" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



You:nique - Jom Hias Kad Prepaid Anda :)

Pin Pin Pon Pon || ,
You:nique.. ye memang unik pun kad prepaid dari Alliance Bank ni.. Ops.. bukan kad prepaid telefon tau.. Kad ni lebih kurang macam kad kredit.. tapi bukan kad kredit.. macam kad debit, tapi bukan kad debit.. hehe.. xreti nak explain, pape pun korang boleh tgk kat website ni > YOU:NIQUE


Apa yg uniknye? Jeng2.. buat pertama kali, korang boleh design kad korang sendiri.. contoh macam kat bawah ni.. :)


Tengok, boleh letak gambar sendiri tau.. ikut kreativiti sendiri la.. bukan senang ni nak ada kad yang ada gambar kite.. boleh la nak blagak sikit dengan orang.... haha... Korang boleh design banyak2, lepas tu pilih la yg mana korang nak sebelum korang confirmkan benda tu... :)


Kalau nak edit lagi, klik je back.. senang sangat caranya...


Ni pun lagi design saya.. saya dah register dah.. korang bile lak? mula-mula mmg ingat nak letak muka sendiri.. tapi rasa macam poyo lak.. so xjadi la... kad ni, bile korang register, kire macam korang dah buka akaun Alliance Bank la.. benda ni free je.. tapi kalo korang nak ada duit dalam kad tu, korang kene la bank in kan duit dalam akaun Alliance tu...

Lepas dah siap, korang kena confirmkan dan download satu borang yang ada kat site tu, lepas tu isi dan post.. Kalau gambar korang dah diapprove, korang akan dapat 1 sms yg bagi reference number andaikata nanti bila kad tu sampai kat korang xsame macam yg korang design... boleh nak mengamuk kat orang Alliance Bank tu.. Haha..

Kalau berminat try la ek.. free je.. tapi pape pun, saya sarankan korang baca die pnye T&C la.. kang nanti korang ckp sy tipu lak kan.. (sebab sy pun tak paham sangat benda ni..haha)

*Selamat Berbelagak Dengan Kad You:nique Korang..kih2..


Memasak Style Student ^_^

Hidup sebagai student kat sini memang agak susah jugak, sebab makan kene guna duit sendiri, tak macam kat UiTM dulu, makan free.. pun masih ada yang tak bersyukur dan merungut.. (dulu laaa) sekarang tak tau cam ne.. 


Mujur boleh bawa rice cooker ( kalau yang ada multicooker untung la ) apa-apa yang nak dimakan semuanya guna rice cooker.. kadang2 sakit hati juga dengar si jiran sebelah awal-awal pagi dah menumbuk.. menumis.. membangkitkan bauuu... kecik ati jiran ni sebab dapat bau je.. T_T 

Menggoreng nasik, memasak megi, merebus telur, semua tu perkara biasa dengan menggunakan rice cooker ( kalau mak tau, mampus niiii ) Nak dijadikan cerita.. satu hari teringin nak makan roti bakar.. memandangkan roti yang ada hampir expired, tak tau nak buat apa.. nak dibuang sayang.. nak dimakan begitu saja.. tak enak pon.. jadi bila terpandangkan rice cooker tu, sudah lah terfikir idea agak bengong.. 

Caranya memang mudah, memang tak pernah terfikir pun selama ni.. Panaskan periuk tu.. Pastu terus masukkan sekeping roti yang telah siap disapu dengan  mentega.. hasilnya.. memang sangat mengagumkan.. roti tak hangus.. tapi sangat rangupppp.. nyam2.. sedap btoll.. jadi la.. daripada melopong kempunan.. Haha..

Batang Nak Berapa?

Pin Pin Pon Pon ||

Semalam jalan-jalan kat pasar Rabu kolej... Sebab teringin nak makan sesuatu, maka dibelilah.. Ada dua gerai yang jual benda tu.. Tapi satu gerai tu ramai orang.. Pergi la gerai lagi satu.. Pun ramai orang.. tak pe laa.. tunggu juga sebab tergoda dengan warnanya...Cantik warnanya kuning keemasan.. Bermula la sesi dialog...

Penggerai : Adik nak cawan ke batang?

Saya terkedu dengan soalan kakak tu.. Jadi saya cuma tunjuk ke arah yang dia maksudkan sebagai batang tu.. Setelah dia melayan dua orang senior di depan saya.. Dia bertanya kembali kepada saya...

Penggerai : Batang nak berapa?

Sekali lagi saya terkedu.. Saya cuma mengangkat jari menunjukkan saya cuma nak satu je.. Sesudah disapu mentega dan selesai membayar, saya pun beredar mengikut rakan ke kedai makan.. Sambil berjalan, saya berbual-bual dengan rakan..

