" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Video Yang Buat Saya Menjerit!

Ini bukan video seram.. tapi telah membuatkan saya menjerit-jerit rasa nak pergi ke tempat ni.. sangat cantik viewnye..  Tak caye? Jom la tengok kejap ek..


Ok fine.. memang cantik tempat tu n kat Malaysia je pun.. xpayah pergi luar negara.. Harga? Memang sampai nak tertelan anak tekak la.. Sangat mahal.. Sebab tu la saye just menjerit tengok video ni.. Tak mampu! Huhu.. Serius tak pernah tau kewujudan Gold Coast Sepang ni.. Tiba-tiba je ternampak iklan kat Facebook.. So try la search, and sangat terbeliak biji mata.. Sebab tak sangka kat Malaysia ada tempat macam ni..

Selama ni pernah dengar Gold Coast Australia je.. Yang tu memang ke sudah takkan pernah sampai.. Hehe.. Tapi yang Gold COast Sepang ni, kumpul2 duit InsyaAllah la boleh sampai.. Sesuai sangat nak pergi honeymoon.. Location pun xde la jauh sampai nak kena amek flight kan...

Pada siapa yang malas tengok video, jom tengok gambar je k.. ^_^ Credit Google (TQ)


Design ni yang buat diri ni meronta-ronta mau pergi sana.. Keh2.. Kena kumpul duit banyak2 ar, untung2 leh g honeymoon sane kan..

Cukup la pic, tak pandai nak describe tempat ni sebab tak pernah pergi.. Untung la siapa yang pernah pergi kan.. Saya kalau dapat pergi tangkap gambar kat sana pun jadi la.. Untuk lebih detail boleh pergi website Sepang Gold Coast dan  Golden Palm Tree ok.. Kat situ boleh tengok pakej n banyak lg lah.. Tak pun boleh pergi tengok kat Facebook Sepang Gold Coast .. Ok lah, nak sambung tido, nak mimpi g Gold Coast Australia (Jauh sikit).. Hehe

Suka Tengok Lelaki Yang Jarang Senyum

Pin Pin Pon Pon ||


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Update time bosan ni.. Terjumpa plak artikel menarik kat atas tu.. So, nak bersetuju la dengan artikel tu.. Memang saya tak berapa suka kat lelaki yang suka tersenyum ni.. Tak tau la kenapa.. Lagi suke yang mukenya jarang senyum, tapi bukan la muka perasan bagus tau... Contohnya? Jom layan gambar .. Hehe...







Watak bengis Jang Keun Suk dalam You're Beautiful


Kim Hyun Joong dalam BOF.. Mmg dia jarang senyum dalam cerita tu... dan saya memang tak suka kalau tengok dia asyik senyum je.. Sekali sekala dah ok.. Hehe..


Yong Hwa dlm Heartstrings.. Memang watak dia pendiam je dalam cerita ni.. Berlagak pun ada.. Tapi suke tengok muka dia yang serius.. 


Haishh! Asyik cite korea je.. Bosan2.. Jom tengok hero omputeh plak eh.. Hehe..


Hamek.. Tarabas! Cave of The Golden Rose (yeke tajuk? xingat dah.. cite lame) Lelaki kalau muka ganas ni nampak kuat sikit daripada yang muka jambu.. Hehe..


Neh Tom Cruise dalam cite pontianak mende tah, (malas nak kaji) yang die berlakon dengan Brad Pitt.. Dua2 jadi pontianak.. Hehe.. Best cite ni..

Last sekali ni, bukan artis.. Tapi saya minat dia.. Orang biase je..


Hua3.. bengis tak ni? 







T_T Bosannnnnnnn!



Lelaki yang jarang senyum ni la kalau sekali dia senyum boleh buat perempuan tak tidur malam.. Hehe..

Sekian...



Manusia Semakin Kejam!

Pin Pin Pon Pon ||
Dapat teka cerita pasal apa? Yela, tak lain tak bukan, kes pembuangan bayi.. Perlu ke sampai nak bunuh bayi tu? Geram sangat bila baca berita macam ni.. Di mana la letak hati perut seorang manusia.. Semua ni dah terlalu teruk.. Manusia dah tak takut dosa.. Terus melakukan dosa.. Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang.. Kalau tak nak jaga, jangan dibunuh.. Ya, Allah.. Apalah dosa bayi tu.. Sembilan bulan dalam kandungan, tergamak bunuh darah daging sendiri.. Cukup la dosa berzina yang ditanggung, janganlah ditambah dengan dosa membunuh.. 

Belajar tentang kanak-kanak buat saya semakin menyayangi kanak-kanak, tak kiralah anak siapa pun.. Melihat kes2 macam ni buat saya rasa sebak sangat-sangat. Semuanya bermula dengan langkah pertama.. Janganlah cuba perkara yang dah jelas dinyatakan haram.. Kenapa masih buat.. Kuatkan diri melawan godaan syaitan.. Lelaki perempuan, kenalah sama-sama kawal diri.. Cinta apa kalau maruah tergadai? Cinta apa kalau tiada rasa tanggungjawab? Cinta apa yang memaksa kita membunuh zuriat kita sendiri walaupun bukan dari hubungan yang halal? Itu ke cinta yang orang sekarang agungkan?

