" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Review 2011 - Wedding & Engagement

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Kawan2.. :)

Nampak macam awal je nak review ape yang berlaku sepanjang 2011 ni, tapi hari ni dah ada mood nak menulis, so tulis siap2.. :) Tahun ni banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya.. Bermula dari rumah, ke tempat belajar, dan banyak lagi la.. Kalau nak diceritakan, rasanya mau beratus entry.. (Tu la sape suruh tak update blog kan?padan muka) So, boleh dikatakan entry ni sebagai ringkasan kepada beratus2 entry yang tak berkesempatan saya buat dan post.. Ada yang dah buat sekerat jalan, tapi lupa nak post, entry jadi lapuk.. Hehe..


Tahun 2011 nak habis dah.. tinggal lagi berapa hari je.. Cam biasa, yang menjadi isu, umur.. Tahun depan kena biasakan diri dengan nombor 25.. Nak sebut tahun depan macam lama lagi, dipendekkan cerita, minggu depan la.. Waaa! Ok, angka bertambah 1.. Tak de dah 24.. Realiti bila umur2 macam ni, orang akan tanya, BILA NAK KAHWIN? BILA? Ntah la.. hehe.. Bulan Disember ni memang kalendar saya penuh dengan jemputan kahwin daripada rakan2 zaman sekolah.. Semua dah berumah tangga.. Yang bertunang pn ada.. (Yang tak jemput pun ada) Haha.. Tapi tak kisah.. Terima kasih pada yang jemput. Tahniah juta2 tahniah la.. Memang best tengok orang bertunang + Kahwin ni.. At the moment, confirm berangan macam kita berada di tempat dorang... :D

Tiap kenduri yang saya pergi orang dah tanya.. Bila pula giliran saya n kawan2 yang masih single.. Tuhan yang menentukan semua tu.. Ewah.. InsyaAllah sampai masanya ade la kan?? NAk jawab ape lagi, tunggu jela.. hehe.. Tahniah pada kawan2 saya yang kat bawah ni.. Jom tengok gambar kahwin dorang nak? Tak nak? Kena tengok jugak.. :P (Pic2 curi pada album kawan2.. hehe..jgn mrh ek kome2..) 

Majlis Farah Wahida 

Majlis Nasrin

Majlis Alis

Majlis Pertunangan Fasha

Majlis Munirah

Majlis Nadia Ismail

Majlis Nadia Kudus 
(yg ini tak ada gambar ngan pengantin sebab rushing ke kenduri lain plak..xsempat, so curi je pade tuan punya badan..heehe)

Ni semua majlis yang dari awal tahun sampai la bulan Disember ni.. Tapi yang ramai memang bulan 12 ni la.. Banyak lagi rasanya pergi kenduri, cuma tak ambil gambar.. n tak berkesempatan nak pergi.. Ape pun saya memang suke pergi kenduri ni, sebab akan dapat banyak cenderahati dari kawan2.. Benda tu yang best.. Hehe.. Suka kumpul sebenarnya.. Selain tu, makanan yang dihidangkan pun memang tersangatlah best.. Macam mana la orang tak cakap saya dah gemuk.. Bulan ni je nasi minyak banyak sangat dah dalam perut.. Hehe,,

Tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan2.. Saya, masih berjuang di UPSI (yang sedang PANAS sekarang ni).. Tipulah kalau cakap tak nak kahwin kan? Tapi, mungkin belum masanya.. ^_^ Cuma minta jodoh tu ada.. Sebab dah tak sabar dah.. Haha..(GATAL).. Mana idak nak cakap gatal? Hari2 bukak Google, search gambar orang kahwin.. Daripada baju, pelamin, bunga telur, kek, macam2 lagi.. Semua saya explore.. Almaklumlah.. Umur meningkat 25, memang waktu sesuai nak berkahwin.. Haha.. K lah.. Tata.. Selamat Tahun Baru :)










Budak Sekarang Tak Macam Dulu

Bukan entry memburukkan siapa-siapa, sekadar membandingkan budak2 sekarang dengan zaman saya masih budak2 dulu :D

1. Dulu2 kalau kat sekolah, barangsiapa yang memakai mekap, walaupun sekadar lip balm pastinya ada yang kutuk2 belakang.. Sekarang normal dah, malahan siap blusher celak bagai.. Normal la tu sekarang :)

2. Dulu2 kalau bergaduh dengan kawan2 sekolah, diam2 dan cakap belakang je.. Sekarang normal dah kalau jumpa budak2 sekolah (perempuan) bergaduh macam wrestling.. Normal la tu sekarang :)

3. Dulu2 boleh kira budak2 sekolah yang couple masa sekolah ni, dan tak ramai yang tau, bila dah lama2 baru tau yang tu ex tu.. yg ni ex yg tu.. Sekarang, normal dah, semua nak ada pakwe dari sekolah rendah sampai le sekolah menengah, brape banyak kali putus pun tak tau .. Normal la tu sekarang :)

4. Dulu2 budak2 mana nak jaga penampilan sangat, pakai la baju macam mana pun.. Mekap jauh sekali, pakai jelah bedak Johnson baby tu pergi sekolah atau ke mana2 je.. Sekarang, budak2 sekolah pun dah takde rupa sekolah, dressing macam orang dewasa dah.. Normal la tu sekarang :)

5. Dulu2 budak2 lebih suka naik basikal, pergi mana2 naik basikal.. Sekarang kecik2 dah naik motor preng sana sini.. Normal la tu sekarang..

