" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Tak Baik Pandang Rendah Kat Orang

Pin Pin Pon Pon ||
Hai..kome3.. Hari ni nak share satu cerita.. Banyak lagi cerita nak share ni, tapi awok xpopuler, xleh le nak update banyak2.. xdenye orang nak nengok older post awok.. Hehe.. Xpe2.. xkisah, nak cite jugak la.. 


Alkisahnye, masa nak amik exam Ko-kurikulum hari tu.. (Geee.. macam kat sekolah plak kan ada exam Koko) yelah, nama pun 'Cikgu' kena la belajar semua.. BM, BI, memang macam dak sekolah la.. Tu pun masih tak leh jawab dengan betol.. Keh2.. Masa nak tunggu boleh masuk bilik exam tu.. Ada la 3 orang budak perempuan duduk kat sebelah saya n kawan2.. Tibe2 salah sorang tu tanya pada kawan saya, "Korang kos ape?" Kawan saya pun dengan bangga menjawab "PAKK" dengan tak semena-mena tiga2 pompuan bongek tu ketawa terbahak-bahak.. (Padan muka dapat bongek FREE)

Kawan saya tak cakap pape la.. pastu dia bisik kat saya.. "Kak, hina sangat ke kos kita ni.. Kenapa dorang gelak?" Saya cuma terdiam.. Fikir sendiri dalam hati.. Then teringat apa yang lecturer saya pernah cakap, lebih kurang macam ni la ayatnya.. "Korang jangan la rasa rendah diri ambil kos ni.. Orang yang ambik kos Agama pun ada yang buat maksiat.. Yang amik kos susah2 pun last2 keje apa? Buat sabun je, tapi korang ni habis belajar nanti akan melahirkan seorang manusia.. Habis belajar boleh jadi guru besar terus" Macam tu la dia cakap.. Tapi ayat dah tunggang langgang tu.. Kalau la ada rakam, kompem dah saya upload kat sini.. Hehe..


Credit : Google Saje Kan Senang


Ada juga yang cakap.. "Ala, korang ambik PAKK senang.. Takde assignment.. Keje tak banyak" Taik kucing die la cakap kitorang ni xde assignment.. (Ambik plak TAIK KUCING FREE) Cantik sikit.. Cakap ikut sedap mulut je.. Kadang-kadang, kalau kita tak berada di tempat orang, jangan la cakap tak pakai otak.. Nama je masuk U, ambik kos power2 kononnye laaaa.. (Menyampah) Kalau tak tau hormat orang, tak tau nak jaga hati orang, baik xpayah jadi Cikgu.. Bukan senang nak membentuk kanak-kanak.. Kalau takde cikgu Tadika, takde cikgu Sekolah Rendah, boleh ke Cikgu2 sekolah menengah nak mengajar? Boleh ke Pensyarah2 nak mengajar? Kompem la dorang yang atas2 tak nak ajar budak2 tu ABC..123.. Kan2?

Jadi, jangan la suka nak pandang rendah kat orang.. Kalau nak tau kos ni senang ke x.. Meh la try amik.. Memang tak semudah yang disangka.. Kalau kita nak jaga anak sorang pun dah merungut.. Bayangkan nak menjaga satu kelas.. Satu sekolah.. Yang macam2 perangai.. Belum lagi kanak-kanak yang bekeperluan khas.. Susah sangat ke nak pk tentang perasaan orang.. Perlu ke nak berlagak? Kita masing2 ada tanggungjawab masing2.. Bangga dengan tugas kita, tapi jangan menghina tugas orang lain.. Kalau rasa kos Pendidikan Awal Kanak-kanak ni hina.. Jangan hantar anak-anak korang masuk tadika.. suruh dorang masuk Universiti terus.. biar lecturer yang ajar ABC, biar lecturer yang cucikan berak dorang.. Korang g keje, bawak la anak korang sekali..

Hal ni memang betul2 buat kami "Bakal GURU-GURU TADIKA" kecik hati sangat2..

Apa-apapun GURU TADIKA la guru yang paling penyayang.. Bangganya amik kos niiii! 
Menjadi GURU TADIKA bukan pilihan terakhir, tapi pilihan yang TERBAIK.. Haha.. Bangga!


4 Kuntum Bunga:

ila said...

guru tadika mesti cute2 ann
hhe

cik ciput said...

Ainie, jgn amek hati dgn apa yg diorang cakap ok..kerja awak nnti kerja yg mulia.. =)

suzie said...

salam ainie,

akak terbaca blog awak secara tak sengaja.Jgn le ambil ati apa yg org lain kata sbb menjadi pendidik itu besar nilainya di sisi Allah kerana ilmu yang diajar dan diamalkan lebih bermanfaat dan lebih berkat dari belajar tapi tak digunakan. Akak suka guru tadika sbb mereka lebih kreatif menangani kerenah si kecil dan kanak-kanak sangat comel walaupun adakalanya nakal dan lagi satu, mereka sangat jujur. Nama awak akan dikenang oleh mereka sampai mereka dewasa. percayalah..


Ainismaira said...

@suzie Wkmsalam.. alhamdulillah.. terima kasih kak.. cita2 sy mmg nak jadi cikgu tadika.. skrg cita2 sy dah tercapai.. ape juga ckp org smua sy xkisah dah.. InsyaAllah sy akan teruskan kerja dalam bidang ni.. :)

Related Posts with Thumbnails