" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Review 2011 - Wedding & Engagement

Pin Pin Pon Pon ||
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Kawan2.. :)

Nampak macam awal je nak review ape yang berlaku sepanjang 2011 ni, tapi hari ni dah ada mood nak menulis, so tulis siap2.. :) Tahun ni banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya.. Bermula dari rumah, ke tempat belajar, dan banyak lagi la.. Kalau nak diceritakan, rasanya mau beratus entry.. (Tu la sape suruh tak update blog kan?padan muka) So, boleh dikatakan entry ni sebagai ringkasan kepada beratus2 entry yang tak berkesempatan saya buat dan post.. Ada yang dah buat sekerat jalan, tapi lupa nak post, entry jadi lapuk.. Hehe..


Tahun 2011 nak habis dah.. tinggal lagi berapa hari je.. Cam biasa, yang menjadi isu, umur.. Tahun depan kena biasakan diri dengan nombor 25.. Nak sebut tahun depan macam lama lagi, dipendekkan cerita, minggu depan la.. Waaa! Ok, angka bertambah 1.. Tak de dah 24.. Realiti bila umur2 macam ni, orang akan tanya, BILA NAK KAHWIN? BILA? Ntah la.. hehe.. Bulan Disember ni memang kalendar saya penuh dengan jemputan kahwin daripada rakan2 zaman sekolah.. Semua dah berumah tangga.. Yang bertunang pn ada.. (Yang tak jemput pun ada) Haha.. Tapi tak kisah.. Terima kasih pada yang jemput. Tahniah juta2 tahniah la.. Memang best tengok orang bertunang + Kahwin ni.. At the moment, confirm berangan macam kita berada di tempat dorang... :D

Tiap kenduri yang saya pergi orang dah tanya.. Bila pula giliran saya n kawan2 yang masih single.. Tuhan yang menentukan semua tu.. Ewah.. InsyaAllah sampai masanya ade la kan?? NAk jawab ape lagi, tunggu jela.. hehe.. Tahniah pada kawan2 saya yang kat bawah ni.. Jom tengok gambar kahwin dorang nak? Tak nak? Kena tengok jugak.. :P (Pic2 curi pada album kawan2.. hehe..jgn mrh ek kome2..) 

Majlis Farah Wahida 

Majlis Nasrin

Majlis Alis

Majlis Pertunangan Fasha

Majlis Munirah

Majlis Nadia Ismail

Majlis Nadia Kudus 
(yg ini tak ada gambar ngan pengantin sebab rushing ke kenduri lain plak..xsempat, so curi je pade tuan punya badan..heehe)

Ni semua majlis yang dari awal tahun sampai la bulan Disember ni.. Tapi yang ramai memang bulan 12 ni la.. Banyak lagi rasanya pergi kenduri, cuma tak ambil gambar.. n tak berkesempatan nak pergi.. Ape pun saya memang suke pergi kenduri ni, sebab akan dapat banyak cenderahati dari kawan2.. Benda tu yang best.. Hehe.. Suka kumpul sebenarnya.. Selain tu, makanan yang dihidangkan pun memang tersangatlah best.. Macam mana la orang tak cakap saya dah gemuk.. Bulan ni je nasi minyak banyak sangat dah dalam perut.. Hehe,,

Tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan2.. Saya, masih berjuang di UPSI (yang sedang PANAS sekarang ni).. Tipulah kalau cakap tak nak kahwin kan? Tapi, mungkin belum masanya.. ^_^ Cuma minta jodoh tu ada.. Sebab dah tak sabar dah.. Haha..(GATAL).. Mana idak nak cakap gatal? Hari2 bukak Google, search gambar orang kahwin.. Daripada baju, pelamin, bunga telur, kek, macam2 lagi.. Semua saya explore.. Almaklumlah.. Umur meningkat 25, memang waktu sesuai nak berkahwin.. Haha.. K lah.. Tata.. Selamat Tahun Baru :)










2 Kuntum Bunga:

iwan biz said...

Haa tak sabar nak kawin. Hee

iwan biz said...

Gatal.. Hehe

Related Posts with Thumbnails