" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Doa Untuk Gaza :'(

Bumi Gaza bergolak lagi, zionis makin menunjukkan kekejamannya.. Semoga Allah melindungi umat Islam di sana.. Allahuakbar.. :'( Hancurkanlah zionis!!



Sumber + Live Update (Facebook) :  Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)


This is a Dua by Mishary Rashid Al-Efasy for the people in Gaza.


Allah is sufficient for us.
He is the best disposer of affairs
Oh magnificent, oh honored one
Save the Muslims of Gaza

Oh Allah!!!
Oh Allah, be for them a guardian and helper

Our Lord, strong are those who are near to you
Glorious is your praise
And sanctified are your names

Oh Allah no one can abolish your command

And no one can defeat your army
Praise and glory to you

Oh Allah to you the Jews are evil doers
Oh Allah revealer of the book

Mover of the clouds
Defeater of the armies
Crush them down and shatter them

Oh Allah show us in them signs of your might

Murderers of the messengers and prophets
Tyrants of the innocents

Oh Allah free the Muslims of Gaza
Oh magnificent, oh honored one
Oh Allah loose their chains

Heal their sickness
And uncover their torture

Oh Allah replace their fear with safety
Oh magnificent, oh honored one
Oh Allah strengthen Islam and the muslimeen

Lower and shirk and mushrikeen
Destroy the enemies of the religion
And protect the territories of Islam
And unite the word of the Muslims in truth, oh lord of the worlds

Oh Allah saves the weak and powerless of the muslimeen everywhere
Oh Allah improve the situation of the muslimeen in Palestine, Iraq Afghanistan and everywhere
Oh Allah bring together their hearts

Guide them on the paths of pace
And lead them from darkness into light, Oh magnificent, oh honored one



Source : http://www.heyetnet.org/eng/culture-a-literature/3765-dua-for-gaza-palestine-.html





Perempuan Minat Bola.. Apa Salahnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... :)

Korang peminat bola sepak ke? Saya pun minat jugak.. Tapi bukan di tahap fanatik.. Zaman sekolah dulu selalu layan bola sepak Piala Malaysia.. Team faveret mestilah Perak.. Pernah sekali tu, masa tahun 1998 kot tak silap.. Perak menang Piala Malaysia.. So dorang pusing satu Perak tayang Piala.. Pengalaman tu best sangat.. Dapat tengok player Perak depan mata.. Beria-ia bawa kamera nak ambil gambar sekali kodak (filem) dah habis.. Tu lah masalah kamera zaman dulu, sekarang ni boleh ambil gambar banyak-banyak selagi  bateri kamera tu masih ada kan.. Tak ada kamera, handphone pun ada.. Hehe..

Final Piala Malaysia masa tu negeri Perak bertemu Terengganu.. Lain-lain cerita saya tak ingat sangat, senarai pemain pun tak berapa nak ingat. Cuma ingat beberapa nama je, macam Azrul Amri Borhan, sebab kampung dia dekat ngan tempat tinggal saya...Hehe... Bila dah masuk sekolah menengah macam tu, barulah ingat sikit-sikit nama player antaranya Khalid Jamlus, Ahmad Shahrul Azhar, Indra Putra Mahayuddin.

Orang kata, perempuan yang minat bola ni selalunya dia minat pemainnya je... Contoh yang hensem2.. Biasa lah tu kan, lau ada rupa mesti orang suka.. Tapi tak kurang jugak minat sebab player tu memang hebat.. Zaman sekolah memang rajin layan bola, ikut kakak, dorang suka jugak layan EPL (yeke), hobi kitorg memang tengok bola tengah2 malam, cari player yang hensem2.. Masa tu zaman David Beckham, Michael Owen laaa.. Berebut-rebut dengan kakak.. Dah lama-lama tu kakak masuk U, jarang saya layan bola.. 