6. Dulu2 budak2 kalau yang suka mencuri pun just mencuri buah kat kebun orang, curi telur ayam, curi gula2 kat kedai.. Tapi sekarang, merompak pun ada.. Isk3..

7. Dulu2 budak2 nak telefon ayah suruh ambil di sekolah pakai telefon awam je (tu pun kalau ada), sekarang masing2 dah ada handphone.. (tapi tak telefon ayah dah).. Normal la tu sekarang kan?

Dunia makin maju, manusia pun nak maju.. Tapi kenapa Islam ditolak ke belakang? Fikir2kanlah.. Perbezaan banyak membawa keburukan daripada kebaikan...

Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda - UPSI

Pin Pin Pon Pon ||
Permohonan ni kira macam second intake la rasanya.. Sebab akan masuk bulan Februari 2012 nanti.. So pada siapa2 yang rasa nak sambung belajar dalam bidang Pendidikan/bukan Pendidikan, boleh la cuba k.. Gudluck :)

Download + Zoom iklan kat bawah ni.. hehe.. 

Video Yang Buat Saya Menjerit!

Ini bukan video seram.. tapi telah membuatkan saya menjerit-jerit rasa nak pergi ke tempat ni.. sangat cantik viewnye..  Tak caye? Jom la tengok kejap ek..


Ok fine.. memang cantik tempat tu n kat Malaysia je pun.. xpayah pergi luar negara.. Harga? Memang sampai nak tertelan anak tekak la.. Sangat mahal.. Sebab tu la saye just menjerit tengok video ni.. Tak mampu! Huhu.. Serius tak pernah tau kewujudan Gold Coast Sepang ni.. Tiba-tiba je ternampak iklan kat Facebook.. So try la search, and sangat terbeliak biji mata.. Sebab tak sangka kat Malaysia ada tempat macam ni..

Selama ni pernah dengar Gold Coast Australia je.. Yang tu memang ke sudah takkan pernah sampai.. Hehe.. Tapi yang Gold COast Sepang ni, kumpul2 duit InsyaAllah la boleh sampai.. Sesuai sangat nak pergi honeymoon.. Location pun xde la jauh sampai nak kena amek flight kan...

Pada siapa yang malas tengok video, jom tengok gambar je k.. ^_^ Credit Google (TQ)


Design ni yang buat diri ni meronta-ronta mau pergi sana.. Keh2.. Kena kumpul duit banyak2 ar, untung2 leh g honeymoon sane kan..

Cukup la pic, tak pandai nak describe tempat ni sebab tak pernah pergi.. Untung la siapa yang pernah pergi kan.. Saya kalau dapat pergi tangkap gambar kat sana pun jadi la.. Untuk lebih detail boleh pergi website Sepang Gold Coast dan  Golden Palm Tree ok.. Kat situ boleh tengok pakej n banyak lg lah.. Tak pun boleh pergi tengok kat Facebook Sepang Gold Coast .. Ok lah, nak sambung tido, nak mimpi g Gold Coast Australia (Jauh sikit).. Hehe

Suka Tengok Lelaki Yang Jarang Senyum

Pin Pin Pon Pon ||


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Update time bosan ni.. Terjumpa plak artikel menarik kat atas tu.. So, nak bersetuju la dengan artikel tu.. Memang saya tak berapa suka kat lelaki yang suka tersenyum ni.. Tak tau la kenapa.. Lagi suke yang mukenya jarang senyum, tapi bukan la muka perasan bagus tau... Contohnya? Jom layan gambar .. Hehe...







Watak bengis Jang Keun Suk dalam You're Beautiful


Kim Hyun Joong dalam BOF.. Mmg dia jarang senyum dalam cerita tu... dan saya memang tak suka kalau tengok dia asyik senyum je.. Sekali sekala dah ok.. Hehe..


Yong Hwa dlm Heartstrings.. Memang watak dia pendiam je dalam cerita ni.. Berlagak pun ada.. Tapi suke tengok muka dia yang serius.. 


Haishh! Asyik cite korea je.. Bosan2.. Jom tengok hero omputeh plak eh.. Hehe..


Hamek.. Tarabas! Cave of The Golden Rose (yeke tajuk? xingat dah.. cite lame) Lelaki kalau muka ganas ni nampak kuat sikit daripada yang muka jambu.. Hehe..


Neh Tom Cruise dalam cite pontianak mende tah, (malas nak kaji) yang die berlakon dengan Brad Pitt.. Dua2 jadi pontianak.. Hehe.. Best cite ni..

Last sekali ni, bukan artis.. Tapi saya minat dia.. Orang biase je..


Hua3.. bengis tak ni? 







