" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Pengalaman Pertama Sebagai Cikgu

Pin Pin Pon Pon ||
SEMALAM 29/06/2011 buat pertama kalinya saya pergi buat lawatan ke Tadika dengan kawan-kawan... Lokasi? Di Tabika KEMAS Balai Polis Tanjung Malim.. Tak jauh pun dari UPSI.. Kami pergi ke sana sebab nak kena rakam ttg perkembangan kanak-kanak.. Seronok sangat.. Kedatangan kami disambut mesra oleh Cikgu Rosmawati.. Semua murid-murid kat situ gembira menerima kedatangan kami..Memang hilang tekanan yang kami hadapi selama ini.. Untung rasanya ambil kos Pendidikan Awal Kanak-kanak ni..

Walaupun baru pertama kali berjumpa, tidak susah nak mengawal kanak-kanak di sana.. Semuanya mendengar kata dan sangat manja.. Kalau boleh, setiap masa mereka nak duduk di pangkuan kami.. Memang saya seronok sangat.. Saya memilih seorang kanak-kanak untuk melihat perkembangannya dari segi JERIS... Namanya Shahrul Nizam (main eja je ni) nama panggilannya Ijam.. Comel sangat budaknya... Aktif, ceria tapi kadangkala agak pemalu bila diaju soalan..

Majoriti kanak-kanak di situ adalah lelaki.. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama, menyanyi, menari, bermain.. Memang tak tergambar keseronokannya.. Lepas ni, andai ada masa kami akan selalu berkunjung ke sana.. Pertama kali ke sana, kami dipeluk, dipanggil Cikgu, sudah mula buat diri ni terharu dan rasa macam nak menangis pun ada..


 *Anak murid kesayangan Cikgu ^_^

Sedangkan kanak-kanak yang kecil sangat pandai menghormati setiap orang, kenapa tidak kita yang sudah dewasa? Fikir-fikirkanlah ^_^



Memang Sedih Bila Hilang Kawan..

Pin Pin Pon Pon ||
......tambah-tambah bila kita tak tahu apa salah kita pada dia...... 
Bila sering berjumpa, tapi tidak serapat dulu...... 
Bila terserempak, seperti tak kenal antara satu sama lain.... 
Salam dihulur dibiar sepi tidak bersahut.... 
Bertanya khabar seolah dengan bayang-bayang.... 
Kenapa? Andai ada masalah.. kongsilah seperti dahulu.. 
semua rahsia dalam poket masing-masing.. 
Tapi kini, tidak lagi... 


Melihat dia ketawa, aku hanya mampu tersenyum, 
namun di dalam hati menangis.. 
Sungguh, aku ingin ketawa bersamamu Sahabatku...
Melihat kau mesra bersama teman lain,
aku tertanya, mengapa mereka bukan AKU?
Sungguh aku cemburu...
Aku ingin menjadi sahabatmu...
Seperti dulu...
Izinkan aku...

Belajar lah hormati orang.. Susah sangat ke?

Pin Pin Pon Pon ||
Hari ni kesabaran saya betul2 teruji.. Sebab terpaksa berdepan dengan manusia2 yang selfish.. Yang langsung tak pandai hormat orang.. Betul2 kesian dengan manusia macam ni.. Kata seorang kawan "Dorang ni tak belajar sivik kot" memang betul lah tu.. Bagi saya budi bahasa ni bukan sesuatu yang boleh kita belajar, apatah lagi bila semua dah besar panjang.. Kalau masa kecik mak ayah tak ajar kita hormatkan orang., sampai besar pun macam tu la..

Jangan kata cikgu tak ajar, hormat menghormati tu lah perkara yang sering ditekankan kat sekolah.. Tapi kalau dah tak makan ajar, macam tu je la sampai bila-bila.. Hidup dalam dunia sendiri.. Jadilah manusia yang kurang ajar, yang tak sedar diuntung....

Pelik sangat2 dengan orang macam ni.. Susah sangat ke nak hormat orang? Satu je pegangan hidup saya, hormati orang jika ingin dihormati.. Tapi apa yang jadi pada hari ni betul2 buat saya kecewa.. Bukan nak mengata sape2.. Tapi majoriti ORANG PEREMPUAN tak pandai nak hormat kaum sendiri.. Depan lelaki nak tunjuk diri paling ayu, terbaik.. Tapi bila depan perempuan, mula tunjuk hidung tinggi.. Tak de apa yang boleh saya buat bila berdepan dengan manusia macam tu.. Selain, SABAR...



Proses Kelahiran Bayi.. Menakjubkan..

Pin Pin Pon Pon ||
Dah lama rasanya tak update blog.. Maklum la, BZ.. plus takde mood sangat sebab blog ni problem.. Tak tau apa masalah, tak masuk dalam update list.. so siapa yang tak datang blog ni tak tau la bila saya update.. Papepun thanx pada yang masih sudi datang walaupun saya tak update blog, n yang sudi jadi follower.. yang sudi selongkar blog saya yang tah pape ni.. Hehe.. TQ so much.. ^_^



Hari ni dalam kelas Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif Untuk Bayi dan Kanak-kanak (name subjek panjang tak hengat..hehe) kitorg ditunjukkan video bagaimana proses kelahiran bayi berlaku.. Dari saat persenyawaan berlaku sampaila macam mana bayi tu keluar.. Subjek ni sangat best, sebab belajar pasal bayi.. Macam mana proses kejadiannya, kenapa bayi menangis, kebaikan susu ibu, warna najis, refleks bayi.. Seronok sangat tau.. makin menguatkan naluri keibuan ini.. Haha.. 

Andai ada masa terluang yang panjang, nak juga saya share dengan kamu orang semua tentang apa yang saya belajar.. Memang sangat membantu bagi kaum wanita, juga kepada bakal2 bapa.. Sebab tanggungjawab jaga anak bukan hanya pada isteri.. :)

Sambil menaip, saya masih tersenyum, teringat apa yang lecturer saya, Puan Azila sebut dalam kelas tadi.. Tentang kebaikan susu ibu.. Katanya, kalau kita beri anak kita susu ibu sepenuhnya, walau ke mana pun anak kita pergi dia akan kembali juga kepada pangkuan ibunya.. Tapi jika anak kita diberi susu formula (susu lembu) anak kita akan kembali ke pangkuan lembu.. Hahhaha..

So, kepada bakal2 ibu dan juga mungkin ibu yang baru menerima cahaya mata, elok la diberi susu badan.. Banyak khasiatnya... ^_^



Layakkah Kita?

Pin Pin Pon Pon ||

Tertarik dengan satu kata-kata ... Tapi tak ingat dapat dari mana ...

"Layakkah kita berkasar sedangkan kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut...
Layakkah kita pemarah sedangkan seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih...
Layakkah kita tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan hidup kita bergantung kepada Yang Maha Pemurah...
Mampukah kita terus melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita..."

Betul-betul buat saya berfikir panjang.. Sebab inilah perkara yang sering kita lakukan.. Bila melihat situasi yang berlaku sekarang, kadang-kadang sedih pun ada..  Siapalah kita nak menyebut tentang keaiban orang lain, sedangkan kita juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. Siapalah kita nak menghukum dan membenci seseorang sedangkan kita tidak saling mengenali.. Kadang-kadang lebih baik kita berdiam dan bersabar.. Boleh menegur, tapi tegur la dengan nasihat, tegur la dengan cara orang yang berilmu.. Bukan mengikut perasaan.. Berbuat baik dengan semua orang.. Cari kawan bukan musuh..



Related Posts with Thumbnails