Sampailah bila team Malaysia (Harimau Malaya) bangkit.. Masa tu semangat jugak tengok bola.. Tapi takde dah nak cari player yang hensem2, sebab dah dewasa agaknya.. Hehe.. Sebenarnya, kalau sorang perempuan tu dikatakan minat bola sebab player, dalam diri dia mesti ada jugak semangat menyokong yang kuat terhadap team yang dia suka.. Mungkinlah faktor player tu menyebabkan perempuan minat bola, tapi bila dah selalu tengok match, mesti lama kelamaan akan jadi peminat tegar jugak.. Kan.. Kalau minat team negeri sendiri atau negara sendiri tu memang tak de salahnya la kan.. Tapi kalau yang jenis minat team luar ni, mesti ada sebabnya..

1st, maybe sebab pakwe dia yang ajar, kena minat team ni, kena sokong team ni.. Sebab perempuan ni selalunya suka nak minat ape yang pakwe dia minat... Ada perempuan yang jenis minat, memang dia minat sungguh2, semua player dia kenal, siap hafal no jersi, dan sebagainya.. Tapi pada saya perempuan yang minat bola lebih bagus daripada lelaki yang tak minat bola.. Ye tak.. Sebab selalunya lelaki yang orang kata kaki bangku ni, mesti kena ejek kan.. Sebab bola sepak ni macam permainan utama bagi lelaki, sejak kecil lagi kan.. Kadang2 ada yang label lelaki kaki bangku ni "pondan".. Tapi tak baiklah kan.. sebab bukannya wajib bermain bola ni.. 




Indahnya Alam Ciptaan Allah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Agak-agak korang ada tak hobi yang korang tak sedar? Hobi saya yang tanpa disedari ialah, suka tangkap gambar awan/langit. Dulu masa kecik suka tengok awan, tambah-tambah awan ni kan pelbagai bentuk. Kadang-kadang bentuk macam orang, ikan, kucing dan macam-macam lagi la.. Bila dah besar ni pun masih lagi suka tengok langit dan awan, sebab warnanya tenang kan.. So kat sini, nak la kongsi sikit gambar awan yang saya pernah tangkap.. Sebab guna handphone je tangkap, so kualiti biase-biase je la.. :p Selain tu, memang saya suka ambil gambar sekeliling saya, macam pokok, bunga, dan ape2 je la yang saya jumpa.. So kat sini, nak share la beberapa gambar, tak banyak sikit je.. Kat sini semua gambar awan, langit, matahari terbit, bulan.. Hehe :) Lain kali share pic lain plak ye :)




Awan pertama saya tangkap masa kat UPSI, ni view dari Kolej Ungku Omar (KUO lama)


Awan yang membawak hujan ni, hehe.. View dari Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), UPSI..



Ni pun view dari KHAR, niat di hati nak tangkap gunung nun jauh tu, dah macam gunung berapi tengoknye sebab ada awan kat atas gunung tu.. Seram gak kadang-kadang.. Hehe..


Gambar ni pun amik dari KHAR, katil saya tepi tingkap, memang hari-hari layan awan.. Awan ni nampak smooth je.. So, snap la 1.. :)


Matahari terbit dari belakang Kolej Ungku Omar UPSI, hehe.. Untung kalau bangun pagi-pagi, dapat tengok matahari terbit.. Tak payah nak naik atas bukit bagai :p



Pic ni ambil masa join 1M4U kat KLCC, nasib la langit cerah dan awan cantik je hari tu.. Dapat la hilangkan penat membuang masa kat sane.. Huhu..


Hee.. gambar bulan penuh.. Ni guna handphone adik saya, sebab guna hp saya nampak satu bulatan cahaya je, sedih.. Takde kemera mahal kan.. Tapi ni kire ok la.. Nampak jugak sikit pokok mangga mak.. Hehe...



Dan gambar yang paling saya suka, tak sangka, terharu, kagum dan seangkatan dengannya.. Gambar kat bawah ni.. Mula-mula saje2 ambil gambar awan kan, tapi bila tengok balik.. Subhanallah.. Allah saja yang tahu ape perasaan yang saya tak boleh nak gambarkan.. Selama ni kita selalu tengok orang post gambar macam ni, macam-macam bentuk. Tapi kalimahnya sama.. Pic ni saya ambil dari rumah kakak saya kat Shah Alam.. Allah.. Gembira sangat dapat ambil gambar ni..


