" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Macam ni punya orang pun ada?

Pin Pin Pon Pon ||
Berita yang wajib dikongsi dengan korang semua..


MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Ainie : Suke suki kau je kan.. Tengin betol..

Katak vs Lipas

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum.. sekarang ni idea menulis mencurah-curah datang.. Terima kasih kepada kawan2 yang rajin datang membaca.. Rasanya ramai antara blogger yang masa sekolah dulu kelas sains tulen kan? tak pun adik-adik yang masih bersekolah tu, yang mana ada ambil subjek Biology..


Ingat tak korang masa Form 5, ada eksperimen di mana kita kena bedah Katak? Hehe.. Ingat tak ingat tak? Ada juga yang kena bedah lipas.. Best sangat.. Tapi saya tak buat pun, haha.. geli laaa.. memang tak boleh jadi doktor.. (memang tak jadi pon..hihi)

Masa buat eksperimen tu ada sorang member lelaki yang takut kan katak.. Haha.. Duduk siap bersila atas kerusi dan jauh daripada kitorang.. Rupa-rupanya dia takut.. Hehe.. Tak kurang juga ada yang takut lipas.. Lipas ni memang geli sikit, tambah pulak baunya yang tak menyenangkan.. 

Saya ni tak de la takut lipas sangat.. Dah biasa dah melakukan aktiviti membunuh lipas dengan penyapu.. Tapi kalau yang jenis terbang tu memang saya fobia sikit la.. Katak pulak disebabkan termasuk dalam kategori binatang yang lembik, so saya terpaksa la takut.. Haha..Geli2.. Tapi kalau ular saya pernah pegang.. Memang teruja masa pergi pameran ular.. Hee.. Berani tak berani sangat la.. Ular yang dah kena ubat pelali.. Lembik.. Eeee.. 

Soalan saya kat sini, kalau kena pilih antara katak dengan lipas.. Yang mana satu pilihan korang? ^_^


Kawan... Sedih nak cerita..

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum.. ^_^ Saya gembira sangat sejak aktif dekat blog ni.. Saya dah ramai kawan, walaupun tak nampak depan mata, tapi jujur saya suka sangat kawan dengan korang semua.. Terima kasih ye..

Di alam nyata saya ni bukan la seorang yang punya ramai kawan.. Mungkin la ramai, tapi yang rapat tu tak ramai.. Hidup saya banyak dihabiskan dengan family.. Bukan sebab saya ni kera sumbang.. Tapi masa kat sekolah saya ada ramai kawan baik.. yang paling rapat dengan saya, Nurul Ain.. Kami dah berkawan sejak darjah 1 lagi... Dan sampai sekarang kami rapat.. Saya rasa dia la sahabat terbaik saya..

Masa kat U pula.. ada la beberapa orang kawan rapat.. yang bila ke mana memang bersama.. Tapi bila dah terpisah, masing-masing senyap bawa haluan masing-masing.. Tapi masih ada seorang yang selalu contact saya, nama dia Azie.. Walaupun saya cuma berkawan dengan dia masa semester satu, sebab masa semester dua dia tukar ke kampus lain, tapi dia tak pernah lupa saya.. Tahniah pada dia sebab dapat sambung belajar ke Shah Alam ^_^

Kemudian saya ada dapat sorang kawan rapat.. Memang rapat.. Sangat rapat.. Tak perlu la saya nak mention nama dia kat sini.. Sebab sekarang saya dah rasa tak lama lagi persahabatan tu akan terputus.. Mungkin saya pernah buat salah sampai dia berjauh hati.. Tapi sejujurnya saya yang dah banyak bersabar dengan dia, banyak beralah.. Nak cerita pun sedih.. Dulu kitorang rapat, sampaikan lecturer pun cakap dia tu macam adik saya.. Ke mana kami bersama.. Tak pelah, kalau dia dah tak nak kawan saya.. Bukannya saya tak pernah minta maaf.. Lebih baik saya berdiam diri, makin saya cuba dekat dengan dia.. Makin saya sakit hati..

Walau seramai mana pun kawan yang saya dapat, kawan-kawan sekolah la paling best sekali.. Yang bila jumpa, tetap mesra macam dulu.. 

