" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Gangguan sihir..

Alamak, agak2 masih sempat tak nak ucap selamat hari raya ni? Lama rasanya biarkan blog ini bersawang.. Sedih rasanya tengok.. Hehe..
Tiba2 hari ni teringat pasal blog ni.. So cepat2 la cari idea nak menulis apa.. Lama dah tak menulis, memang kekok, bebelan kita pun dah tak ada pembaca.. Tapi saya tahu masih ada yang datang blog ni, sebab Nuffnang tak henti2 bagi pendapatan pada sy.. Alhamdulillah.. So, di sedikit kesempatan yang ada ni, sy nak ucap selamat hari raya la.. Maaf zahir batin ye.. semoga kawan2 semua sihat, gembira selalu..

Waktu belajar memang kurang masa yang ada nak menulis, sekarang pula dah masuk minggu ke 11 semester 4, beberapa minggu je lagi nak final exam.. Waktu yang kritikal sbb banyak assigment nak submit.. Pape pun, ngah cuba mengawal stres yang mula mendatang dalam diri.. Berbaki 2 semester yang tinggal, lepas tu akan masuk ke alam pekerjaan dan insyaAllah alam rumah tangga.. Hehe.. 

Bercerita tentang jodoh.. berkait pula dengan gangguan sihir.. Orang kata namanya sihir pelalau.. sihirnya macam penutup jodoh.. Allah.. Sedih rasanya andai benar ini yang terjadi kepada diri.. Memang adik beradik saya belum ada yang berkahwin, mungkin itulah puncanya.. Siapa yang menghantar sihir kepada kami? Allah Maha Mengetahui.. Yang pasti bila berkaitan sihir ni, tak lain tak bukan kerana hasad dengki.. Kami redha.. Apapun saya akan berusaha untuk pergi berubat andai benarlah seperti apa yang dikata oleh seorang Pengamal Perubatan Islam yang saya hubungi..

Sedih, siapa tak sedih bila tahu satu keluarga menjadi mangsa hasad dengki manusia... Keluarga kami tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, bahkan semua dilayan dengan baik, apa punca sebenar saya pun tak tahu.. Sekitar tahun 2001 kejadian yang menimpa ayah amat mengejutkan ahli keluarga.. Bila dapat tahu ayah dibuat orang.. Macam2 yang jadi.. Semua sebab dengki manusia, tak mungkin secara kebetulan.. Sebab masa kejadian tu, ayah sepatutnya menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat.. Saya yakin, orang yang 'buat' ayah saya, memang dengkikan keluarga kami..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang dilakukan oleh insan terbabit... Walaupun kisahnya berlanjutan sehingga hari ini, kami sendiri tak pasti sama ada orang yang sama atau berlainan... Saya sendiri tak tahu, bagaimana kami boleh disihir, melalui apa, bagaimana, apa caranya, sejak bila.. Memang kami tak tahu.. Memang sukar nak terima hakikat ni, patutlah segala urusan berkaitan jodoh susah nak menjadi.. Ada saja halangan yang dihadapi..

Semoga mereka yang masih mengamalkan amalan khurafat ni mendapat hidayah daripada Allah SWT supaya berubah menjadi lebih baik. Kami sedia memaafkan, tetapi mampukah Allah maafkan perbuatan kamu? Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka... Segeralah bertaubat...





Related Posts with Thumbnails