" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Jatuh Cinta Dengan Quilling

Pin Pin Pon Pon ||
Awas! ENTRY ni penuh dengan timbunan gambar.. Pastikan anda seorang yang rajin scroll sampai bawah :p




Seriusss! I'm fall in Love with Quilling... Quilling? Apa itu quilling? Nama penuh beliau ialah Paper Quilling (Beliau bukan orang ye..hehe) Okaylah.. Dalam Malay, maksudnya Menggulung Kertas.. Nak lebih sedap, Seni Menggulung Kertas.. (Sedap ke?) Korang try tengok timbunan pic kat bawah ni..  Semuanya diperbuat dari kertas :D 




(Gambar2 Credit pada : Google Saje Kan Senang )












































Kalau korang cakap gambar-gambar kat atas ni biasa je,, Korang memang bukan orang seni.. Heheh.. Cantikkan? Betul-betul jatuh cinta  teringin nak buat dan tampal kat dinding rumah (kompem mak ngamok nanti) Hehe.. Mesti makan masa nak buat benda ni.. Kalau nak buat, kita kena ada Quilling Tool, bukan main gulung je tau.. Antara alatan yang diperlukan :-




Quilling Paper.. Tak payah la susah2 nak potong sendiri kertas2 tu..Hehe..



Ni Quilling tool.. Macam pisau pengukir pun ada.. Haha!


Macam ni la cara nak menggulung kertas tu.. Huhu.. Teringinnya nak buat..

Ada tak sape2 tau kat mane ade jual mende2 ni.. Nak beli laaaa... Sebenarnya banyak lagi gambar nak tunjuk.. Tapi korang bukannya rajin sangat nak scroll sampai hujung dunia kan.. Hehe.. So untuk kepuasan maksima, sila Google sendiri ye.. Type je Paper Quilling ^_^



BEZA LELAKI DAN WANITA

Pin Pin Pon Pon ||
Antara realiti yang berlaku. Dipetik dari kisah-kisah yang pernah berlaku di depan mata dan yang pernah diceritakan oleh sahabat-sahabat. Sejauh mana kebenarannya? :

LELAKI A
" Dengan kawan-kawan, pergi kelas ke, keluar dengan siapa-siapa, sayang pakai la tudung, kalau dengan abang tak pakai pun tak pe.. Abang suka tengok rambut sayang yang cantik tu.. "

PEREMPUAN A
" Boyfriend aku cakap, pergi kelas kena pakai tudung, sebab tu la aku pakai tudung masa pergi kelas je.."

LELAKI B
" Sayang kalau nak pakai tudung biarlah ikhlas, jangan pakai sebab terpaksa, abang tak suka tengok sayang kejap pakai tudung, kejap tak.. Nak pakai, pakai terus.. Tak nak pakai tak payah pakai. "
PEREMPUAN B
" Boyfriend aku cakap, kalau tak nak pakai tudung, tak payah pakai"

LELAKI C
" Sayang bagi la gambar sayang yang tak pakai tudung pulak, abang nak tengok rambut sayang, mesti cantikkan? Bagi la, nak buat kenangan.. Ala abang sorang je yang tengok.. Abang janji tak bagi sape2 tengok. "
PEREMPUAN C
" Ok, janji abg jgn bagi sape2 tgk tau.. Sayang abg "
Hari esok dan seterusnya, makin banyak gambar yang diminta, sampai tiada seurat benang yg tinggal..

LELAKI D
" Kita belum ada ikatan yang sah lagi, tak elok kalau kita selalu jumpa, ape pulak orang kata.. Nanti kawin hari-hari kita jumpa ye."
PEREMPUAN D
" Kalau tak boleh jumpa, buat ape couple? Jangan salahkan sayang kalau sayang keluar dengan lelaki lain "

LELAKI E
"Kau ingat aku nak sangat ke kat minah tu.. Aku main-main je dengan dia, tak serius pun.. Dapat nanti aku tinggal laaa!"
PEREMPUAN E
"Aku dah terlanjur dengan mamat tu, tapi dia janji akan bertanggungjawab kalau ape-ape jadi nanti, aku sayang dia sangat2"



REALITI, orang perempuan ramai yang berharap, kekasihnya akan jadi suaminya.. Tapi seringkali diperbodohkan.. Dipergunakan.. 