Saya kiri sekali.. Yang manja dengan saya tu la Nurul Ain.. Hehe

Ni la kawan2 sekolah saya.. ramai lagi sebenarnya.. tapi masa ni dorang takde.. 

Sorry kawan2 tayang muka korang kat sini.. Jom g terjah blog salah sorang member saya ni.. Nama dia Sanah Meh kita support dia jadi blogger tegar.. Haha..


Dalam Mulut Ada 'Beliau'

Hari ni saya makan mi kari.. tiba-tiba saya tergigit sesuatu yang keras.. Mula-mula saya ingat kulit kerang tersesat.. Lepas tu terfikir juga " Eh, gigi aku patah ke?" Perlahan-lahan saya keluarkan benda itu dari mulut saya.. Huhuu.. Rupa-rupanya.. 'Beliau' ini yang berada dalam mulut saya..

Cuba korang  teka, 'beliau' ni apa?Bear Emoticon Set


Eeee.. setelah diamati dan dibelek-belek.. Baru la saya tau rupanya beliau adalah seekor siput!

 MSN Bear Icons Waaa.. ni la kali kedua saya pernah termakan siput.. Yuckss.. geli sangat.. T_T benci2.. saya memang fobia dengan binatang lembik-lembik ni.. Nasib baik la siput tu dah mati.. Tapi 'beliau' tetap seekor siput.. 
Ngeri betol la..Bear Emoticon Set

*Automatik teringat kat kawan blogger saya, Cik Ciput..*
Crawling Snail


D.I.Y : Icon Facebook & Twitter

Pin Pin Pon Pon || , ,
Assalamualaikum.. Hari ni bermula la segmen Do It Yourself.. Cuba-cuba je, kalau ada sambutan, boleh la buat yang lain pula.. Hehe..Rasanya dah ramai yang pandai guna aplikasi Photoscape, Photoshop atau GIMP kan? So senang la sikit nak ajar.. Tapi saya tak pandai guna photoshop.. Hehe.. Biasanya saya guna Photoscape dan GIMP saja.. Kalau ada cara yang lebih mudah, korang buat la ok.. Mungkin cara saya ni susah sikit.. ^_^

Jom ikut step by step..Kita mula dengan basic ^_^ Rasanya dah ramai pandai yang ni.. T_T
P/s : Klik image untuk paparan lebih jelas :)

1. Cari gambar yang korang nak guna dan icon facebook yang original.. 

2. Lepas tu buka Photoscape > Open Image yang korang nak.. 
kemudian tambah gambar icon FB..


3. Susun Icon FB kat kedudukan yang korang nak macam gambar kat bawah.. Dan save..

4. Dah siap.. Sila buka GIMP plak.. ^_^

5. Klik File > Open (Pilih gambar yang dah siap tadi)

6. Kemudian Klik Layer > Transparency > Add Alpha Channel


7. Lepas tu Klik "Fuzzy Tool" dalam toolbox..

8. Klik pada bahagian putih dalam gambar.. Nanti korang akan nampak garis putus2 macam gambar kat bwh ni..

9. Kemudian klik Del (Delete) kat korang punya keyboard, gambar tu akan jadi macam kat bawah ni..
Background kotak2 tu maknanya pic korang dah jadi transparent la tau ^_^


10. Lepas tu klik File > Save As
Jangan lupa tukar format file kepada PNG .. kalau tak tukar nanti pic tu tak jadi transparent ^_^

11. Last sekali klik save.. Tick ikut yang dalam pic kat bawah ni tau.. Lepas tu boleh la save.. 

Kalau besar sangat korang resize la ok.. nak buat untuk Twitter pun sama juga.. Cuma tukar Icon Twitter la ok ^_^

Sape2 nak boleh la ambil ye.. ^_^

Credit:
Photoscape
GIMP
Maribina Blog

*1st time buat Tutorial : Malunya*


Lembut Yang Tak Cantik

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum.. Selamat Hari Ahad ye.. Penah tak korang terserempak dengan lelaki lembut ni? Mesti pernah kan? Memang berlambak la dorang ni.. Yang tak puas hati tu, siap ade boyfriend lagi.. (haha..ayat org jeles).. Ada spesis malam je die jadi perempuan, siang jadi lelaki, cuma masih nampak la perwatakan lembut dia tu.. 