T_T Bosannnnnnnn!



Lelaki yang jarang senyum ni la kalau sekali dia senyum boleh buat perempuan tak tidur malam.. Hehe..

Sekian...



Manusia Semakin Kejam!

Pin Pin Pon Pon ||
Dapat teka cerita pasal apa? Yela, tak lain tak bukan, kes pembuangan bayi.. Perlu ke sampai nak bunuh bayi tu? Geram sangat bila baca berita macam ni.. Di mana la letak hati perut seorang manusia.. Semua ni dah terlalu teruk.. Manusia dah tak takut dosa.. Terus melakukan dosa.. Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang.. Kalau tak nak jaga, jangan dibunuh.. Ya, Allah.. Apalah dosa bayi tu.. Sembilan bulan dalam kandungan, tergamak bunuh darah daging sendiri.. Cukup la dosa berzina yang ditanggung, janganlah ditambah dengan dosa membunuh.. 

Belajar tentang kanak-kanak buat saya semakin menyayangi kanak-kanak, tak kiralah anak siapa pun.. Melihat kes2 macam ni buat saya rasa sebak sangat-sangat. Semuanya bermula dengan langkah pertama.. Janganlah cuba perkara yang dah jelas dinyatakan haram.. Kenapa masih buat.. Kuatkan diri melawan godaan syaitan.. Lelaki perempuan, kenalah sama-sama kawal diri.. Cinta apa kalau maruah tergadai? Cinta apa kalau tiada rasa tanggungjawab? Cinta apa yang memaksa kita membunuh zuriat kita sendiri walaupun bukan dari hubungan yang halal? Itu ke cinta yang orang sekarang agungkan?

Renung.. fikirkan.. perasaan mereka yang tidak punya anak, yang kehilangan anak.. Fikirlah kenapa kita dilarang berzina? Inilah hasilnya.. Tak nak ke tengok bayi tu membesar? Tersenyum, merangkak, berdiri, berjalan dan akhirnya berlari memanggil nama ibunya? Jangan jadi bodoh kerana cinta.. Lelaki yang baik tak kan sentuh wanita yang ingin dijadikan isteri.. Jangan percaya kepada lelaki yang hanya tahu berjanji akan bertanggungjawab.. Cintailah lelaki yang benar-benar ikhlas.. Ikutlah ajaran Islam, InsyaAllah bahagia dunia akhirat.. 

Saya tak nak letak gambar bayi yang dikelar ibunya yang berusia 16tahun.. Sebab terlalu sedih.. Saya pasti ada yang dah tengok gambar tu.. Macam mana kita marahkan orang-orang di China yang tidak membantu seorang kanak-kanak dilanggar van melalui satu video yang tersebar di Youtube dan Facebook... Macam tu la kita patut marah kepada rakyat kita yang membunuh bayi mereka sendiri.. Tiada perkataan lain selain KEJAM.. Semua ni ibarat nanah yang semakin membusuk.. Memetik kata-kata Sultan Brunei, "Who are we to say, WAIT?" Kerajaan tolonglah jangan berlengah lagi.. Yakinlah dengan hukum Allah..

"Belajarlah tentang bayi dan kanak-kanak, sejak dari dalam kandungan lagi... dan kamu akan rasa betapa gembiranya berdepan dengan mereka dan melihat mereka membesar di depan mata...Sesungguhnya anak tu anugerah yang tidak ternilai harganya.. "

Video kegemaran saya.. Comel sangat!!! 


Tak UPDATE Pun Dapat BUFFERED EARNING

Pin Pin Pon Pon ||
Serius pelik ni, sebenarnya Nuffnang ni bagi buffered earning berdasarkan apa? Orang kata kena la rajin post entry, blog kena bernyawa.. Entry kena power.. traffic kena tinggi mencanakkkkk dan macam2 lagi la.. Apa yang berlaku pada blog saya, saya sendiri pun tak tahu..


Traffic suam2 kuku, update sekali sebulan... Tapi Alhamdulillah, rezeki tu ada je.. masa rajin update dulu.. 1 je BE yang saya dapat.. tapi sekarang bila malas2 ni, lebih daripada 10 dah singgah.. Sekarang pun masih ada 3 BE yang still running kat blog ni.. Syukur sangat-sangat.. Walaupun saya bz menuntut ilmu, rezeki kat sini masih tak putus-putus..

Kadang-kadang rasa macam Nuffnang sedang berusaha memujuk saya kembali berblogging.. Huhu.. Serius, bila dah lama tak menulis ni, idea kering.. Memang banyak benda yang berlaku dalam hidup saya, tapi entah la.. Rasa macam tak penting nak diceritakan.. Yelah, siapa la kita ni.. Bukan blogger popular.. 

Dengan rasa rendah hati juga, nak berterima kasih kepada yang sudi follow blog saya, dan 1003 orang rupanya.. Dah lama sebenarnya follower saya 900 lebih je.. Ambil masa setahun juga la nak dapat 1000 tu.. tak macam orang lain, sehari pun boleh dapat 100.. Hehe, xpelah.. Tujuan nak menulis kat sini, bukan sebab nak popular.. Sekadar mengisi masa terluang, di samping mencari duit lebih, walaupun belum boleh cashout lagi.. Haha..


