" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Bila saya mula bertudung...


Entry ni bukanlah berniat apa-apa, cuma nak berkongsi macam mana berlakunya perubahan dalam diri ni, perubahan yang sedikit demi sedikit, namun memberi kesan sepanjang hidup..



Bila saya mula bertudung....

Tadika
Masa umur 6 tahun, sebabnya masa tu masuk Tadika Islam.. sekitar tahun 1993 kot.. tapi sekejap jela bertudung, sebab berhenti tadika.. (Mangsa buli ni.. hehe)

Sekolah Rendah
Masa darjah 1 sampai darjah 3, bertudung hanya masa bulan puasa. Sebab sekolah wajibkan macam tu. Tapi selalu terbabas jugak, sebelum rehat je bertudung, lepas rehat tudung melayang, biasa la budak-budak. Kadang-kadang bukan bulan puasa pun ada jugak bertudung, tapi bila waktu Pendidikan Jasmani mesti bukak, sbb di fikiran susah nak bersukan pakai tudung. Masa tu memang tak ramai budak-budak sekolah yang bertudung, boleh kira yang bertudung ni. Tengok budak sekolah menengah pun macam tu, banyak yang free hair. 

Masa darjah 4 plak, seingat saya memang tak pernah bertudung ke sekolah. Pernah juga kena tegur dengan pengawas sebab saya jenis tak suka ikat rambut.. Huhu.. Lebih suka lepas rambut ni.. Pernah juga masa bulan puasa pun tak bertudung, ada cikgu lelaki tegur kenapa tak pakai tudung, tengok kawan comel je pakai tudung. Masa tu memang malu jugak rasa, tapi budak-budak ni kejap je ade perasaan tu. Pernah juga ditegur ustazah, kenapa tak bertudung, dia minta semua orang hormat bulan puasa. Huhu, malu-malu.

Bila masuk darjah 5, tahun 1998 hari pertama sekolah memang dah bulan puasa, jadi saya cakap kat mak, nak pakai tudung. So, pergilah sekolah pakai tudung, sampai sekolah je memang ramai kawan-kawan dah bertudung, so tak rasa janggal sangat la. Tapi belum istiqamah lagi tu, sebab bila datang sekolah petang untuk aktiviti sukan masa pergi tu memang pakai tudung, tapi bila dah start nak bersukan tengok kawan-kawan bukak tudung, saya pun tanpa segan silu bukak tudung. Bila balik rumah kena perli dengan mak, "Mana tudung? dah terbang ke?" Huhuhuu..

Tahun 1999, ni la tahun mula full bertudung, takde bukak-bukak dah.. Sukan ke, pendidikan jasmani ke, keluar ke pekan ke, memang bertudung. Agaknya sebab dah mula nak dewasa dan sedar dosa tu nak kena tanggung sendiri.. :) Tapi, walaupun bertudung masih lagi pakai baju lengan pendek. Yelah, tshirt sukan sekolah tu mana la ada yang lengan panjang. Kat rumah pun tak ada koleksi baju lengan panjang. Situasi ni berterusan, sampai lah ke sekolah menengah.

Sekolah Menengah
Tahun 2000 masuk tingkatan 1, memang teruja la sebab kain bertukar warna kan. Masa tu ramai yang dah bertudung, rasanya yang Islam semua dah bertudung kat sekolah. Bezanya singkat dan labuh je tudung. Saya masih lagi bertudung, tapi pakai t-shirt lengan pendek dan pakai tudung pun kadang-kadang tak pakai anak tudungnya, so rambut belah depan tu mesti la orang nampak kan. Lagipun masa tu, ramai yang macam tu. (Jenis suka ikut kawan). Bila dah masuk tingkatan 2, baru mula pakai t-shirt lengan panjang, pun ada ditegur kawan "Alim sekarang" .. Aduh, susah juga nak berubah kan? Bila dah pakai baju lengan panjang, lama kelamaan mula datang keselesaan menutup aurat. Tamat tingkatan 5, Alhamdulillah tudung dah jadi sebahagian diri ni..