Okay, memang best la kawan dengan dorang ni, bagi orang perempuan la, sebab dorang kepoh sikit.. Tapi bagi lelaki kalau masa dia ramai-ramai dengan kawan-kawan, memang dorang berani kacau golongan lembut ni, tapi cuba kalau dia sorang2 kena kacau dengan geng pondan.. Mesti mencicit lari.. Hehe..

Kadang-kadang, kecantikan dorang ni mengalahkan orang perempuan.. Tu yang buat saya jeles lagi tuu.. Terutama kat Siam sana.. Memang cantik.. Siap ada pertandingan Ratu Pondan lagi..

Cr. Google

Tu cerita yang cantik tak pe la.. Memang cantik pun.. Tapi ada jugak yang orang kata jadi lelaki tak hensem, jadi perempuan ape tah lagi.. Huhu.. Maaf ye mengata, tapi benda tu memang tak elok pun.. Pernah terjumpa dengan beberapa orang lelaki lembut yang memang muka jantan, siap bulu dada lagi.. Tapi pakai baju sendat warna pink, seluar pun sendat same..Siap perut buncit lagi... Jalan lenggang lenggong.. Geli pun ada kadang-kadang..

Ada orang kata, 'dia tak minta pun lahir macam tu' .. Tapi kalau sedar benda tu salah, dorang xkan buatkan? Pernah juga terserempak dengan pondan tua masa naik komuter ke Shah Alam.. Memang dah nak botak nampaknya.. Tapi pakai rambut palsu, siap warna perang lagi.. Tak tau la dunia sekarang..

Golongan macam ni memang la tak sepatutnya didiskriminasi, tapi tak patut juga diberi galakan.. Sepatutnya diberi bimbingan yang sempurna supaya berubah.. Pada perempuan pulak, kawan2 jugak, tapi jangan lupa, dorang tu laki sebenarnya, haram juga bersentuhan.. Apetah lagi tidur bersama..




Kenapa Awak Comel Sangat?

Pin Pin Pon Pon ||
Luahan Isi Hati..



Awak.. kenapa awak comel sangat? Saya geram tengok awak.. saya rasa nak penyek2 kan badan awak.. nak sepak awak laju-laju.. saya rindu nak belai-belai telinga awak yang panjang.. saya nak sangat tarik ekor awak yang kontot tu.. Betul-betul rindu waktu kita bermain bersama..

Lepas awak pergi, saya cuba cari pengganti.. walaupun rupa semuanya sama namun warna awak dan mereka berbeza.. Mak saya marah bila saya cakap nak cari pengganti awak.. Mak saya cakap nanti awak kencing banyak.. Awak kuat makan.. Tapi saya memang nak kan awak.. Saya sayang awak..

Saya akan pastikan satu hari nanti, saya akan dapatkan pengganti awak.. Oh.. Rabbit.. Kamu sangat comel!!

eh..korang ni bukan rabbit saya tau.. tapi nak beli yg mcm ni nanti.. hehe.. 
Pic dari Rabbit Lovers

Rabbits yang saya pernah bela semuanya mati.. Sedih sangat.. Ada yang kena gigit semut api.. ada yang kena gigit kucing.. Waa.. Nak rabbit!!

Saya Follow Semua

Pin Pin Pon Pon ||
Jom lawat blog Cekla ^_^

Biasanya 'Confirmation' macam kat atas ni keluar kalau hari tu saya dah follow terlalu banyak blog.. Yup! Saya memang akan follow kebanyakan blog yang saya pergi.. Terutama blog-blog baru.. Kalau tak tu maknanya saya terlupa atau awal-awal dah dihalau oleh tuan blog.. Jadi tolong ingatkan saya kalau saya terlupa nak follow..

Pada saya Followers ni macam kawan.. Saya follow bukan sebab nak orang follow saya balik.. Tapi, saya tau macam mana gembiranya hati seseorang kalau follower dia bertambah.. Saya buat untuk gembirakan hati semua orang.. 