REALITI, perempuan lebih suka mendengar cakap boyfriend dia, daripada keluarga atau kawan-kawan..

REALITI, tak ramai lelaki yang set dalam mind yang dia akan mengahwini kekasihnya.. Bagi mereka, selagi belum sah, mereka ada hak untuk mencari yang lain.. Walaupun sudah berkahwin, mereka masih mahu mencari yang lain..

REALITI, lebih ramai lelaki mahukan isterinya nanti seorang yang solehah, yang masih 'DARA'.. walaupun mereka juga dah hilang 'TERUNA' .. Begitu juga perempuan, tetapi terlalu ramai perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.. Mereka juga mengharapkan ada lelaki yang baik dapat menerima mereka dan membimbing ke jalan yang benar..


Credit : I Luv Islam . com

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


KEPADA LELAKI : Bimbinglah wanita dengan cara yang betul.. Bimbing mereka supaya menjadi isteri solehah yang anda idamkan..

KEPADA PEREMPUAN : Jangan terlalu ikut perasaan, yang mana baik ikutlah, yang mana tak, eloklah ditinggalkan.. Seandainya jauh tersasar,  kiranya terlalu sayang, cuba lah bawa pasangan anda ke landasan yang betul..

Kesimpulannya, jangan rosakkan barang yang dah sedia rosak, sebaliknya apabila diperbaiki, barang yang rosak mungkin lebih hebat dari barang yang baru.. dan jagalah barang baru dengan sebaiknya, supaya ia sentiasa terpelihara.. ^_^ 



Tak Baik Pandang Rendah Kat Orang

Pin Pin Pon Pon ||
Hai..kome3.. Hari ni nak share satu cerita.. Banyak lagi cerita nak share ni, tapi awok xpopuler, xleh le nak update banyak2.. xdenye orang nak nengok older post awok.. Hehe.. Xpe2.. xkisah, nak cite jugak la.. 


Alkisahnye, masa nak amik exam Ko-kurikulum hari tu.. (Geee.. macam kat sekolah plak kan ada exam Koko) yelah, nama pun 'Cikgu' kena la belajar semua.. BM, BI, memang macam dak sekolah la.. Tu pun masih tak leh jawab dengan betol.. Keh2.. Masa nak tunggu boleh masuk bilik exam tu.. Ada la 3 orang budak perempuan duduk kat sebelah saya n kawan2.. Tibe2 salah sorang tu tanya pada kawan saya, "Korang kos ape?" Kawan saya pun dengan bangga menjawab "PAKK" dengan tak semena-mena tiga2 pompuan bongek tu ketawa terbahak-bahak.. (Padan muka dapat bongek FREE)

Kawan saya tak cakap pape la.. pastu dia bisik kat saya.. "Kak, hina sangat ke kos kita ni.. Kenapa dorang gelak?" Saya cuma terdiam.. Fikir sendiri dalam hati.. Then teringat apa yang lecturer saya pernah cakap, lebih kurang macam ni la ayatnya.. "Korang jangan la rasa rendah diri ambil kos ni.. Orang yang ambik kos Agama pun ada yang buat maksiat.. Yang amik kos susah2 pun last2 keje apa? Buat sabun je, tapi korang ni habis belajar nanti akan melahirkan seorang manusia.. Habis belajar boleh jadi guru besar terus" Macam tu la dia cakap.. Tapi ayat dah tunggang langgang tu.. Kalau la ada rakam, kompem dah saya upload kat sini.. Hehe..


Credit : Google Saje Kan Senang


Ada juga yang cakap.. "Ala, korang ambik PAKK senang.. Takde assignment.. Keje tak banyak" Taik kucing die la cakap kitorang ni xde assignment.. (Ambik plak TAIK KUCING FREE) Cantik sikit.. Cakap ikut sedap mulut je.. Kadang-kadang, kalau kita tak berada di tempat orang, jangan la cakap tak pakai otak.. Nama je masuk U, ambik kos power2 kononnye laaaa.. (Menyampah) Kalau tak tau hormat orang, tak tau nak jaga hati orang, baik xpayah jadi Cikgu.. Bukan senang nak membentuk kanak-kanak.. Kalau takde cikgu Tadika, takde cikgu Sekolah Rendah, boleh ke Cikgu2 sekolah menengah nak mengajar? Boleh ke Pensyarah2 nak mengajar? Kompem la dorang yang atas2 tak nak ajar budak2 tu ABC..123.. Kan2?