Renung.. fikirkan.. perasaan mereka yang tidak punya anak, yang kehilangan anak.. Fikirlah kenapa kita dilarang berzina? Inilah hasilnya.. Tak nak ke tengok bayi tu membesar? Tersenyum, merangkak, berdiri, berjalan dan akhirnya berlari memanggil nama ibunya? Jangan jadi bodoh kerana cinta.. Lelaki yang baik tak kan sentuh wanita yang ingin dijadikan isteri.. Jangan percaya kepada lelaki yang hanya tahu berjanji akan bertanggungjawab.. Cintailah lelaki yang benar-benar ikhlas.. Ikutlah ajaran Islam, InsyaAllah bahagia dunia akhirat.. 

Saya tak nak letak gambar bayi yang dikelar ibunya yang berusia 16tahun.. Sebab terlalu sedih.. Saya pasti ada yang dah tengok gambar tu.. Macam mana kita marahkan orang-orang di China yang tidak membantu seorang kanak-kanak dilanggar van melalui satu video yang tersebar di Youtube dan Facebook... Macam tu la kita patut marah kepada rakyat kita yang membunuh bayi mereka sendiri.. Tiada perkataan lain selain KEJAM.. Semua ni ibarat nanah yang semakin membusuk.. Memetik kata-kata Sultan Brunei, "Who are we to say, WAIT?" Kerajaan tolonglah jangan berlengah lagi.. Yakinlah dengan hukum Allah..

"Belajarlah tentang bayi dan kanak-kanak, sejak dari dalam kandungan lagi... dan kamu akan rasa betapa gembiranya berdepan dengan mereka dan melihat mereka membesar di depan mata...Sesungguhnya anak tu anugerah yang tidak ternilai harganya.. "

Video kegemaran saya.. Comel sangat!!! 


Tak UPDATE Pun Dapat BUFFERED EARNING

Pin Pin Pon Pon ||
Serius pelik ni, sebenarnya Nuffnang ni bagi buffered earning berdasarkan apa? Orang kata kena la rajin post entry, blog kena bernyawa.. Entry kena power.. traffic kena tinggi mencanakkkkk dan macam2 lagi la.. Apa yang berlaku pada blog saya, saya sendiri pun tak tahu..


Traffic suam2 kuku, update sekali sebulan... Tapi Alhamdulillah, rezeki tu ada je.. masa rajin update dulu.. 1 je BE yang saya dapat.. tapi sekarang bila malas2 ni, lebih daripada 10 dah singgah.. Sekarang pun masih ada 3 BE yang still running kat blog ni.. Syukur sangat-sangat.. Walaupun saya bz menuntut ilmu, rezeki kat sini masih tak putus-putus..

Kadang-kadang rasa macam Nuffnang sedang berusaha memujuk saya kembali berblogging.. Huhu.. Serius, bila dah lama tak menulis ni, idea kering.. Memang banyak benda yang berlaku dalam hidup saya, tapi entah la.. Rasa macam tak penting nak diceritakan.. Yelah, siapa la kita ni.. Bukan blogger popular.. 

Dengan rasa rendah hati juga, nak berterima kasih kepada yang sudi follow blog saya, dan 1003 orang rupanya.. Dah lama sebenarnya follower saya 900 lebih je.. Ambil masa setahun juga la nak dapat 1000 tu.. tak macam orang lain, sehari pun boleh dapat 100.. Hehe, xpelah.. Tujuan nak menulis kat sini, bukan sebab nak popular.. Sekadar mengisi masa terluang, di samping mencari duit lebih, walaupun belum boleh cashout lagi.. Haha..


Ulat Sayur Boleh Makan La....

Harap maaf, gambar ulat sayur tak dapat disiarkan kerana penulis sangat geli dengan ulat.. T_T

Short entry for today... (amboi speaking..hehe)


Ok lah.. simple je ni.. orang cakap ulat sayur kita boleh makan.. Kalau betullah boleh makan kan.. Kite tengok 1 kes ni je..

Kajian Kes (Wah, macam assignment dah ni.. hehe) :

Salina (bukan nama sebenar) sedang makan nasi di gerai makan, lauknya kangkung goreng belacan.. Sedap-sedap mengunyah dan hampir licin makanannya, baru Salina perasan dalam sayur kangkung tu ada ulat.. Salina tersedak.. dan cakap kat member dia.. "Wei, ada ulat la dalam sayur ni.." dengan slumber member dia cakap, "Takpe la, ulat sayur kan boleh makan.."

Kalau korang jadi Salina, apa yang korang buat? Terus makan makanan tu sampai habis atau tolak tepi? Atau korang lari laju-laju pergi toilet dan muntahkan apa yang korang dah makan?

Kalau dah termakan atau tak tahu yang kita dah makan ulat tu, still ok la kan? Tapi kalau kita nampak ulat tu sekor2, takkan la kita still nak makan.. Betul takkk?


Ainismaira : Geli dengan ulat, macam mana la orang boleh makan ulat yang gemok2 tu.. Huhu T_T


Reminder : Final Exam (6/10/2011-14/10/2011)



Related Posts with Thumbnails