Perhati betul-betul, korang nampak tak.. Awan tu membentuk kalimah Allah.. Mungkin saya terlambat sikit je ambil gambar ni, sebab awan ni nampak macam dah kembang sikit.. Dah nak hilang.. Lepas dapat ambil beberapa keping, nak ambil lagi dah hilang dah awan tu.. Syukur dapat jugak tengok walau sekejap.. BEST!







Resepi Nasi Goreng Kampung Pasti Sedap


Antara menu paling mudah dan popular yang orang salu order kat kedai makan, sebab susah kita nak jumpa nasi goreng kampung yang tak sedap kat kedai makan.. Tapi saya penah jumpa.. Bukan tak sedap sangat pon, boleh makan lagi, tapi tersangat la sedih dan sayu memandangnya.. Nasinya kosong warna agak oren pudar dan hanya ada sedikit taburan ikan bilis.. Lain-lain memang takde.. Sangat sedih.. Tp dah orang belikan, makan la jugak..

Kali kedua jumpa nasi goreng kampung yang menyedihkan, yang ni walaupun meriah dengan macam-macam bahan, tapi kondisi nasinya tersangatlah menyedihkan.. Hehe.. Tak boleh nak panggil nasi goreng kampung, tapi lebih kepada bubur nasik goreng kampung.. Sebab nasinya lembik tahap bubur kanji.. Wawawa, sedih masa makan..

Bila lapar tengah malam, ni lah menu yang saya masak.. Rasa? Sedap la pada dua nasi goreng kampung yang pernah saya makan tu.. Hehe.. Tapi kalau orang makan dan minta kita buat lagi, mesti la sedap ye x.. Haha.. (Perasan).. Oklah, resepi ni saya minta dari someone, lepas makan nasik goreng yang dia masak.. Dia masak memang sedap.. 


Nasi Goreng Kampung Pasti Sedap :p


Bahan-bahan :
(Boleh makan untuk 6 orang bergantung pada perut masing2.. Hehe)
Segenggam ikan bilis (Separuh tumbuk, separuh goreng garing)
8 tangkai cili padi
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Ayam/daging
Sayur kangkung/kacang panjang/sayur campur/sayur kobis/lobak merah
Nasi putih
Telur
Garam dan perasa tambahan

Cara-caranya :
1. Tumbuk ikan bilis, cili padi, bawang putih, bawang merah.
2. Goreng ikan bilis yang digaul dengan sedikit tepung gandum/tepung goreng ayam segera, kalau guna tepung gandum, campur jugak sikit aji no moto, sape xmakan aji, xpayah la ok :D
3. Tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk sampai naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan 2 sudu kecil garam, dan setengah sudu kecil aji no moto (guna sudu KFC tu hehe)
5. Masukkan ayam atau daging, atau apa2 je bahan basah yang korang suka..
6. Masukkan sedikit air.
7. Masukkan sayur, bergantung kepada sayur yang kita guna, kalau sayur kangkung masukkan bile dah nak angkat nanti, sebab kangkung cepat masak..
8. Masukkan Telur
9. Masukkan nasi dan gaul sampai la rata..
10. Kemudian taburkan ikan bilis yang sudah digoreng..
11. Sedia dihidang.

Nota : Telur boleh jugak dibuat mata kerbau.. Ikut selera masing-masing.. Kalau suka pedas, banyakkan cili padi tu.. Tips nak lagi sedap guna minyak bekas goreng ayam/ikan.. Tapi nasik akan jadi sedikit kuning la, sebab bekas kunyit kan..

Saya tak pandai tulis resepi, tapi korang2 yang pandai masak mesti tau kan camne.. Hehe.. Ni resepi orang, saya ikut, saya buat, saya makan, rasa sedap, saya kongsi.. :D Bahan-bahan tu belasah je ikut yang ada dalam peti ais la, kadang-kadang macam-macam saya letak, kacang botol la, sosej la, hehe.. Yang penting rasa tu same je :D



p/s : Tujuan letak resepi ni supaya adik saya yang dua orang tu boleh la belajar masak sendiri bila saya dah tak de nanti.. :p





PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA AMBILAN FEBRUARI SESI 2012/2013 (UPSI)

Perhatian kepada sesiapa yang berminat mencuba nasib untuk menjadi Anak Kandung Suluh Budiman, berita baik untuk permohonan kemasukan program Ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dibuka.. Bermula hari ni, 

12 November 2012 
selepas jam 12:00 PM 
sehingga
26 November 2012 
jam 12:00 AM sahaja ye.. 

Jadi, cepat2 sape yang berminat.. :D


Berikut merupakan kursus-kursus yang ditawarkan secara SEPENUH MASA :)





Untuk detail lain, nak isi borang ke, cara nak beli no ID Bitara ke... boleh la masuk ke web ini >>> IMS ..