Jadi, jangan la suka nak pandang rendah kat orang.. Kalau nak tau kos ni senang ke x.. Meh la try amik.. Memang tak semudah yang disangka.. Kalau kita nak jaga anak sorang pun dah merungut.. Bayangkan nak menjaga satu kelas.. Satu sekolah.. Yang macam2 perangai.. Belum lagi kanak-kanak yang bekeperluan khas.. Susah sangat ke nak pk tentang perasaan orang.. Perlu ke nak berlagak? Kita masing2 ada tanggungjawab masing2.. Bangga dengan tugas kita, tapi jangan menghina tugas orang lain.. Kalau rasa kos Pendidikan Awal Kanak-kanak ni hina.. Jangan hantar anak-anak korang masuk tadika.. suruh dorang masuk Universiti terus.. biar lecturer yang ajar ABC, biar lecturer yang cucikan berak dorang.. Korang g keje, bawak la anak korang sekali..

Hal ni memang betul2 buat kami "Bakal GURU-GURU TADIKA" kecik hati sangat2..

Apa-apapun GURU TADIKA la guru yang paling penyayang.. Bangganya amik kos niiii! 
Menjadi GURU TADIKA bukan pilihan terakhir, tapi pilihan yang TERBAIK.. Haha.. Bangga!


Gambar Kiut Miutttt :p

Pin Pin Pon Pon ||
He.. hai.. kome3.. seronoknya bercuti, sebab tu boleh kembali aktif blog ni.. tapi susah oo nak cari balik pembaca blog ni.. kadang2 tengok jugak kat stats.. yang dtg blog sy selama ni pun sebab dorang view tutorial yang saya buat.. nasib la ada gak wat tutorial tu..kalau xde, alamat 0 pageview la.. hehe..


So, nak cerita apa hari ni? Tak tau? Saya pun tak tau.. Kekok rasanya nak menulis.. kih2.. selama ni saya ada juga online, tapi tak de mase nak g blogwalking, nak follow balik pun lambat.. Sori ye kome3.. 

Oklah, sepanjang ketiadaan saya, masih ada yang bertanya, macam mana nak buat header cantik2.. macam saya penah jawab dulu la.. header cantik2 ni susahh oo mau ajar.. sebab kena ikut kreativiti masing2.. kalo kreatif cantik la header tu.. kalau tak biase2 je.. biase2 je la header tu.. cam header saya.. biase2 je tu.. tengok orang lain punye lg gempak2 ooo...

Tak kurang juga yg tanya, mana nak cari gambar kiut2.. Hehe.. yang tu saya boleh la ajar.. Sebenarnya saya tak cari, gambar tu yang cari saya sendiri.. hehe.. semua gambar yang korang kata kiut tu saya ambil dari simpanan wallpaper saya.. desktop pnya wallpaper la.. saya download kat Wallcoo.net..kat situ banyak wallpaper.. bile dah download tu, korang kerat la gambo katun2 tu.. hehe.. camtu je..senang kan.. kalau nak cari yg dah siap kerat lak, korang kena la tau apa nama kartun tu.. then type je kat Google..

Contoh la.. Kartun kat bawah ni.. Saya terjumpa satu je.. Then tengok macam comel la kucing ni.. Jadi dengan kuasa Google, saya try explore sampai dapat nama kucing ni..  Sebab biasanya tiap-tiap karakter kartun ni ada namanya walaupun bukan yang ditayangkan di TV..


Rupanya, nama kucing ni Chococat.. Jadi saya pun search kat Google.. 
Type C H O C O C A T lepas tu keluar la banyakkkkkkkkkk sangat gambar Chococat ni.. 


Hehe.. Senang kan? Apa yang penting.. Usaha.. ^_^ Sharing is Caring :)



Kantoi Sudah..