Universiti
Tahun 2005 dapat plak masuk UiTM, masa ni dah mula berjinak-jinak pakai seluar jeans dan baju yg agak ketat. Walaupun baju tu lengan panjang, tapi ada yang singkat. Masa ni zaman kurus kering, pakai camna pun memang tak seksi la.. Punca jadi macam ni tak tau lah, agaknya sebab dah jauh pada family kot, berani sikit la agaknya.. 

Tak habis di UiTM, sy tukar bidang pengajian, masuk Kolej swasta, peh tempat ini memang sosial di tahap maksimum, maklumlah, kolej kat bandar, dekat ngan KL pulak.. Alhamdulillah la tak terjebak.. Teringat satu peristiwa di Kelas Al-Quran dan Hukum Tajwid (jgn main2 kat kolej pun ada tau kelas camni) Semua student wajib pergi kelas ni, tapi daripada 40 orang, cuma 4 orang yang hadir.. Hebat ke x? Nasib la nama saya ni Ustaz detect yang rajin datang.. Alhamdulillah la.. Sayangnya kelas tu tak bertahan lama, sebab student tak minat dengan kelas agama. Patutnya diteruskan, betul x..

Masa kelas ni, Ustaz pernah cerita pasal aurat. Tiba-tiba Ustaz panggil nama saya dan tanya "Awak rasa awak dah tutup aurat?" .. Terkebil-kebil nak jawab, "Belum, Ustaz" saya jawab macam tu. Ustaz tanya lagi, "Kenapa?".. Saya jawab, "Sebab tak pakai stokin ustaz," Ustaz senyum (hensem ustaz tu, kelakar lak tu, memang pakej lengkap, hehe) "Esok saya nak awak pakai kasut yang tutup kaki," Ustaz cakap camtu.. 

Nasib baik masa tu memang ada bawak satu kasut tertutup.. Esoknya terus pakai dengan confidentnya.. Tapi terlupa, kasut tu tak boleh dipakai selalu, akhirnya rosak, kasut tu hadiah hari jadi pemberian kawan masa kat UiTM dulu.. Memang rasa agak sedih, tapi rasa gembira sedikit sebab dengan kasut tu la, saya mula pakai kasut tertutup bila ke kelas walaupun di waktu lain masih lagi pakai selipar yang nampak kaki ni. Huhu.. 

Tamat pengajian di Kolej, saya sambung pula di UPSI, universiti idaman dulu kala.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab di tempat ni, saya jumpa ramai kawan-kawan yang sangat baik. Baik dari segi pakaian juga dari segi tingkah laku.. Bila masuk UPSI, terasa macam di satu tempat yang lain. Kat sini ramai yang bertudung labuh, mungkin sebab ada kos Bahasa Arab, Pendidikan Islam. Tapi, bukan sekadar pelajar kos2 tu je, pelajar kos lain pun ada yang bertudung labuh. Mungkin Allah nak saya betul-betul berubah, bukan lagi nak main-main, jadi Allah hantar orang-orang yang baik untuk saya contohi. Niat nak ubah cara berpakaian memang dah lama ada, tapi persekitaran kadang-kadang tak membantu. Di tambah pula dengan hati dan iman yang tak kuat ni. Saya cuba berubah sedikit demi sedikit. Sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik. Hari demi hari, saya cuba labuhkan pakaian, labuhkan tudung, pakai stokin tangan dan lain-lain lagi. Mungkin belum cukup sempurna, tapi saya tetap akan cuba. Perjalanan saya nak berubah ni memang agak panjang, tapi saya bersyukur sebab saya tidak mudak terikut dengan contoh yang tidak elok. Semakin hari, makin selesa dengan penampilan, perubahan yang sedikit tapi berterusan insyaAllah akan berkekalan.

Semoga hati ini terus kuat untuk berubah jadi Muslimah yang terbaik :)




7 Kuntum Bunga:

Cik Ila said...

InsyaAllah.semoga diberi keikhlasan dlm hati kita. ;)

Ainismaira said...

mudah2an.. amin.. terima kasih :)

isti qamah said...

insyaAllah...^__^ Aamin..

isti qamah said...

Moga Dipermudahkan..Amin...

Ainismaira said...

Amin, syukran my fren :)

Isteri Khalifah Uthman said...

moga Allah redha. :)

Ainismaira said...

amin.. terima kasih :)

Related Posts with Thumbnails