" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Macam ni punya orang pun ada?

Pin Pin Pon Pon ||
Berita yang wajib dikongsi dengan korang semua..


MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Ainie : Suke suki kau je kan.. Tengin betol..

Katak vs Lipas

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum.. sekarang ni idea menulis mencurah-curah datang.. Terima kasih kepada kawan2 yang rajin datang membaca.. Rasanya ramai antara blogger yang masa sekolah dulu kelas sains tulen kan? tak pun adik-adik yang masih bersekolah tu, yang mana ada ambil subjek Biology..


Ingat tak korang masa Form 5, ada eksperimen di mana kita kena bedah Katak? Hehe.. Ingat tak ingat tak? Ada juga yang kena bedah lipas.. Best sangat.. Tapi saya tak buat pun, haha.. geli laaa.. memang tak boleh jadi doktor.. (memang tak jadi pon..hihi)

Masa buat eksperimen tu ada sorang member lelaki yang takut kan katak.. Haha.. Duduk siap bersila atas kerusi dan jauh daripada kitorang.. Rupa-rupanya dia takut.. Hehe.. Tak kurang juga ada yang takut lipas.. Lipas ni memang geli sikit, tambah pulak baunya yang tak menyenangkan.. 

Saya ni tak de la takut lipas sangat.. Dah biasa dah melakukan aktiviti membunuh lipas dengan penyapu.. Tapi kalau yang jenis terbang tu memang saya fobia sikit la.. Katak pulak disebabkan termasuk dalam kategori binatang yang lembik, so saya terpaksa la takut.. Haha..Geli2.. Tapi kalau ular saya pernah pegang.. Memang teruja masa pergi pameran ular.. Hee.. Berani tak berani sangat la.. Ular yang dah kena ubat pelali.. Lembik.. Eeee.. 

Soalan saya kat sini, kalau kena pilih antara katak dengan lipas.. Yang mana satu pilihan korang? ^_^


Kawan... Sedih nak cerita..

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum.. ^_^ Saya gembira sangat sejak aktif dekat blog ni.. Saya dah ramai kawan, walaupun tak nampak depan mata, tapi jujur saya suka sangat kawan dengan korang semua.. Terima kasih ye..

Di alam nyata saya ni bukan la seorang yang punya ramai kawan.. Mungkin la ramai, tapi yang rapat tu tak ramai.. Hidup saya banyak dihabiskan dengan family.. Bukan sebab saya ni kera sumbang.. Tapi masa kat sekolah saya ada ramai kawan baik.. yang paling rapat dengan saya, Nurul Ain.. Kami dah berkawan sejak darjah 1 lagi... Dan sampai sekarang kami rapat.. Saya rasa dia la sahabat terbaik saya..

Masa kat U pula.. ada la beberapa orang kawan rapat.. yang bila ke mana memang bersama.. Tapi bila dah terpisah, masing-masing senyap bawa haluan masing-masing.. Tapi masih ada seorang yang selalu contact saya, nama dia Azie.. Walaupun saya cuma berkawan dengan dia masa semester satu, sebab masa semester dua dia tukar ke kampus lain, tapi dia tak pernah lupa saya.. Tahniah pada dia sebab dapat sambung belajar ke Shah Alam ^_^

Kemudian saya ada dapat sorang kawan rapat.. Memang rapat.. Sangat rapat.. Tak perlu la saya nak mention nama dia kat sini.. Sebab sekarang saya dah rasa tak lama lagi persahabatan tu akan terputus.. Mungkin saya pernah buat salah sampai dia berjauh hati.. Tapi sejujurnya saya yang dah banyak bersabar dengan dia, banyak beralah.. Nak cerita pun sedih.. Dulu kitorang rapat, sampaikan lecturer pun cakap dia tu macam adik saya.. Ke mana kami bersama.. Tak pelah, kalau dia dah tak nak kawan saya.. Bukannya saya tak pernah minta maaf.. Lebih baik saya berdiam diri, makin saya cuba dekat dengan dia.. Makin saya sakit hati..

Walau seramai mana pun kawan yang saya dapat, kawan-kawan sekolah la paling best sekali.. Yang bila jumpa, tetap mesra macam dulu.. 

Saya kiri sekali.. Yang manja dengan saya tu la Nurul Ain.. Hehe

Ni la kawan2 sekolah saya.. ramai lagi sebenarnya.. tapi masa ni dorang takde.. 

Sorry kawan2 tayang muka korang kat sini.. Jom g terjah blog salah sorang member saya ni.. Nama dia Sanah Meh kita support dia jadi blogger tegar.. Haha..


Related Posts with Thumbnails