" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Bukan Semua Polis Jahat

Pin Pin Pon Pon ||
Belia Benci Polis? Kenapa? Kata mereka polis ni tak guna, tak buat keje, kuat makan rasuah dan macam2 lagi.. Walaupun ayah saya bekas polis, terasa juga tempiasnya bila orang mengutuk polis.. kita kena ingat bukan semua polis jahat.. mungkin ada segelintir yang kurang bertanggungjawab.. tapi jangan la sampai label semua polis tu jahat..

Ingat laa, polis ni banyak berjasa pada kita.. Bayangkan kalau kat dunia ni tak de polis.. Mungkin polis kat negara kita bukan yang terbaik di dunia, tapi sekurang-kurangnya kenanglah sedikit jasa yang dorang pernah bagi.. Bukan mudah nak jadi polis.. Dan bukan mudah juga nak dapat jadi polis kan? Polis bukan profession terakhir yang boleh dipilih kalau pendidikan kita tak seberapa..

Saya akui polis sekarang tak macam dulu.. kadang2 saya sendiri takut bila terserempak dengan polis2 muda kat luar sana tu, pernah juga la dikacau polis.. yang tu tak tau la nak komen apa.. bukannya nak back up polis sebab ayah saya dulu kerja polis..

Tapi, kita memang mudah lupa kebaikan seseorang apabila kita nampak keburukannya.. Orang kata, kebanyakan budak-budak yang tak lepas SPM je yang mintak polis ni, sebab tu ramai yang bodoh-bodoh.. Tapi sedar tak? kita sebenarnya yang bodoh sebab tak apply polis.. dan hanya tahu mengutuk je sedangkan kita tak tau pun macam mana tugas polis tu sendiri.. kalau rasa polis sekarang tak bagus, kenapa tidak mulut-mulut yang mengata tu pergi minta jadi polis..

Sebab apa timbul isu macam tu? Sebab kebanyakan graduan Universiti hanya nak kerja yang sepadan dengan Ijazah or whatever yang dorang ada walaupun keputusan tak seberapa.. Bukan nak mengata, syarat kelayakan nak jadi polis pun rendah.. tak payah ada degree pun boleh mintak.. Tapi, andaikata syarat tu dinaikkan, ada ke yang nak minta jadi polis? semua tak nak jadi orang bawahan, bila dah tak dapat kerja baru terkial nak mintak polis, sebab cukup dengan degree kita dah boleh dapat jawatan Inspektor Polis..

Manusia.. hanya memandang pada pangkat.. Mulut hanya tahu berkata-kata.. Cuba la jadi polis.. Baru boleh nak mengata polis.. Masalah yang dibawa segelintir polis ni bukan sebab kerja dorang polis dan boleh buat sesuka hati.. Tapi tu masalah dengan diri mereka sendiri.. Jadi jangan la cakap 'polis' tak guna.. 

Guru yang bekerja sebagai pendidik pun ada segelintir darinya yang melakukan kesalahan.. Sebab apa nak jadi Cikgu? Sebab gaji tinggi.. Macam mana pula nak kata 'polis' sekarang jahat-jahat sebab belajar tak tinggi? Sedangkan Guru, Peguam, Doktor yang belajar tinggi pun ada yang jahat? Fikir-fikirkanlah.. Jahat atau baik seseorang tu bukan sebab ilmu yang diterima.. Tapi semuanya bermula dari dalam diri masing-masing.. Tiada manusia yang sempurna..


Related Posts with Thumbnails