" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Semua nak 'A' je ..

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu ye kawan2.. Mesti korang semua tengah jalan2 lepaking dengan kawan2 kan.. Jelesnyee.. T__T

Okay la.. hari ni nak share satu cerita.. Semalam ada tak yang tengok TV3? Cerekarama.. Tajuknya "Semua nak 'A' je" Memang tertarik sangat dengan cerita tu.. Komedi ringan, tapi sinisnya menyindir golongan yang berlagak kononnya bagus..

Pernah ke korang kenal dengan kawan2 yang macam tu.. Semua ceritanya memang nak lagi bagus daripada semua orang.. Ok, kalau benda tu betul, benar dan sahih tak pe.. boleh la bagi can.. Tapi kalau yang menipu tu yang agak meluat sikit.. 

Ada la seorang sahabat minah kat kolej saya dulu, memang muke bajet hot la.. Hehe.. Bila saya dengan kawan2 lain berborak, mesti dia datang nak menyampuk, cerita pulak nak yang bagus je.. Tak nak kalah tu.. 

Tapi dia fikir saya ni bodoh agaknya, dia tak tau saya ni berbakat dalam mengantoikan orang2 yang menipu.. Satu hari memang saya dah kantoikan dia.. walaupun dia macam nak cover2.. Ceh.. ko ingat aku xtau ke.. Bila dah terbongkar, baru tak tau nak letak muka kat mana..

Yang dia nak tipu pasal tempat dia belajar dulu tu saya tak de la heran sangat, tapi bila dia tak pernah cerita tentang ayah dia tu yang saya ngan member2 jadi pelik.. Asyik cerita pasal Mama Mama Mama.. Sebab 'Mama' dia tu kerja bagus.. Papa tak de pun.. Tapi akhirnya kantoi juga, bila dia terlepas cakap ayahnya pemandu teksi.. Sebab ada kawan saya lagi sorang ayahnya pemandu teksi, tapi dia bangga sangat dengan ayah dia.. Tu la orang nak cerita kau pun nak.. Kan dah kantoi..

Pic. Google. Dialog: Sendiri bikin..

Saya dgn mber2 agak minah tu malu dengan ayah dia sendiri.. Memang tak patut la.. kalau ayah dia tau mesti ayah dia sedih.. Penting ke nak nampak hebat kat mata orang dengan menipu? Nak menipu pun agak2 la.. Tak paham betul.. Sejak hari tu kalau dia bercerita, kitorang wat derk je.. Dan perlahan2 meninggalkan ruang gosip.. Haha.. Padan muka..


Berjauhan Lebih Baik

Pin Pin Pon Pon ||
Firstly, sorry untuk entry yang lebih kepada cerita peribadi.. Hari ni dah 14 November 2010.. Maknanya, hari ni Anniversary Saya & Dia yang ke-3.. Ye dah 3 tahun.. Mula berkenalan dengan dia sekitar bulan Disember 2005.. Dan pada 14 November 2007 kitorang declare.. Memori terindah? Saya tak tau.. Percaya atau tak, sepanjang 3 tahun ni, saya cuma berjumpa dengan dia cuma 2 kali saja.. 

Makan kat luar? Sekali je.. Jalan-jalan dekat Mall? Sekali je.. Bersiar-siar kat tasik? Sekali je.. Tengok wayang sama-sama? Tak pernah.. Pelik? Saya percaya ramai lagi yang macam saya ni.. Sambut hari jadi tak pernah.. Sambut anniversary ape tah lagi kan.. 

Kadang-kadang memang sedih, siapa yang tak sedih.. Kadang-kadang, teringin jugak macam couple lain.. Time2 macam ni sekurang2nya ada la jugak sambut sikit2.. Ye, tulah kekurangan bila berjauhan ni..

Tapi sepanjang 3 tahun, saya bersyukur sangat2, sebab kenal dengan seorang yang penyabar.. Yang tak pernah marah saya.. Yang bagi saya, dah cukup sempurna dan tak perlu saya cari yang lain.. Walau pun tak berjumpa.. Saya terharu, sebab dia dah bawa saya jumpa dengan keluarga dia.. Cuma dia masih belum berkesempatan berjumpa keluarga saya..

Kelebihan bila berjauhan, terhindar la dari segala jenis perbuatan yang salah.. Syaitan juga tak kan jadi pihak ketiga.. Mungkin bagi sesetengah orang, hubungan saya ni boring.. Bila bercerita ada juga yang kata Si Dia lelaki tak guna.. Tapi bagi saya, bercinta tu tak semestinya bahagia bila sering berjumpa.. Tapi lebih bahagia bila Si Dia setia..

Pada saya lebih baik jauh tidak berjumpa, daripada dekat selalu berjumpa. Semoga hubungan ni sentiasa diberkati Allah dan berkekalan sampai bila-bila.. Amin..

Layan We Got Married : Goguma Couple
Cerita ni sgt sweet.. tapi saya menangis bila tengok.. Betapa saya rindukan Si Dia dan sentiasa berharap hubungan kami akan jadi lagi sweet daripada cerita ni.... Halal bila dah bernikah..


Related Posts with Thumbnails