" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Saya Follow Semua

Pin Pin Pon Pon ||
Jom lawat blog Cekla ^_^

Biasanya 'Confirmation' macam kat atas ni keluar kalau hari tu saya dah follow terlalu banyak blog.. Yup! Saya memang akan follow kebanyakan blog yang saya pergi.. Terutama blog-blog baru.. Kalau tak tu maknanya saya terlupa atau awal-awal dah dihalau oleh tuan blog.. Jadi tolong ingatkan saya kalau saya terlupa nak follow..

Pada saya Followers ni macam kawan.. Saya follow bukan sebab nak orang follow saya balik.. Tapi, saya tau macam mana gembiranya hati seseorang kalau follower dia bertambah.. Saya buat untuk gembirakan hati semua orang.. 

Ye, saya tau ada yang jenis tak suka follow secara paksa ni.. Saya pun tak pernah paksa siapa-siapa follow saya.. Orang yang pandai berterima kasih akan tau macam mana nak balas budi orang.. Lagipun bagi saya cabaran sebenar bukan pada jumlah follower, tapi berapa ramai yang akan datang semula ke blog kita selepas follow.. 

Memang tak dinafikan kadang2 jeles jugak tengok orang punya follower beriban2.. tapi pada saya lebih baik saya dapat follower yang betul-betul sukakan blog saya.. atau lebih tepat, nak jadi kawan saya.. Terima kasih semua ^_^


Cerita Tentang Kejujuran dan Daging Masak Kicap

Pin Pin Pon Pon ||


Tajuk panjang lagi....Hari ni teringat kenangan masa belajar kat SEGi dulu.. masa tu bulan puasa tahun 2008.. Kami student kat sana, semua makan sendiri la.. Tiap-tiap petang, saya dan kawan akan turun beli lauk untuk berbuka kat gerai sorang pakcik dan isteri dia kat tepi jalan..

Biasanya saya beli ikan keli masak ape tah namanya.. Hehe.. Tapi hari tu teringin makan daging masak kicap, sebab nak ada kuah sikit.. Sebelum tu pernah la jugak beli daging tu RM2, tapi hari tu nak berkongsi dengan kawan, jadi saya mintak la pakcik tu buatkan RM3, ingat dapat la banyak sikit..

Rupa-rupanya, kalau RM3 lagi sikit daripada RM2.. Saya pun macam pelik.. Yang paling nak marah tu, pakcik tu dah cedok daging dalam plastik dah banyak dah, tapi lepas tu dia boleh keluarkan balik.. Memang saya menyumpah la dalam hati.. Geram sangat.. Tak pernah-pernah pergi beli kat mana-mana tengok peniaga cedok keluar balik makanan yang dah bubuh dalam plastik..

Nak tak nak terpaksa bayar juga.. Kalau ikut dalam hati, memang tak nak bayar, nak blah cam tu je.. Bila fikir balik, tengah bulan puasa, saya anggap je la sedekah.. Tapi padan muka la kat pakcik tu esok hari dan seterusnya, kitorang tak pergi beli dah kat gerai dia.. Sabar je la..... T___T

Kalau nak berniaga ni kena la jujur, baru murah rezeki..




Related Posts with Thumbnails