Ulat Sayur Boleh Makan La....

Harap maaf, gambar ulat sayur tak dapat disiarkan kerana penulis sangat geli dengan ulat.. T_T

Short entry for today... (amboi speaking..hehe)


Ok lah.. simple je ni.. orang cakap ulat sayur kita boleh makan.. Kalau betullah boleh makan kan.. Kite tengok 1 kes ni je..

Kajian Kes (Wah, macam assignment dah ni.. hehe) :

Salina (bukan nama sebenar) sedang makan nasi di gerai makan, lauknya kangkung goreng belacan.. Sedap-sedap mengunyah dan hampir licin makanannya, baru Salina perasan dalam sayur kangkung tu ada ulat.. Salina tersedak.. dan cakap kat member dia.. "Wei, ada ulat la dalam sayur ni.." dengan slumber member dia cakap, "Takpe la, ulat sayur kan boleh makan.."

Kalau korang jadi Salina, apa yang korang buat? Terus makan makanan tu sampai habis atau tolak tepi? Atau korang lari laju-laju pergi toilet dan muntahkan apa yang korang dah makan?

Kalau dah termakan atau tak tahu yang kita dah makan ulat tu, still ok la kan? Tapi kalau kita nampak ulat tu sekor2, takkan la kita still nak makan.. Betul takkk?


Ainismaira : Geli dengan ulat, macam mana la orang boleh makan ulat yang gemok2 tu.. Huhu T_T


Reminder : Final Exam (6/10/2011-14/10/2011)



Lawatan Ke PAPN Bercham

Hai Kawan2..

Pade 14 September 2011 yang lalu, saya dan rakan-rakan sekuliah telah pun pergi ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di Bercham (ayat macam karangan darjah 1..hehe).. Pengalaman? Besttttt gileee... Sebab? Dapat jumpa kanak-kanak comel kat sana la.. Mmg best sangat2... Kedatangan kami disambut mesra oleh guru-guru di sana.. Kepada sesiapa yang pandang rendah kepada pengasuh2 taska ni.. Baiklah simpan saje kata-kata buruk tu.. Mereka semuanya adalah graduan lepasan IJAZAH tau.. Semua dari universiti terkemuka tanah air.. So, siapa cakap kerja pengasuh taska atau guru tadika ni untuk mereka2 yang lepasan SPM saja? Kebanyakan pengasuh kat sana juga, asalnya bukanlah belajar kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak, tapi ada yang ambil Sains Komputer, n macam2 kos lagi la.. Memang respect habis kat dorang... ^_^

Kanak-kanak kat sana semua terdiri daripada pelbagai bangsa.. Melayu, Cina, dan India.. Ada juga yang melayu kahwin Cina.. Kanak2 kat sana, semuanya ceria.. Walaupun ada yang malu pada awalnya.. Ada yang agresif juga.. Maklumlah kanak2 kan.. Masa kami sampai tu, kanak2 tu tengah tidur.. So kami buat la tugasan kami dahulu.. Selesai buat tugasan, guru2 di sana pelawa kami makan.. Hehe.. Rezeki jangan ditolak, walaupun sebelum bertolak kami dah belasah Nasi Ayam sorang 1.. ehe.. Kami dijamu dengan bihun goreng, kuih donat dan air teh susu yang memanggggggg tersangattt la sedapnya.. Hehe..

Then, tak lama lepas tu, kanak2 kat sana pun dikejutkan.. Bangun2 dari tidur je, semuanya terus pergi mandi.. Comel sangat, mandi sambil berkemban.. Hehe. Kecik je kainnya...Kebanyakkan kanak2 di sana memang diajar untuk berdikari, tempat tidur kemas sendiri, mandi pun sendiri.. Malu2 mereka mandi, sebab kami tengok.. Hehe.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.. MEmang tak sabar sangat2 nak pergi mengajar.. ^_^

Jom layan gambar la.. Ada sikit je pun :p










Diploma 2 Tahun Je? Jom Masuk UPSI!

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum...

Entry tak panjang, just nak share.. Kepada sesiapa yang berminat belajar di UPSI.. Untung budak2 sekarang.. Diploma 2 tahun je.. dulu2 3 tahun tau.. soo bleh la try.. sempat g.. (sorry info lambat.. bz manjang) t bleh jumpe kite lepak2.. hahaha.. try ye pade yg berminat... Yang ada interview just Diploma Muzik saje.. yang lain2 xde.. Untung laaa... zaman saye dulu kene interview nak masok sini.. Adoii... Cepat2 k.. ^^, Tapi baca betul2.. BUKAN untuk lantikan sbg Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GURU) maksudnye open market la.. tp byk kelebihannya..  Tarikh tutup 26 September ok... Tataaaa.. 

Klik Bagi Beso..

Bekerja atau Goyang Kaki?