Teruskan Menulis Walaupun Kita Rasa Tak Ada Orang Berminat Nak Baca Entry Kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Google

Ok, kali ni tajuk entry paling panjang di tahun 2012 ni.. Hehe.. "Teruskan Menulis Walaupun Kita Rasa Tak Ada Orang Berminat Nak Baca Entry Kita" Itulah topik yang akan kita bincangkan atau saya akan kupas dalam isu hari ni.. Hehe.. Tiba-tiba terasa nak menulis hari ni pasal benda ni, sebab hari tu ada berborak dengan kawan, dia macam sedih katanya tak ada orang datang blog dia.. Jangan sedih-sedih.. Mesti ada orang datang punya percayalah.. Jangan putus asa menulis.. Ada yang kata blog ni macam diary, nak meluah isi hati.. Ada pembaca ni memang dia suka baca luahan hati orang.. Ada.. maybe dia silent reader je kan.. Tak ada orang komen entry kita, tak semestinya tak ada orang baca.. Bila orang datang blog kita, automatik dia akan baca jugak entry kita walau sikit.. Kalau dia tak baca, memang die berlagak punya orang.. Hehe..

Sebenarnya kena ingat balik, apa yang menyebabkan kita nak ada blog?

1. Ikut kawan
Semua kawan cerita pasal blog, blogger tu, blogger ni, so kita pun nak jugak la ada blog..

2. Nak kumpul duit
Tengok orang lain dapat duit dengan blog, so kita pun buat blog ni sebab nak dapat duit la..

3. Nak popular
Sekarang lau kita tengok ramai blogger jadi popular kan.. Sampai tahap selebriti a.k.a artis dah.. Kita pun nak popular jugak...

Tapi kadang-kadang kita tak sedar, semua tu yang menyebabkan kita mudah rasa kecewa. Bila terlalu kejar duit, kita akan kecewa bila tengok Nuffnang punya earning 0 je.. Tu yang jadi pergi merayu-rayu orang klik iklan kita. 

Bila terlalu nak popular, kita akan kecewa bila tak ada orang minat dengan blog kita.. Saya percaya, blogger2 yang popular tu semua pun tak sangka dorang akan popular. Sebab banyak saya tengok dalam tv mesti dorang jawab, dorang bermula menulis kat blog ni sekadar suka-suka, nak berkongsi dan sebagainya, tak de pun cakap memang nak popular.. So niat kita kenalah betul.. Bila nak asyik popular, kita jadi nak berlumba-lumba kumpul follower banyak-banyak.. Sampai paksa-paksa orang follow blog kita.. 

Pada saya, biarlah kita ada identiti sendiri.. Bina hubungan baik sesama blogger.. Saya pun dah lama sangat tak jenguk-jenguk kawan-kawan kat blog ni.. Tapi saya ingat semuanya kawan-kawan yang selalu aktif datang blog saya ni.. Cuma kadang-kadang tak ada masa je nak jalan-jalan.. Jadi saya cuma ambil inisiatif nak terus menulis.. Tapi tak banyak saya nak bercerita pasal diri saya sendiri.. Selalunya saya akan kongsi apa-apa info yang saya dapat, kongsi pengetahuan, kongsi pendapat..

Saya tak menyesal jugak buat beberapa tutorial yang ada dalam blog ni, sebab dari situ saya tahu ramai orang datang blog saya. Satu masa dulu saya pernah menulis entry pasal Quilling.. Masa tu memang tak berapa nak popular pun Quilling ni kat Malaysia.. Tapi baru-baru ni ada keluar tv pasal mereka yang bergiat dalam seni Quilling ni, tak semena-mena ramai lak orang search pasal Quilling, dan ada juga yang datang ke blog saya.. Padahal benda tu dah lama saya tulis.. 

