" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Apa itu Skoliosis?

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum semua.. Hari ni cerita pasal diri sendiri lagi.. Saya pernah diajukan soalan oleh seorang Guru masa kat sekolah dulu.. Dia tanya kenapa muka saya macam orang sakit.. Saya cuma jawab, muka saya memang macam tu.. Yelah, masa tu mana la tau kita ni tak normal.. T__T

Masa berumur 18 tahun, ada diutarakan soalan oleh kakak saya.. Dia tanya kenapa badan saya bongkok.. Hmm.. kemudian baru mak perasan.. Dan bawa ke klinik.. Mula-mula tak terfikir la yang diri ni ada penyakit.. Doktor sahkan saya ni penghidap 'Skoliosis'.. Apa tu skoliosis? Majoriti memang ramai tak tau..

Mengikut Wikipedia, Skoliosis merupakan satu penyakit iaitu kelengkungan lateral dan pemutaran yang kompleks serta kecacatan spina (tulang belakang). Skoliosis biasanya dikelaskan sebagai kongenital, idiopatik atau sebagai simptom sesuatu penyakit lain, seperti cerebral palsy dan atrofi otot spina.

Okay, nak terangkan memang tak pandai.. Tapi mengikut kepada apa yang doktor tu cakap, Skoliosis ni penyakit kecacatan tulang belakang di mana tulang belakang tu akan membengkok membentuk huruf 'C' atau 'S' boleh bayangkan tak?

Effectnya, badan akan nampak bongkok sedikit.. Kalau tengok pada postur badan saya, memang belakang badan agak bongkok sikit kalau tengok macam biasa memang tak nampak, tapi jelas kelihatan kalau saya bongkokkan badan.. Macam gambar kat bawah ni..

Cr. Google

Tulang rusuk belah kiri saya juga macam timbul sikit, dan bahu jadi tinggi sebelah.. Tu lah, kecacatan yang bagi saya tak ramai dapat lihat, sebab tersembunyi..

Bukan la nak manja bila dah tau diri ni sakit, tapi hakikatnya, saya akan cepat berasa penat, contoh apabila berdiri atau duduk terlalu lama.. Soalan yang saya ajukan pada doktor, 'bahaya tak penyakit ni?' Doktor tu cakap tak bahaya, cuma saya akan mengalami kesulitan apabila mengandung kelak.. Dan jika tidak dirawat, bimbang tulang belakang tu akan terus membengkok lalu menghimpit jantung yang akan menyebabkan saya sukar untuk bernafas.. ( Tak bahaya ke macam tu??? Ape la doktor tu )

Bila saya Google pasal penyakit ni, nampaknya tak seperti apa yang doktor tu cakap.. Agaknya doktor tu malas layan saya kot.. Hmm.. Untuk keterangan lebih lanjut, sila klik -Skoliosis Perlu Segera Dirawat- 

Faktanya kat sini, bila ada seorang ahli keluarga yang menghidap skoliosis ni, kemungkinan untuk ahli keluarga yang lain menghidapinya juga amat tinggi.. Kepada adik-adikku, semoga kamu berdua sihat selalu..

*Perlu rawatan susulan dengan segera..



Related Posts with Thumbnails