Pin Pin Pon Pon ||
Perhati gambar kat bawah ni elok2.. Yang mana satu anda? Semut yang di atas? Atau semut yang di bawah? Kalau yang atas, kenapa? Kalau yang bawah, kenapa? Fikir2kan.. Apa kebaikan berada di atas? Apa kebaikan berada di bawah? Apa keburukan di atas? Apa keburukan di bawah? Adakah anda puas hati menjadi semut yang berada di atas?





Hari ni baru saya mampu bernafas dengan lega, tidur dengan lena.. Sebab bulan ni mmg bulan paling bz.. Ada masa sampai tak tidur.. Gara-gara menyiapkan assignment utk diri sendiri dan juga kawan2.. untung la ada juga kawan yang sudi membantu.. sedih tetap sedih sebab sem ni banyak bagi carry mark free kat orang.. tapi xpelah.. saya anggap semua tu dugaan bulan Ramadan.. hope masa keluar result final nanti, ada plak lecturer baik hati bagi markah free kat saye.. hehehe... 


Tak mudah sebenarnya bila bekerja dalam kumpulan.. Ada yang sangat membantu.. Ada yang buat tak tahu.. Ada yang bertanya.. Ada yang diam sahaja.. Ada yang terlalu rajin.. Ada yang langsung tak tunjuk muka.. Ada yang bertanggungjawab.. Ada yang tak boleh diharap.. Macam-macam lagilah perangai manusia kat sini.. Apa-apa pun, saya tak kisah.. Dan puas hati, sebab saya buat, saya print, saya bayar, saya hantar ... n saya bagi markah free kat dorang.. Hope ada kebaikan untuk saya nanti... (Masih menanti ucapan terima kasih dari mereka...)

So, pada mereka2 yang masih belajar atau yang akan sambung belajar September nanti, pandai2 la cari kawan yang boleh diharap.. tu penting ye.. Jangan pilih kawan sebab rupa.. Jangan pilih kawan sebab harta.. Pilih lah sebab kebaikan mereka.. Tak susah sebenarnya.. Ingat, jangan sampai orang gunakan kita...Jangan sampai kene pijak kepala.. 

Kepada yang ada kurang rasa tanggungjawab tu, belajar2 lah menghargai orang.. Fikir balik kenapa kita nak sambung belajar? Untuk suka2, terpaksa atau nak berjaya? Kepuasan memang ada bila semua tugasan tu kita yang selesaikan.. Kalau kita buat, memang kita akan dapat sesuatu.. Kalau tak banyak pun, at least ada la sikit...

Assignment group, kalau boleh libatkan diri.. Bagi 100%.. Jangan sampai dihantui rasa bersalah.. (tu pun kalau masih ada rasa bersalah tu) Apa guna dapat Diploma/Degree tapi kerja kita orang lain yang buat.. :) Pernah tak korang rasa kepuasan maksimum bila assignment tu korang buat sendiri? Dan apa pulak yang korang rasa, bila assignment tu korang just copy? Atau.. orang lain yang buatkan? Kepuasan tu tak sama.. Percayalahhhhhh...



p/s : Adei.. saye dah beli kad raye banyak sangat.. tapi cam xsempat je nak pos sebelum raya ni.. so di kesempatan ni, saye nak mintak maaf la andai ada kad raye yang sampai lepas raya.. janji saya tetap bagi, tapi lambat sikit la.. Maaf sangat2 ye .. (RAsa bersalah sangat2 ni)


Hati-hati kepada rakan2 blogger yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing... Ingatlah orang yang tersayang OK ^^,


Sekadar Berkongsi Ilmu.. Adakah aku salah?



Adakah semua orang yang berkongsi ilmu boleh dikatakan sebagai menunjuk-nunjuk kepandaiannya? Jadi apa perkataan yang sesuai bagi seorang guru yang berkongsi ilmu kepada semua anak bangsa? Sedangkan ilmu yang ada wajib dikongsi.. jangan pula nanti dikata sebagai "kedekut ilmu"... Apakah manusia hari ini memang akan mempersendakan mereka yang berkongsi ilmu? Kumpul pahala di dunia dan kejarlah pahala yang kita akan peroleh selepas mati nanti...


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sehingga hari ni saya masih tak faham, kenapa ada segelintir manusia yang suka mengeji mereka2 yang ingin berkongsi ilmu. Katanya, "nak tunjuk pandai la tu".. Tetapi mengapa pula orang yang berkongsi perkara yang sia-sia tidak diperkatakan sebegitu rupa? Sesungguhnya ramai antara kita telah leka... Leka dengan dunia... 

Sedih kerana setiap kali berkongsi sesuatu ilmu, seolah diperlekehkan oleh segelintir manusia.. Namun saya sedar, walaupun dikritik sekurang-kurangnya saya masih mempunyai kekuatan untuk berkongsi. Masih kuat menerima kritikan.. Masih tabah walau kadangkala menitis jua air mata. Sesungguhnya saya sedar, masih ada yang menggunakan segala ilmu yang saya kongsikan.. Terima kasih...