Kesimpulannya, jangan sedih bila tak ada yang datang blog kita hari ni, insyaAllah hari-hari mendatang akan ada orang yang datang.. Semua orang bermula dengan 0.. Cari bahan-bahan menarik untuk dikongsi di blog.. Tak popular tak apa, sebab kita bukan artis.. Bila orang dapat ilmu yang baik daripada blog kita, insyaAllah ada ganjaran yang baik menanti kita suatu hari nanti.. Cayolah cakap den ni ha.. Hee..

Sekian, wassalam...


Kalau korang baik hati bolehlah melawat blog kawan-kawan saya ni.. :) Sudi2kanlah ye :)




Men From Mars, Woman From Venus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Selamat Pagi.. Harap hari ni semua orang sihat-sihat aje.. :) Dari malam tadi fikir idea ape nak berceloteh.. Dah lama tak melalut kat sini.. Tiba-tiba minggu ni rajin nak menulis.. Topik kita pada pagi ni ialah, PEREMPUAN vs LELAKI. (tersangatlah skemanye)




Selalu kita dengar ayat ni "Men Are from Mars, Woman Are from Venus" dan kalau tak silap ada satu buku yang tajuknya macam ni.. Nama penulisnya John Gray.. Saya tak pernah baca pun buku tu.. So malas la nak cari maksud ni.. Yang saya boleh fahamkan, macam dua-dua makhluk ni susah nak difahami, lagi-lagi lelaki.. Masing-masing ada cara sendiri..Hehe.. Bagi lelaki perempuan ni susah nak difahami, bagi perempuan lelaki yg susah difahami.

Tapi saya tak nafikan, lelaki ni sebenarnya sangat simple orangnya berbanding perempuan yang sangat complicated. Saya yang perempuan ni pun kadang-kadang pelik tengok perempuan sekarang.. Huhuhu.. Ada masa saya pun pelik dengan perangai sendiri.. Hehe.. Tapi sedikit sebanyak adalah beberapa perkara yang saya dah faham pasal lelaki. Ni bukan baca kat mana-mana tau, berdasarkan pengalaman sendiri.

Pada firasat saya, lelaki ni kalau dia tanya soalan, dia nak jawapan yang tepat dan padat dan kalau boleh jawab macam nak jawab esei time exam. 350 patah perkataan. :p Perempuan pulak jenis malas nak menjawab soalan yang terlalu banyak yang bagi dia terlalu remeh dan tak payah tanya pun tak ape.. Tapi lelaki ni dia ada sifat ingin tahu yang sangat tinggi, jadi dia tanya tanya tanya dan tanya lagi.. Contoh la saya bagi kat bawah ni.. Jenis soalan, dan jawapan yang selalu diberi juga jawapan yang diharapkan atau sepatutnya diberi.. (ape da membebel..)

Lelaki tanya Perempuan jawab
Lelaki : Awak makan apa hari ni?
Perempuan : Makan nasik la.
Lelaki : Nasik je? Takde lauk?
Perempuan : Lauk ayam goreng.
Lelaki : Tu je?
Perempuan : Ada la sayur sikit.

Perempuan tanya Lelaki jawab
Perempuan : Awak makan apa hari ni?
Lelaki : Saya makan nasik lauk ayam goreng dan sayur kobis.

Err.. nampak tak beza antara dua makhluk ni? Saya tak boleh nak kata benda ni tepat, sebab benda ni jadi kat saya je. Tapi saya rasa ada jugak kot yang kena macam ni. Lelaki ni dia nak jawapan spesifik setiap soalan yang dia ajukan. Kalau korang jenis yang tak suka disoal banyak-banyak soalan macam saya, elok la korang ikut contoh 2 tu.. Bila orang tanya, jawab complete, macam exam, jawab penuh-penuh dapat markah full.. Kalau contoh 1 tu, dapat 1 markah je.. Hehe..