Pin Pin Pon Pon || ,
Haaa.. Exam dah selesai 25/4/2011.. Bye2 UPSI for a while.. Hari ni saya dah berada di Shah Alam.. Bercuti di rumah kakak, menghilangkan tekanan sebelum pulang ke kampung :)


Nak dijadikan cerita.. Masa di KL Sentral semalam, ternampak la pasangan yang konon loving bagai laa.. (Tak heran.. dalam hati jeless.. SOb2..) Yang perempuan biasa2 jela rupanya (hehe) yang lelaki plak.. pun biase2 je.. (cam poyo pun ada)

Malas nak tengok lama-lama, memang meluat.. (Jeles sebenarnya..) Maka termenunglah saya duduk menunggu tren ke Shah Alam.. Penat.. Dengan beg seberat 18kilo lagi.. T_T 

Tittuttitutt
"Train ke Pelabuhan Klang akan tiba di Platform 6."
"Train to Pelabuhan Klang will be arrive at Platform No.6" 
(haha..betul ke ayat ni?)
Tittuttittutt

Dengar je announcement tu, bergegas la saya bangun, dengan harapan dapat duduk.. Tak terdaya nak menyandang beg yang berat tu.. Tapi apakan daya, daku tidak berjaya.. Maka berdiri la sampai di Pantai Dalam.. Mujur ada tempat, dapat la duduk.. Lega rasanya, hilang lelah seketika.. Dapat duduk port tepi memang best sekali.. Kepala ku lentokkan ke tepi.. Bahh.. Syoknya.. saya pejam mata konon nak tido.. Tapi tak dapat.. Sebab tren kan goyang2.. (Macam mana la orang boleh tido dalam tren.. dok bayang duduk dalam buai agaknye..)

Mujur la duduk dalam Koc Wanita.. Nak tengok kiri kanan depan belakang nak tido ke tak de la segan sangat.. Hehe.. Tak yah cover ayu sangat laa.. Saya pun usha la sorang awek yang duduk depan saye.. Cun.. Tengah tido (Aikk..laki ke pempuan saya ni?) Haha.. dah nama Koc Wanita, mana ada laki nak usha.. Hehe..

Malas nak nengok orang, maka mata ni pandang bawah je.. Tiba-tiba erpandang la 2 susuk tubuh yang berdiri rapat sangat kat pintu tren.. Satu kasut perempuan, satu macam kasut laki.. Mata saya pun melilau naik ke atas.. "Ehh.. kapel tadi laaa, tapi awat dok dalam Koc Wanita.. Salah naik ke?" Lame la saya usha boypren die tu.. Haha.. Muke nak ganasss je.. Bajet hot la konon.. Lama saya perhati muka 'Mamat' tu.. Setelah mengikut pengalaman selama beberapa tahun ni.. Rupanya... BF dia tu perempuan.. Haiyaaaaaaa...

Macam mana la boleh berlaku hubungan terlarang itu.. Memang sebijik cam jantann.. Isk2.. Silapnya dia sebab masuk kat Koc Wanita.. Hahahhaa.. Kan dah kantoi awak tu perempuan.. Buat la muka ganas macam mana.. Nak ikat dada tu ke.. Nak kerat rambut pendek sependek pendeknya kaa.. Nak pakai baju laki ke.. Awakk tu azalinya perempuan.. Hadoii.. sambil geleng kepala, saya tergelak dalam hati.. Muka memang berlagak gila, padahal tak hensem pun.. Ehh.. tak cantik pun.. Haha.. Jahat lak saya hari ni.. Sori la termengata.. 

Credit : Google Saje Kan Senang

Nasihat saya la, kepada 'Mamat' tu kalau rasa tak nak kena gelak... Jangan naik Koc Wanita.. Hehe.. Satu yang jadi kemusykilan saya sekarang ni...Kalau Nyah plak, dorang naik Koc mana satu ek? Hihi..

Nota : Pernah kawan dengan TOMBOY, kat luar rumah memang jantan habis.. Dalam rumah.. Alahaiii..kiutnye.. Hahaha..
Hope satu hari golongan2 ni mendapat hidayah.. dan berubah ke arah yang lebih baik.. Sempat lagi nak bertaubat.. ^_^

Asyik online je!

Ni la penyelesaiannya.. biar takut sikit nak mengadap blog, fb etc.. Huhhh!


Bukan Tak Nak Kawan, Tapi Masih Berjauh Hati..

Pin Pin Pon Pon ||
Pehh.. tajuk entry tah pape.. Serius benda ni agak mengganggu tambah-tambah bila dah nak exam ni.. Pada yang dulu selalu baca blog saya, mesti pernah terbaca entry pasal yang saya gaduh dengan kawan saya, dan bf dia hantar msg di FB tak bagi saya kawan dengan GF dia dah.. Kalau terlupa pun tak pe.. Memang saya anggap benda tu tak penting dah sekarang ni..


