" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Pelik Sangat Ke Nama Blog Aku Ni?

Jom join lagi segmen Encik Ben Ashaari :)

1. First sekali letak header Encik Ben dan linkkan ke entry beliau.. (ok)

BEN ASHAARI

2. Tajuk Entry : Pelik Sangat Ke Nama Blog Aku Nih? (xok, tertinggal huruf 'H' haha)

3 .Dari mana dapat nama blog ni?

Specialnya, sebab nama blog saya Ainismaira adalah gabungan nama saya + nama ayah saya + nama mak saya.. [Aini + Ismail + Rakiah = Ainismaira] (ok)

4. Maksud di sebalik nama blog? Sama dengan no 3 ^_^ (ok)

5. Orang kuat blog saya ni? Saya dan adik beradik.. Hehe.. Nak buat blog mesti nak tanya pendapat orang jugak :) (ok)

6. Angan-angan terhadap blog ni? Nak capai pageview 20000 dan kalau boleh nak mencari kawan-kawan 1000 orang sebelum 2011 ^_^ (ok)

7. Kalau nak tukar nama blog? Tak nak tukar la.. Dah suka sangat dengan nama ni.. :) (ok)

8. Kalau berkemampuan? Mesti la nak masuk paper, tv.. ahha.. Tak nak la.. Less is MORE.. (ok)

9. Blog wajib singgah? Semua saya singgah, tapi yang wajib pergi blog sahabat blog saya yang pertama

10. Saya suka blog saya kerana, blog ni dah menemukan saya dengan ramai kawan-kawan baru yang baik hati :) (ok)



D.I.Y : Wallpaper Kegemaran Jadi Background Blog?

Assalamualaikum..

Ok, satu persoalan juga ni kan? Kadang-kadang kita dah suka dengan design template tu, macam 2 column, 3 column.. Tapi kita tak suka dengan background blog tu.. Atau dah lama-lama kita jadi bosan.. Nak tukar kat template designer memang tak boleh.. Macam saya ni, memang cepat bosan tengok background blog yang sama je.. Sebab tu suka tukar-tukar.. Sampai kawan blogger saya Amirrah Zawani pun asyik tegur.. Hehe..

Dulu blog saya macam ni..
(Original Template)
Sampai sekarang saya tak pernah tukar lagi design template ni, tetap sama 3 Column template.. Post body belah kiri, dan 2 sidebar belah kanan.. Sama kan? Macam blog saya sekarang? Yang bertukar cuma background blog je ^_^

Masalah yang sering kita hadapi bila tukar template ni, kadang-kadang blog kita jadi huru hara kan? Widget jadi berterabur dan ada pulak tambahan widget yang kita tak nak dengan bahasa-bahasa asing.. Nak mencari template yang sesuai pun dah mengambil masa yang lama.. 

So, macam mana kita nak tukar background blog kita tanpa usik sidebar, header, post body semua tu? Caranya tak susah sebenarnya.. Tapi kena pandai bermain dengan HTML code ^_^  Ni cara saya.. memang agak carca marba.. Sebab basic HTML ciput je.. Hee..Maklumlah belajar tak habis dulu :p

Size untuk wallpaper yang korang nak buat jadi background lebih kurang 1280x800, kalau terlalu besar, mungkin gambar tak masuk.. kalau terlalu kecil, wallpaper tu akan jadi tiles/repeat, tak cantik la.. kalau coraknya berulang takpe :) Jom belajar sama-sama :)


1. Klik Dashboard > Design > Edit HTML > Download Full Template (untuk backup)

2. Tengok dalam kotak Edit HTML tu.. korang kena cari text yang ada url.. Contoh macam kat bawah.. Biasanya terletak di awal kod dan dilabel sebagai body/background.. Kat sini la kena apply konsep TRY & ERROR..


3. Try tukar setiap URL yang korang jumpa dengan satu URL gambar lain..  Pada yang tak tau, boleh refer sini > (Cara nak dapatkan URL) .. Kemudian preview dulu, sebab nak tengok kat mana kedudukan gambar tu.. Bila korang dah tau, senang la korang nak tukar nanti..

4. Kalau suka dengan hasilnya + tiada error, klik je Save.. Contoh background blog saya yang dah ditukar, selain daripada sekarang :) Tengok, tak usik sidebar semua kan? :)


Kalau background korang terlalu besar, kecilkan sikit ye.. Yang saya bagi ukuran tadi cuma anggaran saya :)

"Selamat Mencuba"
Kalau ada masalah jangan segan-segan tanya ye ^_^

Tips : Ciri-ciri Header Yang Baik

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum..


Ada sorang kawan saya tanya, macam mana nak buat header yang cantik? Macam mana nak jawab ye? Sebab nak buat header ni sebenarnya kena ikut kreativiti sendiri.. Saya pun tak boleh jamin apa yang saya buat ni, cantik di mata orang.. mungkin ada mata yang tengok header saya tu macam budak-budak atau terlalu semak.. Apa yang saya boleh bagi tau kat sini.. Sedikit tips saja.. Supaya header tu boleh jadi menarik.. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri ye..

Ciri-ciri header yang baik :-

1. Colour : Penggunaan warna yang sesuai dengan warna tema blog.. Jangan guna warna yang terlalu terang, juga jangan terlalu malap.. Gunakan kombinasi warna yang sesuai, yang tidak menyakitkan mata memandang..

2. Font : Pemilihan font juga sangat penting.. Jenis tulisan yang digunakan mestilah yang mudah dibaca.. Tidak terlalu kurus.. Dan tidak terlalu serabut (tulisan sambung)

3. Text : Apa yang nak ditulis kat header juga tak perlu terlalu banyak.. Cukup sekadar nama blog, dan sedikit tagline yang tidak terlalu panjang dan mudah difahami.. Macam tajuk buku.. kalau panjang sangat orang susah nak ingat kan?

4. Size : Saiz header tak perlu terlalu besar.. Jangan la sampai separuh daripada blog dah header je.. buat saiz sederhana yang sedap mata memandang.. jangan pula terlalu kecil sampaikan orang tak nampak apa yang kita tulis.. Sia-sia je la buat header macam tu.. Hehe..

5. Style : Header yang menarik sebenarnya yang dibuat dalam bentuk transparent, berbanding yang dibuat dalam satu kotak.. Kelebihannya, mudah disesuaikan dengan background blog.. dan tak perlu la ditukar setiap kali nak tukar background baru :)

6. Simple : Header yang simple ni bermaksud, header yang tak terlalu banyak decoration.. Kalau nak letak gambar sendiri, cukup la satu, dua je.. Untuk hiasan lain pula, pastikan tak nampak semak sangat.. Yang penting sedap mata memandang.. 

Sebenarnya banyak lagi tipsnya, nak buat header ni tiada tutorial yang spesifik, semuanya perlukan daya kreativiti sendiri.. Setakat ni cuma tu yang saya boleh bantu.. Bagi mereka yang kreatif, header yang crowded pun boleh nampak menarik.. ^_^

Related Posts with Thumbnails