Situasi seterusnya lebih kepada ayat yang kita luahkan.. Lelaki mana faham ayat berbunga-bunga yang perempuan selalu guna, ayat kiasan, ayat berlapik.. Idoknye deme paham.. Pasei ape, sebab dorang malas nak berfikir. Dorang lebih suka perempuan ni berterus terang je. Senang dorang paham.. Jadi dengan lelaki, tak payah la nak berkias-kias ek.. Contoh cam kat bawah ni..

Lelaki : Awak makan apa hari ni?
Perempuan : Saya tak makan pun lagi.
Lelaki : Kenapa tak makan?
Perempuan : Tak de kawan. Malas nak pergi makan sorang2.
Lelaki : Kawan2 pergi mana?
Perempuan : ...... Hmm, tak tau!

Sebenarnya perempuan tu cakap macam tu dengan harapan lelaki tu akan datang teman dia makan. Haha.. Walaupun jauh kan.. Kadang-kadang perempuan nak dengar ayat macam ni.... Even dia tau lelaki tu tak boleh datang nak teman dia makan.

Lelaki : Ala kesiannya awak, jom saya teman awak makan..
Perempuan : (Meloncat-loncat)

Yang selalu buat perempuan ni makan hati ni sebab ni la.. Perempuan suka berkias, lelaki plak tak pandai nak jaga hati sebab tak faham kiasan perempuan ni.. Hehe.. Nasib la dapat pasangan camtu.. Lagi satu yang saya nak gtau kat sini, walaupun perempuan suka bercerita pasal kawan-kawan dia pada pasangan dia (pakwe/tunang/suami), tapi sebenarnya dia tak suka bila pasangan dia tu banyak tanya lebih-lebih pasal kawan (perempuan) dia tu.. Perempuan paling takut pasangan dia jatuh cinta kat kawan dia.. Haaa.. So, laki, xyah la nak tanye2 pasal kawan2 awek/isteri kamu ye...

Tu jelah nak share.. Nanti tulis panjang2 pun tak de orang bace, penat je.. Hehe.. Ok, thanks coz baca sampai habis.. Siapa rajin boleh bagi komen/pandangan pasal hal ni.. Tapi, jangan gaduh.. Sabar.. Kita bincang :D Bukan niat nak kondem mane-mane pihak.. Sekadar nak berkongsi pendapat.. Andai salah, betulkan saya.. :) Tata :D





Hydrosephalus - Hidrosefalus - Kepala Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hari ni saya nak share sedikit tentang tugasan/assignment yang saya pernah buat untuk subjek Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak Yang Berkualiti masa Semester 3 kat UPSI. Student di minta mengulas tentang apa-apa keratan akhbar yang berkaitan dengan kanak-kanak. So saya pilih satu artikel yang bertajuk "Saiz Kepala Membesar" (Harian Metro). Kisahnya tentang seorang bayi lelaki berusia 13 bulan yang menderita penyakit "Kepala Berair" atau "Hydrosephalus".

Apa maksud Hydrosephalus? Hidrosefalus? Kepala Air? Tiga terms tu membawa maksud yang sama. Bila sebut pasal hydrosephalus ni mungkin ramai yang tak tahu penyakit apa. Tapi bila kita lihat gambar atau lihat penghidap penyakit tu sendiri barulah kita tahu. Saya pun masa buat tugasan ni barulah saya tahu nama sebenar penyakit ni, selalu saya akan sebut penyakit kepala besar. Pada yang tak tahu, boleh la tengok gambar ok... So kat sini saya share la sedikit sebanyak rumusan pasal penyakit ini. Mungkin boleh jadi rujukan kepada siapa-siapa yang akan mengkaji penyakit ni satu hari nanti :)


Hydrosephalus berasal daripada dua perkataan iaitu “hydro” yang bererti air dan “cephalus” yang bererti kepala dalam bahasa Yunani. Hydrosephalus juga dikenali sebagai “kepala air” merupakan penyakit yang terjadi akibat gangguan aliran cairan di dalam otak iaitu cairan serebrospina (CSF) yang abnormal di dalam ventrikel-ventrikel otak. Cecair ini sebenarnya melindungi, memberi khasiat dan membersihkan otak dan saraf tunjang. Cecair ini dihasilkan setiap hari di dalam ventrikel otak.

