" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Tangan Misteri Dalam Kuali

Pin Pin Pon Pon ||
Keh3.. tajuk macam cerita seram, panjang plak tak ingat... Ni bukan cerita hantu, tapi seram jugak bila difikirkan balik...



Pinjam pic dari Google :)


Pernah tak korang berada di situasi yang korang tengah memasak untuk kawan2 atau sesiapa saja, tetapi orang tu tengok je korang tengah masak?? Apa perasaan korang masa tu? Pada saya, memang agak tak selesa laaaa.. Sebab maklumlah, manusia ni suka mengkritik.. Apa yang diorang suka kritik sangat tu??

1.    “Eh, ko memang masak macam tu ek? Kalau aku, aku tak buat macam tu”
2.    “Kenapa ko tak buat mcm ni, kan senang sikit”
3.    “Ko jangan letak banyak kicap, aku tak suka hitam-hitam”
4.    “Eh, banyaknye ko letak”
5.    “Eh, sikit sangat tu, biar aku tambah lagi sikit”
6.   Last sekali, tak cakap ape2 tapi dengan pantas  tangannya mengambil sedikit makanan dalam kuali ketika api masih belum dipadam dan minyak sedang panassss...
                                                                                                                                                                                        
Hebat betul yang last tu.. tak takut ke melecur tangan tu? Tapi itu semua kisah benar tau.. Itulah tangan misteri tu.. Situasi tu memang agak mengejutkan saya yang sedang menggoreng ayam ketika itu, dan datang seorang rakan mencubit ayam yang sedang digoreng…. TERGAMAM DIRIKU DI DEPAN KUALI!!! Gila hebat diaaaaa!! Haha.. Tak tergambar dengan kata2 kemisterian tangannya ituuu.. Bayangkan minyak panas yang menggelegak dengan ayam goreng di dalamnya, pastu korang masukkan tangan dalam tu.. Yela, even just cubit ayam tu, benda tu still panas lagi.. Memang scary kawan saya tu.. Tabiat dia memang suka curi makanan dalam kuali/periuk time orang tengah masak...

Seriussss, annoying gila tau bila lebih banyak mulut yang komen, macam bagi tekanan jugak la pada kita yang berpeluh2 kat dapur tu… Rasa macam nak je cakap “Suka hati aku lah, aku yang tengah masak, kau diam boleh takkk??” Tapi kita pulak rasa macam kejam, nanti merajuk pula xde yang makan masakan kita tu.. Heheh!

Style memasak setiap orang berbeza-beza, selalunya kita akan ikut cara mak kita masak la kan, melainkan kita ni chef hebat.. Lagipun, kita datang dari negeri yang berbeza-beza.. Kalau dah sama, memang itu caranya, kalau lain pun janganlah suka sangat nak komen.. Yang penting rasanyaaa.. Betul tak? Kadang2 tak tau juga nak cakap, masing2 rasa diri tu hebat memasak tapi style mcm mana pun kalau rasa tak sedap tak guna juga mengkritik orang.. Sebab tu saya lebih suka memasak bila tak ada sesiapa kat rumah dan untuk saya makan sorang jek.. Haha!


Mood : Layan cerita korea "Rooftop Prince" .. Kelakar!

1 Kuntum Bunga:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Selalu gak kena dan selalu gak buat macam tu kat orang lain. Give and take lah. HAHA :D

Related Posts with Thumbnails