Ye, saya tau ada yang jenis tak suka follow secara paksa ni.. Saya pun tak pernah paksa siapa-siapa follow saya.. Orang yang pandai berterima kasih akan tau macam mana nak balas budi orang.. Lagipun bagi saya cabaran sebenar bukan pada jumlah follower, tapi berapa ramai yang akan datang semula ke blog kita selepas follow.. 

Memang tak dinafikan kadang2 jeles jugak tengok orang punya follower beriban2.. tapi pada saya lebih baik saya dapat follower yang betul-betul sukakan blog saya.. atau lebih tepat, nak jadi kawan saya.. Terima kasih semua ^_^


Cerita Tentang Kejujuran dan Daging Masak Kicap

Pin Pin Pon Pon ||


Tajuk panjang lagi....Hari ni teringat kenangan masa belajar kat SEGi dulu.. masa tu bulan puasa tahun 2008.. Kami student kat sana, semua makan sendiri la.. Tiap-tiap petang, saya dan kawan akan turun beli lauk untuk berbuka kat gerai sorang pakcik dan isteri dia kat tepi jalan..

Biasanya saya beli ikan keli masak ape tah namanya.. Hehe.. Tapi hari tu teringin makan daging masak kicap, sebab nak ada kuah sikit.. Sebelum tu pernah la jugak beli daging tu RM2, tapi hari tu nak berkongsi dengan kawan, jadi saya mintak la pakcik tu buatkan RM3, ingat dapat la banyak sikit..

Rupa-rupanya, kalau RM3 lagi sikit daripada RM2.. Saya pun macam pelik.. Yang paling nak marah tu, pakcik tu dah cedok daging dalam plastik dah banyak dah, tapi lepas tu dia boleh keluarkan balik.. Memang saya menyumpah la dalam hati.. Geram sangat.. Tak pernah-pernah pergi beli kat mana-mana tengok peniaga cedok keluar balik makanan yang dah bubuh dalam plastik..

Nak tak nak terpaksa bayar juga.. Kalau ikut dalam hati, memang tak nak bayar, nak blah cam tu je.. Bila fikir balik, tengah bulan puasa, saya anggap je la sedekah.. Tapi padan muka la kat pakcik tu esok hari dan seterusnya, kitorang tak pergi beli dah kat gerai dia.. Sabar je la..... T___T

Kalau nak berniaga ni kena la jujur, baru murah rezeki..




Tak De Pape La..


Hep.. Hari ni nak story pasal sikap sesetengah orang dan mungkin jugak, kita pernah buat benda ni..Bila agaknya masa yang sesuai nak guna ayat "Tak de pape la" tu ye? Bila orang tak dengar apa yang kita cakap.. kadang2 bila kita malas nak ulang, kita akan cakap "tak de pape la".. Kan2?

Ada masanya rasa bengang jugak, bila kita tanya, orang jawab "tak de pape la".. Nampak macam dia malas nak layan kita.. Tapi ada juga segelintir orang ni, yang dia nak kan perhatian kita, tapi bila kita tanya kenapa.. Dia akan jawab, "tak de pape la".. Sakit hati tak? 

Contoh macam kat Facebook la senang, ada sorang kawan yang buat status.. "Sedih la hari ni" lepas tu akan ada la orang yang tanya kenapa.. Jawapan dia "tak de pape la".. Ok, kalau tak nak cerita, tak perlu la post kat fb kan.. Tak pe la, maybe tu cara dia.. Tinggalkan la cerita tu..

Saya pun kadang-kadang ada cakap "tak de pape la".. Terutama bila malas nak mengulang sesuatu perkara.. Tapi yang pelik kenapa saya tak suka bila saya tanya, orang jawab "tak de pape la".. Sepatutnya tak boleh la nak tak suka kat orang, sebab kadang-kadang saya pun ada cakap "tak de pape la"..

Kesimpulannya... saya tak de idea hari ni nak menulis.. lama dah otak ni kosong.. so keluar la entry "tak de pape la".. ni.. Soalan saya kat sini ialah.. Berapa kalikah saya menaip "tak de pape la".. dalam entry kali ni termasuk dalam gambar.. Syarat penyertaan, dilarang scroll ke atas.. Haha.. Hadiahnya.......................  "Tak de pape la".. terima kasih kerana membaca ... ^_^ "Tak de pape la"..