Saya : Apa la kakak tu tanya batang nak berapa? Nasib baik kak memang nak satu.. Haha..

Rakan : Kak, patut kau jawab "satu je la dah cukup.." Haha..

Saya : Penjodoh bilangan jagung bukan batang la.. Tapi tongkol... Setongkol jagung..

Rakan : Oh ya ka? mana saya tau.. Haha

Nasib baiklah kakak tu jual kat saya.. Otak bersih, kalau jual pada budak nakal.. Kompem kakak tu termalu sendiri.. :p Sebab tu penggunaan bahasa kena betul, takut orang salah faham.. Kih2..

Aiyaya.. my favoritoooo.... 

Menuntut Ilmu Selagi Ada Peluang

Penat2.. baru balik dari kuliah.. sekarang ni dah minggu yang ke 11, jadi ada lagi 3 minggu sebelum final exam yang pertama di sini.. rasa resah.. gelisah.. ( tapi masih sempat online ni.. hehe ) Sebelum ni saya cuma belajar photo editing guna photoscape n gimp je.. berita baiknyee... hujung minggu ni saya join bengkel Adobe Photoshop dan Adobe Flash.. Hoyehh.. akhirnya dapat jugak belajar benda tu.. lepas ni.. blog saya takkan jadi Blog Syok Sendiri Yang Biase2 Je dah.. hehe.. (berangan)

Sebelum ni ramai juga yang minta saya ajar macam mana nak buat header guna photoshop.. tapi malangnya saya tak pandai.. lepas ni insyaAllah, andai ilmu yang ada mencukupi, boleh la saya buat siri tutorial yang baru ^_^ Nak mintak orang ajar, memang segan sangat.. lepas tu, saya rasa kalau kita berjaya explore sendiri, benda tu memang bagi kepuasan yang maksima kepada kita.. tak caye try la..Macam bila kita buat soalan Matematik, seronokkan bila dapat jawapan yang betul? Hee..

Tapi berkaitan dengan Photoshop n Flash ni memang tak dapat la saya nak explore sendiri.. kalau boleh saya tak nak pengetahuan yang biasa2.. tapi nak pengetahuan yang luar biasa.. Haha..Saya join bengkel ni pun memang sebab teringat pasal korang2 yang bertanya jugak.. tapi tak tau la korang ingat saya lagi atau tak.. sebab dah lama tak update kan... Pape pun, saya tau, masih ada yang sudi view page saya ni.. Thanks a lot ..



Cita-cita Yang Tak Seberapa Dan Gila-gila Yang Sangat Gila...

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum kawan2.. apa khabar ek semua? hope sihat-sihat saje la k.. sekarang ni cuaca sangat-sangat tak menentu.. saya pun hampir je demam untuk kali yg ketiga dalam masa 3 bulan.. memang dasatt la.. huhu.. dah lama tak membebel kat sini... traffic pun down gile.. sedihhh... sedihh... pape pun thx pada yang terus2an mem'follow' blog kawe ni ye.. T_T


Ni tengah2 malam tak dapat tido.. esok plak ada exam.. tiba2 terfikir.. dan terberangan sekejap sambil terkenang zaman kanak-kanak dulu.. mase skolah rendah.. kan bila hujung tahun je cikgu mesti suruh kita isi cita-cita kita kat dalam kad 001.. hehe.. bila terfikir balik memang lawak la.. budak-budak lagi kan... apa yang kita tau masa tu.. sebab selalu main doktor2.. maka adalah tulis doktor dalam tu... tapi bila besar tak jadi pun.. hampir-hampir jadi dah.. tapi sebab bengap sikit.. xdapat laaa.. huhu...

cita2 yg kedua plak.. nak jadi cikgu.. ni pun biase main ni.. cikgu2.. cikgu pulak ibarat idolaa kan.. insyaAllah tiada aral melintang, andai dapat tamatkan pengajian kat sini.. dapat keje.. dapat la jadi cikgu.. hehe... 

Antara cita-cita yang popular......Guru, Jururawat, Pelakon, Kerani, Doktor, Akauntan, Polis.. hihi

yang ketiga memang agak tengin sikit la cita2 nya.. 'KERANI' haha.. perasan tak? memang ramai juga la antara kita yang mase kecik tulis cita2 kerani.. haaaa.. tapi bila besar tak nak plak keje kerani... ape dah lupe ke tu adalah cita2 kita masa kecik dulu.. hehe.. sy tak kisah.. pernah dah try jadi kerani.. tak semudah yang disangka k.. patut nya kerani ni boleh dapat gaji banyak daripada bos tau.. sebab bos bukan buat keje sangat pun.. tau nak mengarah je... tah pape....

masa tengah boring2 semalam terfikir pulak nak buat satu benda yang orang kate, budak gatal je nak buat.. ape benda ek?  meh la tgk.. haha.. malu.. malu... maluuu...

tunjuk kecik je... nampak beno tak sabo nak nikah.. kui3.. giloooo!!