Lepas je dapat msg yang betul2 melukakan hati saya tu, kawan saya tu ada la call, katanya kita lupakan je.. Sebab saya ada marah dia, bila dia melibatkan orang lain dalam masalah kami.. Tak tau la nak kata apa.. Kenapa bila saya salah, susah sangat dia nak maafkan.. Sampai bf dia sound saya.. Tapi bila dia salah, mudah je minta lupa.. Saya memang jenis lembut hati.. Memang saya maafkan, tapi macam mana saya nak lupakan..

Selama ni memang saya sentiasa ingat nak msg dia, tapi bila teringat apa yang bf dia cakap pada saya.. Terus saya lupakan niat tu.. Walaupun dia ada call, kami bersembang, rasanya macam saya ketawa pun saya tipu diri saya sendiri.. Bukan nak kata sebab saya ada kawan baru.. Tapi, entahlah.. Persahabatan tu tak sama macam dulu.. 

Semalam saya ada terima msg dari dia.. Saya tau, kalau saya teringat dia, dia pun akan teringat saya.. Sebab tu kami rapat dulu.. Apa yang saya fikir, memang sama dengan apa yang dia fikir.. Tapi msg dia sekadar nak perli saya sebab tak msg dia.. Hmm.. betul2 hilangkan mood..

"Akum.. sht x? xmsg2 
pn..yela..org dh ade
kwn bru..sp la kt
ni..cmne blaja? ok
ke?bp lme lg stdy? bl
nk jmp aku? Ok
la..t.care..xnk ggu
org bz..hehe.. (^_^)"

"Kwn mmg ade..tp
ttp xsm..rnd kngn
kt..ha..rjin2 bc
bku..ni cti sem 2bln
ke?bleyla cti2
mlysia..hehe..pe
pn,gdluck
aini..smoga t'capai
impian ko.."

"Yeke?bz btl ko eh?
aku xde rzki nk 
smbg..nk bt pnjmn
xdela..haha..kwn2 ko
mst bk2 kn? mst lg
bk dr aku..untgla
ko..ni msti m'ggu ko 
je..dhla nk exam..p 
bc buku.."

Apa yang dapat saya jawab, kawan2 saya kat sini memang baik2, maybe sebab kebanyakannya lebih muda dari saya.. Dan saya rasa lebih dihormati.. Terus dia senyap dan tak balas msg saya dah.. Saya bukan nak lukakan hati dia.. Memang saya masih rasa bersalah.. Kami sama2 buat salah.. Tapi saya cuma tak boleh terima bila bf dia masuk campur.. Mungkin sampai bila2 kami akan macam ni.. Lebih baik saya tumpu pada pelajaran, itu fokus utama sekarang..

Saya bukan balas dendam pada dia.. Saya cuma terkilan, saya masih boleh bls msg dia, masih blh jumpa kalau dia nak.. Masih boleh berkawan.. Tapi memang saya dah tawar hati.. Saya just harap dia akan jumpa kawan yang lebih baik dari saya, yang boleh jaga hati dia.. Supaya lama-lama dia akan lupa saya, kawan yang pernah sakiti hati dia.. Sebab saya cuma berpegang kepada apa yang bf dia kata pada saya.. "Aku tak galakkan korang terus berkawan" Sampai mati saya xkan lupa..



Lepas Geram Di UPSI

Pin Pin Pon Pon ||
Aiya, bila teringat balik time interview dulu.. Haha.. Memang nak gelak la.. malu nak bergambar punya pasal, dapat la gambar tong sampah je.. Sekarang bila dah belajar kat sini.... UPSI ni macam saya yang punya.. kerja bergambar je.. best coz dapat kawan2 yang gile happening.. Seronok sangat.. Bila tengok gambar2 tu teringat juga masa belajar kat SEGi n UiTM dulu.. xde jumpa kawan2 yang macam ni... Kiranya kawan kat sini yang terbaik setakat ni, walaupun belum ada kategori kawan baik, maybe sebab ramai yang muda-muda.. Tapi takpelah sebab bila hubungan tu macam kakak dan adik lebih bagus daripada kawan dan kawan.. Sekurang-kurangnya rasa lebih dihormati dan disayangi.. ^_^


Inilah kawan-kawan, adik-adik dan kakak saya di UPSI.. Abang tak de la, sebab semua budak laki muda2 dari saya.. Haha..