Ketidakseimbangan berlaku apabila CSF berkumpul dan tidak dapat mengalir dengan biasa melalui ventrikel dan sistem saraf disebabkan oleh berlakunya sesuatu halangan. CSF yang berlebihan boleh menghasilkan tekanan di dalam otak bayi dan mungkin boleh menghasilkan kerosakan pada otak dan boleh mengakibatkan masalah mental dan fizikal.

Walaubagaimanapun, rawatan awal boleh menyebabkan masalah serius daripada berlaku dan bayi boleh membesar secara normal. Masalah kecil seperti masalah pembelajaran yang minor mungkin masih berlaku. Antara tiga hingga empat daripada 1000 bayi dilahirkan sebagai hydrosephalus congenital, sementara itu hampir 80 hingga 90 peratus bayi yang lahir dengan keadaan kecacatan tiub neural berisiko menghidap hydrosephalus.

Hydrosephalus berpunca daripada ketidakseimbangan di antara CSF yang dihasilkan di dalam otak dan kebolehannya untuk diserap kembali. Lazimnya, CSF mengalir melalui dan keluar daripada bahagian otak yang diberi nama ventrikel dan kemudian mengelilingi otak serta saraf tunjang. Pada peringkat ini, CSF memberikan khasiat dan bertindak sebagai pelindung. Ia kemudiannya diserap oleh sekeping tisu yang nipis, yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Hydrosephalus terbahagi kepada dua iaitu congenital dan perolehan iaitu yang diperoleh selepas kelahiran dan bukan sebab keturunan.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan hydrosephalus congenital, antaranya ialah Aqueductal Obstruction/Stenosis iaitu penyempitan abnormal suatu laluan atau bukaan dan punca ini paling kerap terjadi. Seterusnya, Akueduk serebrum yang membawa CSF daripada ventrikel tiga ke empat tersumbat menyebabkan CSF berkumpul dan menyebabkan hydrosephalus. Halangan ini mungkin juga berlaku disebabkan oleh kecacatan, jangkitan, pendarahan atau ketumbuhan. Kecacatan tiub neural boleh berlaku apabila struktur yang menyelaputi dan menyokong saraf tunjang tidak dihasilkan dengan normal. Ini menyebabkan pengaliran CSF tersumbat di dasar tengkorak.

Punca-punca yang lain pula ialah, pendarahan intraventrikular yang terdapat dalam ventrikel atau IVH, perkara ini kerap terjadi kepada bayi pramatang kerana saluran-saluran darah di otak belum cukup matang dan lemah menyebabkan ia mudah pedah dan pendarahan boleh berlaku yang boleh menghadang pergerakan biasa CSF. Seterusnya ialah meningitis iaitu jangkitan virus atau bacteria yang menghasilkan inflamasi pada selaput yang menyelaputi otak dan saraf tunjang yang menyekat pengaliran CSF. Selain itu, trauma kepala iaitu pendarahan daripada trauma kepala juga mengakibatkan penyerapan CSF terhalang. Ketumbuhan atau tumor juga berkemungkinan akan mengganggu pengaliran CSF ke hydrosephalus dan yang terakhir ialah Dandy Walker Syndrom, iaitu kecacatan genetik kerana ventrikel keempat tidak normal dan mengganggu pengaliran CSF.

Hydrosephalus yang dihidapi oleh kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, symptom yang paling ketara adalah saiz kepala membesar dengan luar biasa, kelihatan ketara ketika lahir atau dalam sembilan bulan pertama. Bahagian lembut atas kepala bayi yang juga mengembang dan kelihatan penuh. Seterusnya kulit kepala kanak-kanak akan menampakkan saluran darah yang timbul dan pandangan mata sentiasa ke bawah dan menghasilkan mata putih di atas iris. Kanak-kanak yang menghidap hydrosephalus juga akan mengalami tidur yang berlebihan, muntah tetapi penyusuan atau pemakanan yang kurang. Kanak-kanak ini juga akan menangis dengan bunyi yang kuat.