Nuffnang Masih Sayangkan Saya

Pin Pin Pon Pon ||
Keh2.. tajuk hampeh! Menyampah plak rasa.. Pape pun nak berterima kasih kepada Nuffnang sebab sudi memberikan saye selonggokk Buffered Earning! Even dah jarang update, jarang gile.. Terima kasih banyak2 pada yang masih sudi datang ke blog saya ni... Kawan2 pn banyak dah hilang sebenarnya... Tapi tak pe lah... Sekarang saya merasa balik macam mana duduk di bawah.. Heee.. (Padahal tak pernah dok atas pun..)




Entah la... hari ni tergerak hati nak bukak Akaun Nuffnang yang dah lama bersawang.. Earning masih di takuk tu je.. Tapi terkejut ar nampak selonggok buffered earning ni... Padahal sebelum ni dapat 1 je.. pastu terlepas 1.. xperasan lak bile dapat benda tu... Walau dah xaktif blogging, ade la jugak benda ni nak hinggap...  Saya tak tau pun apa isu2 hangat yang blogger sekarang tgh bincangkan... Pape pun, saye doa korang semua akan tetap menulis.. Hopefully satu hari saya boleh baca semuanya... 

Time orang lain dah sebok ngan ChurpChurp bla bla bla... Saye yang agak bz ni memang xdapat nak melayan benda2 tu... Kalau layan mesti lagi lumayan kan? Boleh la bagi korang2 sume duet raye.. Keh2..

Ok la.. Sekali lagi.. TErima kasih kepada semua yang masih sudi dtg sini.. xjemu2... "TERHARU NI"

Jangan lupe baca previous entry.. Saya betul2 nak bagi kad raya kat korang ni... Kalau nak, email saje ok... Take Care... ^^,

Siapa nak kad raya?

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum n salam sejahtera semua...

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 15 Ramadan.. Mak saya selalu cakap, bila dah sampai hari ke 15 kita akan rasa sekejap je masa berlalu.. Tiba-tiba dah raya.. Hehe.. masa ni jugak la semangat mendengar lagu raya tu datang... Bila tengok kalendar, hari ni 15 Ogos 2011, saya start cuti 27 Ogos 2011.. Berkira-kira hari je ni.. Kalau 26 Ogos dah xde kelas, saya cabut lari la balik kampung. Hehe.. Korang plak? Bila balik kampung? :)

Dalam kesibukan selesaikan hutang-hutang dengan lecturer sebelum cuti raya ni, sempat jugak la nak menulis kat sini, yelah nak menghilangkan bosan. Minggu ni je saya kena hantar banyak assigment..

Sooooooooo, korang beraya kat mana tahun ni? Ada tak yang tak berkesempatan pulang ke kampung? Mesti sedih kan? Tahun ni, saya dan family akan beraya di Shah Alam... Tukar angin la kejap.. Orang semua balik kampung, saya balik bandar.. Hee.. suggestion dari abg saya la.. Sebab bagi saya, raya kat mana-mana pun sama je, janji dapat bersama keluarga. Nak balik Kelate sana? Tah la... sbb mmg raya tak balik sana, walaupun still ada nenek, tapi mmg jarang balik pn.. 


Kalau tak keberatan, meh le share lokasi korang nak sambut raya nanti? ^^, Baju raya warna ape? Hehe.. excited lak nihhh...

p/s : Takut tak berkesempatan update bila nak raya nanti.. So nak wish 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Siapa nak duit raya, jemput datang ke rumah... (serius)

Siape nak sms raye tinggalkan no hp.. hua3.. (ni tak serius)
Siape nak e-kad raye sile tinggalkan email/link fb.. Keh3.. (ni seriuss)

Siapa nk kad raya sila tinggalkan alamat kat sini.. (ni yg paling seriusss)
InsyaAllah akan di posssssssss....

OPs bahaya2... Jangan pos detail kat sini.. email saje ok...
ainismaira_87@yahoo.com.my



Tuhan Berikan Aku Cinta




Jujurnya, saya baru dengar lagu ni hari ni.. Sengaja mencari lagu untuk dihayati liriknya.. dan terjumpa lagu ini... Tuhan Berikan Aku Cinta.. Ada satu ketika, memang terasa diri ni kosong.. Jauh dari cinta manusia.. Jauh juga dari cinta Allah.. Tertarik dengan liriknya "Walau aku senyum bukan berarti aku selalu bahagia"... "Ada yang tak ada di hati ini"... Semuanya seperti melambangkan jiwa yang kesunyian.. Saya bukanlah insan yang tak punya cinta.. Tapi ada masanya, terasa seperti tidak mempunyainya.. mungkin perasaan sendiri... Ada masanya, terasa lebih baik tidak punya cinta.. Tapi semua tu perlu...

Seseorang yang saya kenal.. Rapat.. Sering kecewa dalam bercinta, hingga satu ketika die seperti berputus asa.. Melihat dia menangis, diri ini juga terasa sangat sedih.. Kadang2 pernah juga terbit dalam hati, cuba mencari jodoh yang sesuai buatnya... Namun, masih mengecewakan diri dia.. Semuanya indah sementara.. Saya berdoa semoga dia akan peroleh kebahagiaan yang diingini suatu hari nanti... Mendengar lagu ni, saya rasakan seperti mendengar dia merintih... Tak apa tidak punya cinta.. Tapi sedihnya tiba andai cinta yang ada hilang sekelip mata... Saat itu, hanya kesabaran yang perlu ada... Semoga dia akan jumpa teman hatinya satu hari nanti.. Amin...



