" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Sekadar Berkongsi Ilmu.. Adakah aku salah?



Adakah semua orang yang berkongsi ilmu boleh dikatakan sebagai menunjuk-nunjuk kepandaiannya? Jadi apa perkataan yang sesuai bagi seorang guru yang berkongsi ilmu kepada semua anak bangsa? Sedangkan ilmu yang ada wajib dikongsi.. jangan pula nanti dikata sebagai "kedekut ilmu"... Apakah manusia hari ini memang akan mempersendakan mereka yang berkongsi ilmu? Kumpul pahala di dunia dan kejarlah pahala yang kita akan peroleh selepas mati nanti...


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sehingga hari ni saya masih tak faham, kenapa ada segelintir manusia yang suka mengeji mereka2 yang ingin berkongsi ilmu. Katanya, "nak tunjuk pandai la tu".. Tetapi mengapa pula orang yang berkongsi perkara yang sia-sia tidak diperkatakan sebegitu rupa? Sesungguhnya ramai antara kita telah leka... Leka dengan dunia... 

Sedih kerana setiap kali berkongsi sesuatu ilmu, seolah diperlekehkan oleh segelintir manusia.. Namun saya sedar, walaupun dikritik sekurang-kurangnya saya masih mempunyai kekuatan untuk berkongsi. Masih kuat menerima kritikan.. Masih tabah walau kadangkala menitis jua air mata. Sesungguhnya saya sedar, masih ada yang menggunakan segala ilmu yang saya kongsikan.. Terima kasih...



2 Kuntum Bunga:

Azree said...

Terima kasih di atas ingatan,

Mudah-mudahan dapat teruskan..

Buat yang baik untuk kebaikan yang lain.

;)

Ainismaira said...

terima kasih juga... same2 la beringat ye..

Related Posts with Thumbnails