rasa.. terasa macam dieksploitasi oleh pihak kolej pun ada.. saya nak cari rezeki yang halal pun jadi macam tu jugak..

Bila tiba hari dapat bayaran, pihak kolej pulak ambil RM10 katanya kos pengangkutan.. memang geram sangat.. rasa nak je cakap, kenapa tak ambik je semua duit tuu.. tu la kali pertama and terakhir saya pergi buat part time kat hotel.. taubat takkan buat dah walau sebanyak mana pun dorang nak bayar, walau tak de hidang arak sekalipun saya takkan pergi dah.. Cukup la sekali.. Menyesal sangat-sangat..

" Wahai Tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke
nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah
Pengampun dosa-dosa ku. Amin Ya Rabbal'alamin " 

Aini : Tak boleh lupa.. Hmm..

10 Kuntum Bunga:

diriku said...

istighfar byk2..insyaALLAH diampunkan :) yg penting dh menyesal dan takkan buat lg..

Capital K said...

arak tak boleh diminum tapi boleh disentuh . arak juga adalah salah satu bahan untuk cuci luka .

syahrilhafiz said...

ha ah banyak kan bersabar..
menyesal tu dan taubat jangan buat dah..
kat mana la tuh, sampai ada perkara sebegini...masyaALLAH..

Amni said...

Kenapa lak kolej pon tak terfikir benda tu semua? haih.. bek keje part time kat kedai makan biasa je area kolej tu ke... hoho

A I N I S M A I R A said...

diriku : ye ni menyesal sgt2 ni..

capital : yeke? sy xtau.. tapi kalau haram diminum lebih baik kita jauh daripada benda tu..

syahrilhafiz : kat Malaysia jugak kejadian tu berlaku.. area selangor.. T.T

Amni : Kolej cuma fikir untung je.. dorg mesti dapat komisen byk.. :(

thanx kawan2..

titirara said...

kak aini , saba eh . :)

Jejaka Terhangat said...

erkk..kena buat jgk ke..wajib ke buat kerja tu..matlamat tak halalkan cara..katekan sbb takde kerja lain dah sbb desperate nak duit, hidangkan arak tu tetap haram, termasuk la gaji tu..

tp yg penting taubat..insaf je tak cukup..smoga Allah ampunkan dosa kita..amin..

A I N I S M A I R A said...

Tyra : yer..sabar.. :(

Jejaka terhangat : sebelum pergi tak tau kena hidang benda tu.. kalau tau sure xpergi..T.T Aminn.. Thanx

IN said...

:) semoga taubat diampunkan..Insyaallah

Ainismaira said...

Amin..amin.. Terima kasih In

Related Posts with Thumbnails