Tuhan Berikan Aku Cinta - Ayushita


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Protect The Boss (NEW! Korean Drama)

Pin Pin Pon Pon ||
Drama baru Korea, akan ditayangkan pada 3 August 2011, (lusa la kan?) hehe.. layan je la... Khas buat peminat Jae Jong.. Sebab die ade berlakon dalam drama ni.. Layan.....





Title: 보스를 지켜라 / Boseureul Jikyeora
Previously known as: 보스가 달라졌어요 The Boss Has Changed / 마지막 여비서 The Last Secretary
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2011-Aug-03 to TBA
Air time: Wednesday & Thursday 21:55

Synopsis:

No Eun Seol finally gets a job as a secretary at a law firm after struggling with unemployment, only to fall in love with her boss, Cha Ji Heon, the immature youngest son of a chaebol family.


Cast :
Choi Kang Hee as No Eun Seol
Ji Sung as Cha Ji Heon
Hero Jaejoong as Cha Moo Won
Wang Ji Hye as Seo Na Yoon
Lee Hee Jin as Yang Ha Young
Park Young Kyu as Chairman Cha
Lee Hee Jin
Cha Hwa Yun
Kim Chung

Official Website : http://tv.sbs.co.kr/boss/


Yang mana satu Jae Jong? Ni haaaaaaaa... Amek..


Selamat Melayan la ok.. :p


Salam Ramadhan

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum.. Entry simple di pagi hari.. sekadar nak wish Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ye kawan2 semua... Sedih rasanya tak dapat aktif di blog.. Pelajaran lebih penting dan saya harap korang tetap akan dtg jenguk bila saya update.. Hope sangat dapat wat comeback (cam artis lak...) Semoga Ramadhan kali ni.. kita semua beroleh keberkatan daripadaNya.. Kurangkan cerita perihal orang... Tambahkan entry ilmiah .. Semoga Ramadhan ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja... 


Minta ampun salah silap, sekiranya ada menyinggung perasaan sesiapa sepanjang menulis di sini.. InsyaAllah punya kesempatan dan umur yang panjang.. Saya akan menulis lagi di sini.. Maaf.. Seribu kemaafan...


Ya Allah! Aku Jatuh Cinta!

Pin Pin Pon Pon ||


Ya.. Allah.. Sungguh indah rasa yang Kau berikan.. Terima kasih Ya Allah.. Aku sungguh bahagia saat aku mula jatuh cinta pada insan yang sama berulang kali.. Insan yang sama? Berulang kali? Ye.. pernah tak korang semua jatuh cinta lagi dengan kekasih sendiri? Bukan bekas kekasih.. Tapi saat dia masih bergelar kekasih.. Kadang2 tak banyak yang dia lakukan.. Tapi yang sedikit sudah cukup buat diri kita bahagia.. Bergaduh, hampir putus.. Dugaan masa bercinta.. Tp ada kalanya, satu ayat daripada Si Dia mampu buat hati berbunga riang... Keh2 jiwang...  Semoga berkekalan rasa ini.. Asalkan kekal bersama Si Dia.. Aku sanggup kecewa dan jatuh cinta semula padanya berulang kali.. ^^, Indah.. Indah.. 

p/s : Jgn marah.. entry jiwang.. Sekali sekala tak salah kan? :p

Mengarang Buku Cerita

Pin Pin Pon Pon ||
Salah satu tugasan/assignment sem ni.. Huaaaaaaaa..kene jadi pengarang lak ni.. camne la ni.. idea dah ade, cume tak terluah dengan tulisan lagi.. semalam baru siap mewarna karakter.. Nak lukis sendiri? Memang tak la.. Awok tak berbakat.. Penyelesaiannya, cari kat internet saje.. Tp version coloring book la.. nasib la jmpe gambonye.. boleh la buat cite berdasarkan gambar.. baru siap mewarna 1 page je.. ade lagi 9 page.. Hehe.. padahal kerja tu dah dapat lamaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi, masa bukak sem lagi.. Hehe.. biase la.. kalau buat awal2 tu tak terasa sangat.. Buat last minit tu yang best dan bersungguh2.. hehe.. macam mana la agaknye rupa buku cerita saya nanti.. Excited jugak nak tau.. Hahah.. mesti lawak je..

Antara karakter yang siap tak siap je saya warna.. Haha.. tak pandai mewarna.. buruk gile.. Huhu
Haha... buruk2.. ngah berusaha nak menyiapkan lagi 9 pages.. Dalam masa seminggu.. Mintak2 la sempat.. Kih2..