Berita baiknya sekarang saye dah ada laptop... so nanti bila free boleh la continue segmen DO IT YOURSELF!! Yahoo!! Sori ye pade yang tanye2 tapi saya tak respon tu.. mase tu sy mengalami kesulitan utk online.. :) 

*Tak lama lagi confirm blog ni akan berwajah baru.. kih2..

Sahabat Yang Baik

Pin Pin Pon Pon ||

Siapakah Sahabat yang baik?

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”

Sesungguhnya saya di kalangan manusia yang bertuah, kerana dikurniakan oleh Allah, sahabat yang sentiasa membawa saya ke jalan yang diredhaiNya.. Rasa tenang.. gembira, tiada langsung tekanan..Walaupun tugasan sentiasa bertambah..


Saya pernah berkawan dengan bermacam-macam jenis orang... Ada yang setiap masa mengucapkan kata-kata yang tidak sopan, ada yang sentiasa mengumpat.. Tidak dinafikan ada masanya saya terikut-ikut dengan kawan-kawan yang sebegitu.. Mujur.. mujur saya tersedar.. di sebalik kekecewaan yang saya alami, kini saya adalah antara manusia yang sangat bertuah.. Walaupun kebanyakan semuanya lebih muda daripada saya.. Tetapi, merekalah yang membuka mata saya.. Yang membuka hati saya.. Menerangkan hati saya..

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu  
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai seorang anak yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Terima kasih Allah atas kurniaan yang tak terhingga ini.. ^_^

Apa Fungsi Tudung?

Pin Pin Pon Pon ||
Ini tudung botol atau orang panggil tutup botol fungsinya menutup botol la.. supaya air/kicap/sos/budu yang ada kat dalam tak tercemar.. hak2

Ini tudung saji.. Ee cutenye.. fungsi pun lebih kurang macam tutup botol.. untuk menutup makanan supaya tak dihinggapi lalat atau langauuuuu... hek2

Ini pulak tudung periuk.. Fungsinya memang untuk menutup periuk la.. Supaya makanan terlindung la.. takut cicak termasuk dalam periuk lak nanti kan.. hik2..

Apa pulak fungsi tudung yang kita pakai kat kepala ek? Takkan la tak tau kan? Fungsinya sama la dengan tudung-tudung kat atas ni.. Sebab tu orang panggil benda-benda kat atas ni tudung.. 

Adakah kita sudah cukup faham dengan istilah tudung tu? Apa yang dikatakan tudung dan apa pula ciri-ciri tudung tu? 

Saya pernah disoal oleh seorang sahabat yang beragama Kristian.. "Kak boleh ke kita pakai tudung macam tu?" Sambil tangannya menunjuk ke arah seorang perempuan yang bertudung dengan sanggul yang sangat tinggi..  "Setahu saya, tak boleh kan kak?" Tambah dia lagi.. Saya cuba menerangkan sekadar apa yang saya tahu.. Sesekali terbit juga rasa malu dalam diri, walaupun bukan saya yang bertudung begitu, tapi rasa malu sebab seorang Kristian mempersoalkan perihal pakaian seorang Muslim..

Bertudung bagi sesetengah orang merupakan isu yang sangat sensitif.. Melihat kepada fesyen bertudung sekarang memang terasa jauh sangat menyimpang.. Sedih sangat.. Ada yang dah molek bertudung, tetapi bermasalah dalam pakaian pula.. Sungguh menyedihkan.. Pada yang bertudung, jaga la imej, bertudunglah kerana Islam, bukan kerana fesyen.. Bukan untuk kelihatan cantik di mata orang, tapi cantiklah pada pandangan Allah..

Mungkin saya masih belum cukup layak untuk membicarakan hal-hal sebegini.. Tetapi, persekitaran membuat saya terpanggil untuk terus bercerita... Andai manusia seperti saya dianggap jahil untuk mempersoalkan semua ni.. Cukuplah dengan adanya al-Quran yang boleh menceritakan segalanya.. 

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Taala dalam Al-Quran menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:
  • Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”
  • Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
“Ketika kami bersama Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”
Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
  • Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran”perhiasan tubuh yang zahir” itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Aishah r.a.:
Bahawa Asma binti Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
Dalam mentafsirkan ayat al-Quran yang bermaksud dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka
Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa  : ˜Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana  dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada.
Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Taala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian.
Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.
Seterusnya, Allah Taala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Quran Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”
Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala” (Lihat Muhd Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Sekian....


Related Posts with Thumbnails