" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Kurangkan Berat Badan : Diet ATKINS!

Nak share sesuatu, mungkin ada yang dah tau.. Mungkin ada yang belum, mungkin ada yang pernah cuba dan berjaya kan??

Dapat tau pasal DIET ATKINS ni tahun lepas daripada kakak saya.. Memang saya cuba.. Dan masa cuba tu memang terasa perubahan.. Masa kat kolej boleh la diet bagai ni, sebab boleh jimat duit belanja.. Tapi bila mula je cuti panjang kat rumah terus lupa, makan tak ingat dunia.. Bila badan dah terasa berat sekarang ni, mula la nak on balik diet ni.. Hehe.. Main2 je sy ni.. Tak cukup berdisiplin..  Jemput baca kat bawah, info diambil daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=27

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...! 

Original Piramid Makanan

Piramid Makanan Atkins

Tengok piramid makanan pun dah banyak bezanya... Yang jelas kat sini, kurangkan karbohidrat dan gula, tapi lebihkan protein.




Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah: 

1. Induction (permulaan dan pengenalan)
2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. 

Semasa 2 Minggu Induction: 

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. 


******************************************************** 

Boleh Makan: 

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun... 

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... 

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 



Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan! 

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.



Sekian saja la... Untuk maklumat lain, boleh tgk kat sini >>> http://diknun.blogspot.com/2010/09/diet-atkins.html




Pastikan anda mempunyai tahap disiplin yang tinggi masa buat induction tu ye.. Tapi lau rasa tak boleh tahan even hari pertama pun, better korang stop dan cuba la cara lain ye.. Sebab bukan semua orang boleh tahan kan bila tak boleh ambil karbohidrat, saranan saya cuba kurangkan dulu bila perut dah biasa baru boleh start induction.. Tapi pengalaman saya, bila dalam 2 hari dah mula tak makan nasik, memang perut ni tak nak nasik dah.. Hehe.. Gdluck :D


New Info : DIET MAYO

26 Kuntum Bunga:

fiqkbe said...

owh piramid dia mcm terbalik skit ngn piramid mknn yg biasa tu.

Ainismaira said...

a'ah.. sbb die makan byk protein n kurangkan karbohidrat.. :)

Fatin Jieha said...

hey nice entry! piramid makanan dia berbeza sikit kan? hihi. saya singgah dan follow sini. jom singgah dan follow blog saya kembali :D

http://cyntaaabadies7296.blogspot.com/2012/10/last-hang-out.html

Nasuha said...

sy jenis yang berat badan yang cpt naik..taktahu berat badab skrng berapa.

Ainismaira said...

@Fatin Jieha yup2.. lain skit.. :)
tq sudi singgah :)

Ainismaira said...

@Nasuha org ckp lau berat cepat naik ni metabolisme rendah, so kene naikkan bg tinggi2 lagi :)

sharifah munirah said...

Esok induction ON!

huda ain said...

Salam, Hye Kak Maira.
Kak Maira, bleh bg nmber Kak Maira tak? Sy ada nk tnya Kak Maira psl Diet Atkins ny, bleh ke Kak?

huda ain said...

Salam, Hye Kak Maira.
Kak Maira, bleh bg nmber Kak Maira tak? Sy ada nk tnya Kak Maira psl Diet Atkins ny, bleh ke Kak?

Ainismaira said...

@sharifah munirah gdluck dear :)

Ainismaira said...

@huda ain
Wslm dik, alamak mcm susah je nk bg no phone.. papehal nak tanye, bleh email kak eh.. ainismaira_87@yahoo.com.my insyaAllah kak reply, nk sng tweet saje :)

Ariff Yusof said...

Salam, just read ur blog..kalau saya ganti semua benda ni dgn susu soya je boleh x?sbb bila minum soya kan cepat kenyang..just asking

Ainismaira said...

@Ariff Yusof Wslm, kalau ambil soya je, dah xpanggil diet atkins :) tp lau perut bleh tahan dgn minum soya saja, why not cuba kan? :))

You and Me said...

salam..hi...erm sy nk tnya diet atkins ni mmg sgt berkesan ke? sy dh bnyk cuba mcm2 cara untuk turunkan berat bdan.. betul ke diet atkins betul2 berjaya??

Ainismaira said...

@You and Me wksalam.. sbnrnye jenis2 diet ni bgantung pada org.. ada yg cepat nampak kesan..ada yg tidak.. ada org sng kurus, sng juga naik badannya.. bgantung pada kandungan lemak dlm badan.. lemak yg dah jadi lemak tepu, mmg agak susah nak hilang.. stakat yg sy cuba, diet ni mmg ok.. cuma agak seksa pada mggu induction.. bila perut dah terbiasa, kita mmg xkan makan byk dah.. kdg2 makan sesudu dah kenyang.. mgkin awk blh cuba produk2 pelangsingan yg ada skrg, contoh cam Slimming Shape Plus + Eve Fiber.. :)

You and Me said...

sy klu blh taknk bergntung pd prduk plangsingan sbb klu stop amek tkut takleh kwl pmakann..sy mmg jnis lmak tpu agk ssh nk kurus..hri isnin sy nk start induction..harap2 bleh bertahan..

Ainismaira said...

@You and Me syg cdangkan kurangkan dulu portion makanan, utk bg perut biasa, jgn terus xambil nasi ape sume.. sebaiknya biasakan perut.. kurangkan sikit2.. takut perut tekejut nanti..huhu..

You and Me said...

Salam, hi sy dh try 2 hri tak mkn nsi..juz mkn lauk2 je n bnykkn mnum air ksong.. so far takde masalah kelaparan tahap melampau..erm, sy nk tnye klu mcm breakfast sy mkn nuget bleh ke?

Ainismaira said...

@You and Me wksalam.. boleh makan nuget. seeloknya nuget tempura, kalau nuget yg biase, awak jgn makan kulit dia..makan isi saja.. :)

You and Me said...

owh, ok... air milo tak letak gula mcmne??ok tak?

Ainismaira said...

@You and Me milo ni even kita xboh gula, dalam tu mmg dah ada gula.. so lebih baik minum air kosong ataupun teh .. air limau/lemon pn ok..

Rynn Erynn said...

Dah try diet ney about two weeks,da trun 5kg hehehe e, sbnarnya taon lpas da buat,dlm 8bulan puasa karbo n fast food,trun 20kg !!!!!! Now nk bg berat ideal lakk ;)

Rynn Erynn said...

Da try bout 2weeks,trun 5kg !! Sbnarnya taon lpas da buat dah,dlm 8bulan puasa karbo n fast food,trun 20kg !!! Skang da poses nk dpatkan berat ideal plakk ;)

Ainismaira said...

@Rynn Erynn wah.. bestnye.. msti sronok kan.. :)

Free Download said...

Diet Atkins adalah suatu yang terbaik, walaubagaimanapun perlu mengikut Panduan Diet Atkins utuk lebih berkesan

Herzie Syazwani said...

Hi, kalau makan fishball atau nuget boleh ke?

Related Posts with Thumbnails