" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Mulut Tempayan Boleh Ditutup, Mulut Manusia Berbau Busuk!

Pin Pin Pon Pon ||



Kolej apa yang awak belajar ni?
-UPSI

Boleh ke masuk UPSI guna SPM je?
-Boleh je (Sabar)

SPM dapat berapa A?
-2A je (Sabar)

Boleh ke masuk kalau tak banyak A?
-Boleh la, dah masuk dah pun, amik diploma boleh. (Sabar dan senyum)

Oo.. Diploma je.. Kos ape?
-Pendidikan Awal Kanak-kanak.. (Senyum)

Pendidikan Awal Kanak-Kanak? tak pernah dengar pun, ada ke kos macam tu?
-Ada la, sebab tu saya cakap ada.. Untuk jadi cikgu tadika.. (Masih bersabar)

Nak ajar budak tadika pun kena masuk U ke? Guna SPM pun boleh jadi Cikgu Tadika, tak payah masuk U. Umur macam awak ni patutnya dah ada degree.. 
-Dosa ke seorang manusia nak menuntut ilmu? Nak jadi cikgu, jadilah cikgu yang bertanggungjawab, budak-budak sekarang semakin pandai, cikgu kena ada ilmu yang lebih.. Bukan senang nak ajar kanak-kanak yang umurnya bawah 7 tahun.. Nampak memang macam senang, ajar ABC, 123.. Tapi cuba la buat boleh ke tak? Umur bukan pengahalang untuk menuntut ilmu.. (Dah hilang sabar! Haha!)

Manusia-manusia, mulutnya satu tapi soalannya banyak.. Kalau tak penting kenapa la kos macam tu ditawarkan.. Tau la saya tak macam awak, amik kos power-power, kena perah otak.. Cakap English bersemborrr.. Belajar la hormat orang lain.. Takde cikgu tadika, cikgu sekolah rendah la kena ajar ABC, takde cikgu sekolah rendah, takkan nak suruh cikgu sekolah menengah ajar ABC, semua orang ada peranan masing-masing.. Takkan masuk U baru nak kenal ABC kot.. Letihnyaaa la menjawab soalan orang.. 

Tak kerja kena kutuk, ada SPM je kena kutuk, benti belajar kena kutuk, ambil sijil je kena kutuk, dah sambung belajar pun kena kutuk? Degree yang awak dapat tu awak apply kerja mengutuk orang ek? Ade ye kerja macam tu? Haha..  Memang la mulut awak tu bau busuk.. Hak2.. Sabar je laaaaaa...


11 Kuntum Bunga:

nub said...

hmm..itu yang dipanggil sindrom manusia kan...

rasa nak pukoi2 jaa..tp diri sndiri pon banyak salahnya...

sabaq aja lahhh

Imeldot said...

sabar je lah..;)

Shag said...

Haih orang tu. Belajar tinggi tinggi mulut tak basuh. Macam longkang!

Tahu tak, tahu tak? KFCM dan Elia KAHWIN ??!!

yana said...

huhu,mulut org memg xley ttup..
xp'nah puas b'kta..mlut sng je mlmparkn kte2 tp hti yg mrse n tlinga yg m'dgr 2 t'pksa b'sbr..

Cik Ila said...

yg tanya tu belajar terlebih bijak ke ape..haha

Fatihah said...

fuh, sabar eh ainis..diorg tak paham tu, tau cakap je.
yang penting, kita tau dan suka dengan apa yg kita buat..pedulikan yg lain..

cik ciput said...

sabar la ainie..yg penting, niat awak ikhlas nak belajar..dan lagi, kerjaya guru tu mulia tau..u should be proud of yourself =)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Cikgu tadika la paling mencabar sbb pengenalan kanak2 kepada sekolah guru & pelajaran. Patutnya cikgu tadika lbh di byr mahal.. igt senang ke nak handle budak2 tadika... huhuhu. dulu dpn umah saya ada tadika kemas.. then sy tau mcm mana tahap kesabaran cikgu tadika mendidik.

titirara said...

saba ye . manusia suke pandang rendah dgn diri org len ,

Amirrah Zawani said...

sabar je lah..
tak payah layan org mcm tu..
kalo dia hebat sgt, kita tgk lah sejauh mana dia boleh pg..

sissyira said...

salam

mulut manusia memang payah nak buat kira

Related Posts with Thumbnails