" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Sukaneka Di Tadika ^_^

Pin Pin Pon Pon ||
Lama betul tak update.. Sekarang saya dah mula cuti mid sem.. Jadi adalah sedikit masa untuk menulis kat sini.. Hari ni saya nak kongsi sedikit pengalaman yang saya perolehi pada 16 Julai 2011 yang lalu.. Satu tugasan merangkap assignment berkumpulan yang perlu kami laksanakan.. Iaitu merancang aktiviti di tadika.. Seperti biasa, lokasi terpilih ialah Tabika Kemas Balai Polis Tanjong Malim.. Bagi saya inilah event terbesar yang telah saya libatkan diri pada tahun ni.. Kerana aktiviti ini melibatkan semua kakitangan sekolah dan juga ibu bapa kepada kanak-kanak.. Dengan harapan yang tinggi kami seramai 10 orang guru2 UPSI telah berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya.. Semua kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa kelihatan gembira sekali semasa acara sukaneka berlangsung.. Ibu bapa tak henti-henti bersorak memberi semangat kepada anak-anak mereka.. (Agaknya nanti bila saya dah jadi ibu macam tu la jugak kot..Hehe).. Dipendekkan cerita, kat sini saya nak share beberapa keping gambar untuk tatapan kamu semua :) 

Guru membantu melekatkan warna rumah pada baju kanak-kanak :)


Perbarisan rumah sukan :)


Amar : Ketua kelas dan ketua rumah hijau.


Kanak-kanak sangat bersemangat :)


Muhammad Shahrul Nizam yang comel.. Menang pertandingan cari gula2 dalam tepung .. Hehe..


Aiman dibantu bapanya untuk acara bawa bola pingpong dengan sudu.


Antara ibu-ibu yang turut terlibat dalam aktiviti sukaneka :)


Kenangan : Barisan guru2 UPSI dan kanak2 dari Tabika KEMAS BPTM


Bila dah berjumpa dan mendapat pengalaman bersama kanak-kanak di sana, saya semakin tak sabar nak menjadi seorang GURU TADIKA... Hehehe... Dengan berita baik bahawa pengajian kami akan disingkatkan, saya rasa memang tak rugi saya memilih bidang ni ^_^



1 Kuntum Bunga:

cik ciput said...

wah, nmpk hepi je semua org..untung la awk ainie, nnti keje dlm suasana yg hepi..hehe

Related Posts with Thumbnails