Hari terakhir bersama lecturer Koko..

Hari buat presentation senam robik, kena marah dengan lecturer pun ada mood lagi nak bergambar.. Hehe..

Hari makan kulit durian.. Banyak gile duriannn.. ^_^

Sesi fotografi kenang2an.. :)

Pertandingan Mencipta Lagu Kanak-kanak.. Hehe..

Memang sentiasa senyum la kat sini walaupun kadang2 tension dengan kerja.. Tapi Alhamdulillah semuanya berbaloi.. 16 April ni dah start final exam.. Tiada apa yang diharapkan melainkan kejayaan.. Mudah2an Anugerah Dekan dalam tangan.. InsyaAllah.. Semoga korang2 yang nak exam pun akan berjaya :)




Bukan Semua Polis Jahat

Pin Pin Pon Pon ||
Belia Benci Polis? Kenapa? Kata mereka polis ni tak guna, tak buat keje, kuat makan rasuah dan macam2 lagi.. Walaupun ayah saya bekas polis, terasa juga tempiasnya bila orang mengutuk polis.. kita kena ingat bukan semua polis jahat.. mungkin ada segelintir yang kurang bertanggungjawab.. tapi jangan la sampai label semua polis tu jahat..

Ingat laa, polis ni banyak berjasa pada kita.. Bayangkan kalau kat dunia ni tak de polis.. Mungkin polis kat negara kita bukan yang terbaik di dunia, tapi sekurang-kurangnya kenanglah sedikit jasa yang dorang pernah bagi.. Bukan mudah nak jadi polis.. Dan bukan mudah juga nak dapat jadi polis kan? Polis bukan profession terakhir yang boleh dipilih kalau pendidikan kita tak seberapa..

Saya akui polis sekarang tak macam dulu.. kadang2 saya sendiri takut bila terserempak dengan polis2 muda kat luar sana tu, pernah juga la dikacau polis.. yang tu tak tau la nak komen apa.. bukannya nak back up polis sebab ayah saya dulu kerja polis..

Tapi, kita memang mudah lupa kebaikan seseorang apabila kita nampak keburukannya.. Orang kata, kebanyakan budak-budak yang tak lepas SPM je yang mintak polis ni, sebab tu ramai yang bodoh-bodoh.. Tapi sedar tak? kita sebenarnya yang bodoh sebab tak apply polis.. dan hanya tahu mengutuk je sedangkan kita tak tau pun macam mana tugas polis tu sendiri.. kalau rasa polis sekarang tak bagus, kenapa tidak mulut-mulut yang mengata tu pergi minta jadi polis..

Sebab apa timbul isu macam tu? Sebab kebanyakan graduan Universiti hanya nak kerja yang sepadan dengan Ijazah or whatever yang dorang ada walaupun keputusan tak seberapa.. Bukan nak mengata, syarat kelayakan nak jadi polis pun rendah.. tak payah ada degree pun boleh mintak.. Tapi, andaikata syarat tu dinaikkan, ada ke yang nak minta jadi polis? semua tak nak jadi orang bawahan, bila dah tak dapat kerja baru terkial nak mintak polis, sebab cukup dengan degree kita dah boleh dapat jawatan Inspektor Polis..

Manusia.. hanya memandang pada pangkat.. Mulut hanya tahu berkata-kata.. Cuba la jadi polis.. Baru boleh nak mengata polis.. Masalah yang dibawa segelintir polis ni bukan sebab kerja dorang polis dan boleh buat sesuka hati.. Tapi tu masalah dengan diri mereka sendiri.. Jadi jangan la cakap 'polis' tak guna.. 

Guru yang bekerja sebagai pendidik pun ada segelintir darinya yang melakukan kesalahan.. Sebab apa nak jadi Cikgu? Sebab gaji tinggi.. Macam mana pula nak kata 'polis' sekarang jahat-jahat sebab belajar tak tinggi? Sedangkan Guru, Peguam, Doktor yang belajar tinggi pun ada yang jahat? Fikir-fikirkanlah.. Jahat atau baik seseorang tu bukan sebab ilmu yang diterima.. Tapi semuanya bermula dari dalam diri masing-masing.. Tiada manusia yang sempurna..


Related Posts with Thumbnails