Moral of the Story : Bertangguh itu pencuri masa .. T_T



Sukaneka Di Tadika ^_^

Pin Pin Pon Pon ||
Lama betul tak update.. Sekarang saya dah mula cuti mid sem.. Jadi adalah sedikit masa untuk menulis kat sini.. Hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman yang saya perolehi pada 16 Julai 2011 yang lalu.. Satu tugasan merangkap assignment berkumpulan yang perlu kami laksanakan.. Iaitu merancang aktiviti di tadika.. Seperti biasa, lokasi terpilih ialah Tabika Kemas Balai Polis Tanjong Malim.. Bagi saya inilah event terbesar yang telah saya libatkan diri pada tahun ni.. Kerana aktiviti ini melibatkan semua kakitangan sekolah dan juga ibu bapa kepada kanak-kanak.. Dengan harapan yang tinggi kami seramai 10 orang guru2 UPSI telah berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya.. Semua kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa kelihatan gembira sekali semasa acara sukaneka berlangsung.. Ibu bapa tak henti-henti bersorak memberi semangat kepada anak-anak mereka.. (Agaknya nanti bila saya dah jadi ibu macam tu la jugak kot..Hehe).. Dipendekkan cerita, kat sini saya nak share beberapa keping gambar untuk tatapan kamu semua :) 

Guru membantu melekatkan warna rumah pada baju kanak-kanak :)


Perbarisan rumah sukan :)


Amar : Ketua kelas dan ketua rumah hijau.


Kanak-kanak sangat bersemangat :)


Muhammad Shahrul Nizam yang comel.. Menang pertandingan cari gula2 dalam tepung .. Hehe..


Aiman dibantu bapanya untuk acara bawa bola pingpong dengan sudu.


Antara ibu-ibu yang turut terlibat dalam aktiviti sukaneka :)


Kenangan : Barisan guru2 UPSI dan kanak2 dari Tabika KEMAS BPTM


Bila dah berjumpa dan mendapat pengalaman bersama kanak-kanak di sana, saya semakin tak sabar nak menjadi seorang GURU TADIKA... Hehehe... Dengan berita baik bahawa pengajian kami akan disingkatkan, saya rasa memang tak rugi saya memilih bidang ni ^_^



Bila orang kata... Maknanya... Jadi...

Pin Pin Pon Pon ||


Pengalaman Pertama Sebagai Cikgu

Pin Pin Pon Pon ||
SEMALAM 29/06/2011 buat pertama kalinya saya pergi buat lawatan ke Tadika dengan kawan-kawan... Lokasi? Di Tabika KEMAS Balai Polis Tanjung Malim.. Tak jauh pun dari UPSI.. Kami pergi ke sana sebab nak kena rakam ttg perkembangan kanak-kanak.. Seronok sangat.. Kedatangan kami disambut mesra oleh Cikgu Rosmawati.. Semua murid-murid kat situ gembira menerima kedatangan kami..Memang hilang tekanan yang kami hadapi selama ini.. Untung rasanya ambil kos Pendidikan Awal Kanak-kanak ni..

Walaupun baru pertama kali berjumpa, tidak susah nak mengawal kanak-kanak di sana.. Semuanya mendengar kata dan sangat manja.. Kalau boleh, setiap masa mereka nak duduk di pangkuan kami.. Memang saya seronok sangat.. Saya memilih seorang kanak-kanak untuk melihat perkembangannya dari segi JERIS... Namanya Shahrul Nizam (main eja je ni) nama panggilannya Ijam.. Comel sangat budaknya... Aktif, ceria tapi kadangkala agak pemalu bila diaju soalan..

Majoriti kanak-kanak di situ adalah lelaki.. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama, menyanyi, menari, bermain.. Memang tak tergambar keseronokannya.. Lepas ni, andai ada masa kami akan selalu berkunjung ke sana.. Pertama kali ke sana, kami dipeluk, dipanggil Cikgu, sudah mula buat diri ni terharu dan rasa macam nak menangis pun ada..


 *Anak murid kesayangan Cikgu ^_^

Sedangkan kanak-kanak yang kecil sangat pandai menghormati setiap orang, kenapa tidak kita yang sudah dewasa? Fikir-fikirkanlah ^_^



Memang Sedih Bila Hilang Kawan..

Pin Pin Pon Pon ||
......tambah-tambah bila kita tak tahu apa salah kita pada dia...... 
Bila sering berjumpa, tapi tidak serapat dulu...... 
Bila terserempak, seperti tak kenal antara satu sama lain.... 
Salam dihulur dibiar sepi tidak bersahut.... 
Bertanya khabar seolah dengan bayang-bayang.... 
Kenapa? Andai ada masalah.. kongsilah seperti dahulu.. 
semua rahsia dalam poket masing-masing.. 
Tapi kini, tidak lagi... 


Melihat dia ketawa, aku hanya mampu tersenyum, 
namun di dalam hati menangis.. 
Sungguh, aku ingin ketawa bersamamu Sahabatku...
Melihat kau mesra bersama teman lain,
aku tertanya, mengapa mereka bukan AKU?
Sungguh aku cemburu...
Aku ingin menjadi sahabatmu...
Seperti dulu...
Izinkan aku...

Related Posts with Thumbnails