" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Perlu ke Webcam masa YM?

Pin Pin Pon Pon ||
Gambar sekadar hiasan
Sumber : Google

Ni yang saya paling tak suka bila on YM.. nak biarkan je YM tu berhabuk reput.. Tiap kali online ada je yang minta on Cam.. Siap nak tengok real.. Gambar tak cukup.. Kadang2 tak faham la.. Nak cakap ape lagi, kat YM tu berlambak2 orang gila seks.. 

Ada jugak yg jenis paksa kita tengok dia.. Kalau setakat nak tunjuk muka tak kisah la.. Ni sampai nak tunjuk yang bukan2.. Tu dah kira gangguan seksual la kan? Sebab hal2 macam tu la malas sangat nak on YM.. 

Dah letak gambar satu, nak tengok yang lain plak... Letak yang bertudung siap mintak yang tak bertudung.. Last2 saya letak gambar dengan bf.. Ingatkan takde yang kacau.. Rupanya ada jugak.. Aduh.. kenapa la dorang tu macam tu.. 

Pernah satu masa terpaksa bagi ceramah kat seorang budak tu.. Pernah jugak kena maki sebab xmelayan.. Soalan2 nakal dorang ni mmg di tahap membimbangkan dah...

"Notty x?"
"Layan blue x?"
"U pakai ape skrg?"
"Ada cam?"
"Nak tgk u.."
"U nak tgk i punya x?"

Gila la dorang ni.. Susahnya jadi perempuan ni.. Dalam rumah pn xselamat dah.. Tak dinafikan ada juga perempuan sendiri yang mencari lelaki untuk memuaskan nafsu dorang tu.. Tapi majoritinya lelaki la..

Pada kawan2 perempuan semua.. xpayah la on cam sangat.. kalau nak pun biarla dengan pakaian yang sopan.. Kalau ada lelaki yang gatal pun xperlu layan.. Sebab takut nanti ada pulak yg rekod aksi korang depan kamera tu.. Nanti jadi kes lain pulak..Hati2 la ye.. 

Pada lelaki2 yang selalu nak sembang bukan2 tu mintak la jangan buat dah ye.. Korang kan lelaki, lelaki tugasnya melindungi perempuan.. bukan rosakkannya.. Kalau ada perempuan yang menyerah, kuatkan la iman korang ye.. 

Sekadar nasihat dari saya.. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.. Semoga semuanya dilindungi Allah.. Aminn..


livelovelaugh

Related Posts with Thumbnails