" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



InsyaAllah Lagi 2 Tahun...

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum..

Penat, baru balik dari Majlis Perkahwinan kawan sekolah dulu.. Kenduri kawin kawan yang 1st saya pergi a.k.a yang dijemput.. Yang lain ada juga yang dah kawin, tapi tak dijemput, tak kan nak pergi kan.. Dah ada anak besar-besar pun .. Terasa? Tak de la.. Sebab bukan kawan rapat, memang wajar la tak dijemput.. Tapi kalau kawan rapat tak jemput, memang merajuk la saya nanti.. Hehe..

Selamat Pengantin Baru kepada Baity, kawan dan jiran belakang rumah saya dulu  :) Cantik sangat dia hari ni.. Suami dia kat sebelah je, malu la nak tangkap gambar sama.. Haha..

*Berjumpa semula selepas 5 tahun tak jumpa ^_^

Bila pergi ke kenduri ni, tak kira la pertunangan ke perkahwinan ke.. Mesti akan diajukan soalan, bila pula giliran saya? Entah la.. soal jodoh ni susah sikit nak cakap kan.. yang saya boleh cakap, 2 tahun lagi saje.. Sebab tu yang pihak lelaki cakap.. Saya pempuan, takkan nak pergi pinang dia.. Memang la boleh, tapi orang sekarang ni kuat mengata kan.. :p

InsyaAllah, andai ada jodoh, tiba waktunya, saya pasti akan jemput semua.. Saya tak ramai kawan.. Tapi saya akan jemput semua, yang rapat, tak rapat.. Yang penting korang semua pun saya jemput.. Teringin sangat nak jumpa korang semua.. Mesti best kan kalau sekali-sekala berkumpul..

Apa-apa pun doakan perhubungan saya dan si dia kekal selamanya.. Tahun ni je dah masuk 3 tahun bersama.. Sebab sangat mustahil untuk saya mulakan dengan orang yang baru.. Susah nak mulakan sesuatu ikatan, tapi sangat mudah nak memutuskannya.. Jadi, saya cuma jaga apa yang saya ada.. Jauhi apa yang saya tak nak.. 

*Setia gila2 punya


*Bahana : Mata yang bengkak sebab asyik mengadap blog je.. Kat bawah mata belah kanan saya macam ada benda bulat kat dalamnya.. tak tau nak cakap ape benda.. risau pun ada.. Kan dah tak comel (memang tak comel pun..haha)


Saya rasa saya kena pergi jumpa doktor dengan segera.. Risau!


16 Kuntum Bunga:

Amirrah Zawani said...

2 tahun lagi.. haha!! ok lah tu.. kawan2 i pun ramai yg dah kawin.. i pun nak kawin tp belajar pun x abih lagi.. haha!! sabar la jap.. ^_^

THE LEKAT LEKIT STORY said...

susah btl kalau nak comment entry dia sebab cursor dia mesti hide.. apapun semoga jodoh kamu pun cpt sampai

khairunnisa ♥ said...

tahniah untuk kawan ainismaira ^__^
cepat jumpa doktor ye :)
jangan lupa jemput :)suka wording *setia gila gila punya..

^__^ nice blog and have a nice day ♥

Pencari Qurratuaini said...

amin

Eiymah Fahimah said...

Hope impian awak jadi kenyataan....dan hubungan awak dan si dia berkekalan hingga ke akhir hayat.2 tahun dah tak lama tu.Tahun depan pun tinggal beberapa hari je ni.hehehe...

Ct SoLeHa said...

semoga berkekalan sebagai suami isteri..

mmg bengkak mata kanan 2..leh masuk duit syiling dlm tue..hehe

try tuam tuala yg rendam air panas..insyaallah hilang bengkak

noreed said...

pastikan habis belajar dulu ye, dek :)

cik ciput said...

jangan lupa jemput sy ye ainie.. =)

Ainismaira said...

@Amirrah Zawani Same la.. kalau lepas ni dapat sambung belajar, tak boleh la kawin lagi.. hehe

Ainismaira said...

@THE LEKAT LEKIT STORY Sorry2.. just guna tocang katun ni.. kalau susah btol, nanti sy remove la cursor ni.. btw thx coz sudi gak komen.. T_T

Ainismaira said...

@khairunnisa ♥ Terima kasih Khairunnisa :)

Ainismaira said...

@Pencari Qurratuaini Amin.. thanx :)

Ainismaira said...

@Ct SoLeHa boleh masuk duit syiling? waa.. agak menakutkan statement tu.. haha.. okey2.. terima kaseh Sol :)

Ainismaira said...

@noreed Dah pasti kak :) tq..

Ainismaira said...

@Eiymah Fahimah Yup2.. terima kasih banyak2 ye Eiymah :)

Ainismaira said...

@cik ciput Yup.. sudah semestinya.. Cik CIput mesti dtg nanti.. hehe..

Related Posts with Thumbnails