" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Minta maaf?? No way!!

Pin Pin Pon Pon ||

Assalamualaikum.. Kembali bersuara melalui blog.. Ada yang ingat blog saya problem sebab entry sebelum ni blank je.. Haha.. Saje.. Kena fikir dengan lebih mendalam.. Banyak juga respon ye walaupun kosong je.. TQ ye kawan2.. 

Memang berdiam diri tu bagus.. Boleh mengelakkan perbalahan.. Tapi sejauh mana kita boleh bersabar? Boleh ke kita tahan dengan manusia2 yang mulutnya tahap 'puaka'.. Macam mana pulak kalau kita difitnah? Ada orang fikir, bila kita diam maknanya kita salah.. 

Kalau kita sendiri tak tegakkan kebenaran, sampai bila-bila pun orang akan fikir kita yang salah.. Ye, kita perlu bersuara jugak untuk membela diri.. 

Tapi ada juga spesis manusia yang tak suka dengar penjelasan orang.. Katanya, 'alasan'.. Kenapa ye ada orang macam tu?  Yang rasa dirinya tak pernah buat salah.. Rasa dirinya 'PERFECT'.. sampaikan tak nak dengar penjelasan orang.. Selalu fikir diri dia je yang betul.. Ego! Bila salah, sekali pun tak pernah keluar perkataan maaf..

Jatuh ke maruah seorang manusia bila ucap perkataan maaf? Susah ke nak mengaku salah? Payah ke nak beralah? Perlu ke berbalah? Kadang-kadang memang tak faham dengan sikap manusia.. Makin ramai kawan makin sakit hati.. Talam dua muka.. Kacang lupakan kulit..

"Saya rasa saya tak buat salah, buat apa saya nak minta maaf?" Kalau semua orang fikir macam ni susah la.. Ada jenis manusia yang tak pernah rasa bersalah.. Hatinya keras.. Bagi dia.. Maaf hanya untuk kesalahan yang besar.. Bila ada yang terasa, katanya terlalu sensitif.. 

Manusia ni perwatakannya berbeza-beza.. Tak rugi beralah.. Tak rugi minta maaf.. Ruginya kita kalau kita tak sempat nak minta maaf pada seseorang dan malunya kita kalau seseorang dah maafkan kita walaupun kita tak pernah minta maaf.. 

Kalau ada yang mengatakan maafkan semua orang sebelum tidur.. Kita pun kenalah minta maaf pada semua sebelum tidur.. Kalau kita buat kat orang, satu hari tak mustahil orang plak akan buat kat kita.. Buat baik pada semua orang..  Takkan merugikan diri kita langsung.. Sikit pun tak.. 

Saya sentiasa berpegang pada prinsip... "Biarlah seribu orang sekalipun yang buat jahat kat saya, saya xkan balas walaupun pada seorang.." Bagi saya, pergaduhan tu hanya merugikan.. Kita boleh singkatkan waktu sedih dan panjangkan waktu gembira cuma dengan satu perkataan saja iaitu "MAAF"


*Sorry seems to be the hardest word..

livelovelaugh

10 Kuntum Bunga:

Amirrah Zawani said...

ucapkan maaf selagi masih hidup..
nanti dah xda menyesal pula..

Ainismaira said...

@Amirrah Zawani Yup..it's better.. daripada dihantui rasa bersalah nti..

diriku said...

org ni mcm2 perangai..bg yg xpernah rs bersalah tu, entah2 dia yg byk wt slh kt org..he2

Ainismaira said...

@diriku Kebanyakan yg sy kenal..mcm tu la orgnye wak.. pelik2 je manusia ni..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Jika maaf itu menjadi terlalu mudah ia akan menjadi semakin berharga.. bukan menjadi semakin murah. Jika Maaf senang di ucapkan.. maka ia akan menjadi sesuatu paling bermakna..

Ibn Mustakim said...

Merasakan diri lebih dari orang lain "saya tak rasa saya salah" adalah merupakan ciri2 sifat takabbur.

apa yg perlu kita buat bila berhadapan dengan spesis ni?

Seyogia bagi kita untuk memohon dari Allah agar si polan/ah mendapat taufik, hidayah & petunjuk agar tertutup pintu neraka dan terbuka pintu syurga baginya.

Insya Allah hidup kita lebih ceria kerana redha dan pasrah atas taqdir dari Allah.
Lebih baik dari sekadar ucapan 'maaf'

Ainismaira said...

@THE LEKAT LEKIT STORY Btol sgt2.. stuju 100%

Ainismaira said...

@Ibn Mustakim Yer, btol jgak tu.. :) TQ..

IN said...

tak ada salahnya berkata maaf, malah menyenangkan hati wanita :)

Ainismaira said...

@IN btol tu bos.. :)

Related Posts with Thumbnails