" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Refleks Pada Bayi

Pin Pin Pon Pon || ,




Semua bayi dilahirkan dengan refleks semulajadi, ada refleks yang akan kekal, ada juga yang akan hilang apabila bayi semakin membesar. So, nak tahu apa refleks2 bayi ni? Buat pengetahuan semua yang bakal menjadi ibu, yang dah pun jadi ibu, tapi masih tertanya2 kenapa bayi suka buat tu, kenapa bayi suka buat ni.. Ni jawapannya ye.. :D Kat sini saya senaraikan 9 refleks asas yang ada pada bayi.. :)


Blinking Reflex
1. Mengelipkan Mata (Blinking)
- Bayi akan automatik kelipkan mata apabila cahaya lampu atau angin mengenai mata bayi. Tak caya, cuba tiup.. hehe.. kita pun kalau kena cahaya atau angin pun akan kelipkan mata kan.. Refleks ni akan kekal, tu yg saya cakap kita pun akan buat perkara yang same.. :)


Babinski Reflex

2. Babinski
- Cuba usap tapak kaki bayi, lepas tu tengok respon bayi tu, korang akan nampak kejap-kejap jari kaki die akan keluar dan bayi tu akan memusingkan kaki ke dalam. Lebih kurang macam dia geli la, so dah tau nama, lepas ni sebut la babinski, mesti sume tercengang.. :P


Grasping Reflex

3. Grasping (Menggenggam)
- Yang paling mudah kita nak kenal pasti ialah refleks menggenggam. Contohnya, kalau kita letak jari atau sesuatu objek pada tangan bayi, bayi akan genggam kuat jari kita atau objek tu kan.. Tu la namanya grasping reflex.. Tapi, refleks ni akan hilang selepas 9 bulan hingga 1 tahun. sebab tu la, bayi yang dah besar sikit tak de dah menggenggam kuat sangat.


Moro Reflex

4. Refleks Moro
- Refleks moro ni macam refleks terkejut maksudnya. Contoh bila bayi dengar bunyi kuat atau benda jatuh. Bayi ni akan terkejut, macam mengejang badannye.. Kepala bayi akan digerakkan ke belakang, lengan dan kaki bayi akan terbuka.. Macam terkejut la kan, tapi sekejap je, refleks ni akan hilang selepas usia bayi 3 hingga 4 bulan.



5. Refleks Rooting (mencari punca/arah)
- Contohnya apabila pipi bayi diusap atau bahagian sebelah mulut bayi disentuh, bayi akan memusingkan kepala, membuka mulut untuk menghisap... So kalau nak detect bayi tu lapar, try sentuh pipi bayi tu dulu, kalau bayi tu bagi respon maknanya ngah lapar la tu.. refleks  ni pun akan hilang selepas 3 hingga 4 bulan.



6. Refleks Stepping (melangkah/menapak)
- Refleks ni dapat dilihat masa kita dukung bayi dalam keadaan bayi tu berdiri,, Lepas tu kite rendahkan kaki bayi tu ke lantai, bayi akan bertindak balas seperti menggerakkan kakinya utk berjalan. Refleks ini juga akan hilang selepas 3 hingga 4 bulan.


Sucking Reflex

7. Refleks Sucking (menghisap)
- Apabila kita masukkan objek ke dalam mulut bayi, bayi akan automatik menghisap objek tersebut. Cuba try, kadang-kadang bila kita letak jari kita kat mulut bayi pun dia akan hisap kan.. Refleks ni pun akan hilang selepas 3 hingga 4 bulan.


Swimming Reflex

8. Refleks berenang
- Apabila bayi diletakkan dalam kedudukan meniarap di dalam air, mereka akan bertindak balas seperti membuat pergerakan renang. Bayi memang ada refleks ni, kalau ingt contoh yang Dr Syeikh Muszaphar ajar anak dia berenang tu, sesetengah orang anggap macam menyeksa budak, tapi sebenarnya bayi ni memang ada kemahiran tu cuma perlu diajar, jangan le campak hidup2 dalam air.. Tu memang kejam la.. huhu... Walau bagaimanapun refleks ni akan hilang selepas 6 hingga 7 bulan.


Tonic Neck Reflex

9. Refleks Tonic Neck
- Jika dibaringkan, bayi akan membentuk genggaman di kedua-dua belah tangannya.. tengok macam dalam gambar kat atas, sebelah tangan diluruskan dan kepala pun dipusingkan ke arah tangan yang lurus tu.. Refleks ni akan hilang selepas 2 bulan...

Sekian la, serba sedikit info pasal bayi.. Kalau ada kesalahan mengenai info-info ni, harap ada yang sudi betulkan.. Sesungguhnya saya masih di peringkat pembelajaran.. Harap ada info yang disampaikan di sini berguna untuk rujukan kawan2 semua :)




0 Kuntum Bunga:

Related Posts with Thumbnails