*Blur.. Betul2 blurrr*

Syukur Dan Terima Kasih..

Pin Pin Pon Pon ||
Sejak join sesi suai kenal yang Ben Ashaari anjurkan, terasa lain sikit la kat blog ni.. Firstly terima kasih pada beliau..  Juga berkat blogwalking sampai tertidur.. Tapi apa yang lainnya?


 Hari-hari ada yang berkunjung ke blog ni.. Syukur..

 Follower bertambah sekali ganda, sebelum join ada la dalam 166 sekarang dah 269.. Terasa  la keseronokannya sikit.. Syukur..

 Dapat kawan-kawan baru.. Syukur..

 Earning Nuffnang bertambah, berkali ganda.. Syukur..

 


Tak la banyak mana.. tapi syukur dan berterima kasih sangat pada semua.. Avoid fraud click ok.. ^_^

*Berjaya dengan usaha tu lebih manis rasanya.. 
Tak sempat nak trace follower ke 202 T__T


Tutorial?

Pin Pin Pon Pon ||
Entry ni agak panjang sikit.. Sudi-sudikan baca ye.. Petang tadi online ternampak satu mesej dekat Shout Box..


Ok, request dari ohujan.. Sebelum ni memang pernah juga la nak buat tutorial.. Tapi rasa macam tak layak nak buat, sebab masih baru lagi dalam dunia blog ni.. Mula-mula dulu memang tak tau apa-apa, mujur ada juga kawan yang sudi membantu, iaitu Cik Ciput ^_^

Boleh sebenarnya nak buat.. Tapi tunggu masa yang sesuai je kot.. Sebab saya just edit dekat html code saja.. Banyak tutorial yang saya ikut tak menjadi sebab saya tak tukar template, dan html code ada yang berbeza..Yang dari awal follow blog saya dan singgah pernah la tengok template asal saya macam kat bawah ni..

Kalau korang perhatikan, susunan semuanya sama.. Iaitu 3 column template..

Kemudian saya mula tukar sedikit demi sedikit.. Caranya saya cuma study kat html codenya saja.. Ada yang berjaya dan ada yang tak.. Semua cuma kaedah Try & Error.. Apa yang saya buat?

Saya cari semua code yang ada url (http://) kat situ saya ganti dengan url satu gambar yang saya nak guna sebagai contoh.. Kemudian preview.. Sebab nak tau kat mana kedudukannya nanti..

Untuk tukar yang lain-lain saya cuma Google saja, banyak web yang buat tutorial ni.. Saya lebih suka refer blog orang putih, sebab kalau tak credit pun dorang tak tau.. Haha.. Sebab kebanyakan blog orang melayu yang saya tengok ni.. Semua nak kan credit.. Dan ada la yang agak berlagak sikit.. Bila kita tanya soalan pun nak tak nak je layan.. Macam la saya ni bodoh sangat.. T___T Yelah, dorang expert kan.. 

Sebab tu saya ambil keputusan.. Study sendiri, tak payah tanya sesiapa.. Melalui pembacaan pun kita boleh paham..Saya terfikir, sebenarnya tutorial tu semuanya sama, cuma berbeza melalui cara pengolahan saja.. Lepas dah boleh edit sikit-sikit, saya try buat untuk kakak saya.. Jadi la seperti kat bawah ni.. 


Simple je, sebab masa tu tak berapa pandai sangat.. Tapi agak berat sikit, sebab saya hostkan semua image dekat Photobucket, so saya sarankan, kalau nak ambil url pic, upload dekat blog saja, salah satu cara nak ringankan blog.. Base code templatenya, saya guna dari code template saya, tapi saya delete satu sidebar, so jadi 2 column je.. Hehe.

Saya tak boleh janji kepada ohujan.. Sebab sekarang kena edit blog kakak saya lagi sorang dan adik saya juga, so macam tak menang tangan sikit.. Tapi InsyaAllah saya akan usahakan untuk buat tutorial tu ok.. ^_^  Sila sabar menunggu ye.. Terima kasih ^_^


Banyaknya hutang saya !

Pin Pin Pon Pon || ,
Hutang duit dengan PTPTN.. Hutang budi dengan family, kenalan.. Dan hutang tag dengan blogger.. Hehe.. Hari ni nak langsaikan hutang tag la.. Sebab tu salah satu perhargaan buat saya.. Dan tanda terima kasih juga buat mereka ^_^ 

..........................

TQ mRa
TQ Syeeda
TQ Finie

Saya buat sekali je k.. Sebab award & tag yg same :)

1) berikan 1 nick name untuk saya.
Yg ni agak tak paham.. Nick saya atau nick korang ek.. Hehe.. Kalau saya boleh panggil Aini/Nys :D

2) ucapan untuk pemberi award ini...
Untuk mRa, Sheeda, Fa, Finie, SC, ManjaIxora dan Srikandi Aicha,  tq sgt2 k.. hope korang akan jadi kawan2 saya yg baik.. hehe

3) berikan 6fav artis/singer/group yang korang minat...
FT Island/CN Blue/SNSD/SS501/Faizal Tahir/2AM dan byk lagi ^_^

4) Tag award ini kepada 10 orang blogger / folower 

Zieyla
Titirara
Zura
Chukahae
Ciput

.......................

Another tag daripada Finie.. Tq again ye :)




Jangan Pakai Baju Warna Merah

Pin Pin Pon Pon ||

10 Zulhijjah Bukan hari ni,, tapi esok.. maknanya esok raye lah.. Bukan Aidilfitri, tapi Aidiladha.. Maknanya, ada ibadah korban.. Hehe.. Masa kecik je penah tengok orang buat korban ni depan mata, dah besar2 ni memang tak pergi.. budak2 biasa la suka menyebok.. Tapi orang2 tua selalu pesan, kalau nak pergi tengok korban jangan pakai baju warna merah.. sebab nanti lembu tu kejar.. 

Bukan masa korban je.. tapi katanya lembu memang tertarik dengan warna merah.. So bila ada masa terpakai baju merah dan terserempak dengan lembu (kalau balik kampung) memang kecut perut la.. Lembu tu relaks je saye yang lari tak cukup tanah.. Haha... Lembu pun ikut mood jugak nak kejar orang.. Hehe.. Mesti lembu tu pelik kenapa saya lari.. Rasanya angsa ang ang yang suka kejar orang tak tentu pasal.. Haha.. Tension gila kalau jumpa angsa..

*Selamat Hari Raya Haji.. Selamat Hari Raya Korban.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. ^_^


Rosak budak-budak sekarang..

Pin Pin Pon Pon ||
Dari U, 18SG, 18SX, 18PL, dan 18 PA.. Masih relevan lagi ke klasifikasi Drama TV atau Filem tu? Rasanya macam tak de beza pun semua tu.. Tak dinafikan media massa dan elektronik juga menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja masa kini.. Betul ke 18 tahun sudah dianggap dewasa? Kalau klasifikasi tu menjadi, kenapa la ada kanak-kanak atau remaja di bawah umur 18 tahun sekarang ni lebih advance berbanding dengan mereka yang berumur 18 tahun ke atas? Pernah tengok gambar2 ni?



Boleh tunjuk sikit je.. selebihnya tengok kat sini.. Jangan tengok gambar je.. baca sekali isi kandungannya ok.. Saya tak pasti lokasinya di mana.. rasanya bukan di Malaysia.. Tapi situasi ni ibarat penyakit dah sekarang ni.. Banyak kes budak-budak bawah umur ni.. Geleng kepala je bila baca di paper atau internet..

Kita yang dah makan garam dulu ni memang tau beza remaja dulu dan sekarang, ibarat langit dengan bumi.. Masalah sosial yang semakin teruk.. Bukan lagi tertumpu pada vandalisme je, tapi dah melarat kepada seks bebas.. Ni cuma apa yang kita dapat lihat, banyak lagi yang tersembunyi..

Kepada ibu bapa, pantau la kegiatan anak-anak anda.. Sedih sangat tengok masalah remaja sekarang ni..

*Rasanya tak lama lagi kena keluarkan klasifikasi baru iaitu 80 tahun ke atas..

Related Posts with Thumbnails