Lazimnya, penyakit ini boleh diketahui semasa pemeriksaan fizikal selepas lahir sekiranya saiz kepala besar di luar jangkaan. Ultrasound, CT scan dan MRI boleh dilakukan untuk kepastian dan pemeriksaan yang lebih terperinci. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan penghidap penyakit ini mengalami kerosakan pada otak. Kesan sampingan jangka panjang bergantung kepada punca sebenar, keterukan dan tindak balas terhadap rawatan. Rawatan kebiasaannya adalah secara pembedahan dengan meletakkan satu tiub anjal atau pintasan di otak untuk membantu pengaliran CSF. Tiub ini kekal tetapi mungkin akan ditukar atau dibaiki sekiranya perlu.

Kaedah rawatan yang seterusnya ialah, Endoscopic 3rd Venticulostomy (ETV) iaitu melibatkan pembedahan penebukan satu lubang kecil di dalam ventrikel otak untuk membolehkan cecair CSF dialirkan terus ke cisterna asas. Rawatan ini sesuai untuk hydrosephalus jenis tidak berhubung atau non-communicating. Walau Bagaimanapun, ada sesetengah pakar bedah otak yang menggunakan rawatan ini ke atas pesakit hydrosephalus yang berhubung dengan jayanya. Satu lubang kecil dibuat di tengkorak dan pakar bedah akan memasukkan kamera kecil ke dalam ventrikel. Kemudian alat khas akan digunakan untuk menebuk lantai ventrikel ketiga.

Kanak-kanak yang menghidap hydrosephalus congenital berisiko menghadapi masalah perkembangan dan mungkin memerlukan terapi seperti fizikal dan pertuturan tetapi jika dikenalpasti dengan segera dan diberikan rawatan awal, kanak-kanak ini boleh melalui kehidupan yang normal.

Rujukan lain :
1. Hidrosefalus (Scribd)
2. Hidrosefalus (KOSMO)
5. Hidrosefalus (Multiply.com)
6. Hidrosefalus (Wikipedia)
7. Hidrosefalus (Pusat Maklumat Rakyat)
8. Hidrosefalus Buat Kepala Bayi Membesar (Pusat Maklumat Rakyat)
9. Hidrosefalus (Darto Saharso)



Homemade Masker (Topeng Muka)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Heh.. cuti-cuti yang membosankan kat rumah ni memang rajin belek muka depan cermin.. Kulit muka lak macam-macam corak yang ada T_T.. Sekali sekala saya ada juga pakai masker, nak beli memang tak la, sebab rasa tak mampu dan bukan pulak satu keperluan. So saya buat sendiri je.. Seperti yang sedia maklumlah function masker ni nak menanggalkan kekotoran pada wajah. 

Mana dapat idea? Daripada kakak saya la, dia memang rajin jaga kecantikan dan penjagaan badan.. Hehe.. So macam mana nak buat? Apa bahan yang diperlukan? Jom la intai.. :D

Bahan-bahannya : 

Sebiji telur ayam

Tisu 

Gunting
scissors.jpg

Air panas

Ha tu je lah bahannya.. Murah je, low bajet punye.. Hehe.. Curi je yang mak punya kat dapur tu..

Cara-caranya :

1. Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja letak la dalam mangkuk ke piring ke atau apa-apa bekas la..
2. Ambil tisu, lipat 2, lipat lagi lipat lagi bagi agak kecil tp jangan kecil sangat jangan pula besar sangat..
3. Gunting tisu tu ikut saiz yang dah dilipat..
4. Sebelum mula, wapkan dulu muka guna air panas nak bagi liang-liang roma terbuka.. :D
5. Ambil putih telur dan sapu la kat muka, ikut la nak start dari mana, kalau saya, start kat hidung dulu, biasalah kat situ memang selalunya banyak blackhead + whitehead kan..
6. Sudah sapu telur, tepekkan tisu tu kat muka, tempek la agak tebal 3 lapis camtu, sampai xnampak kulit kita la senang cite.. Kalau tak cukup telur tambah, tambah dan tambah lagi.
7. Pastu proceed la ke bahagian lain pula sampailah penuh satu muka korang. Kena sabar sikit sebab tisu mudah koyakkan? So slow-slow je buat tu ok..
8. Sudah siap tunggu la kering dalam 20 minit (ikut ketebalan tisu)
9. Pastikan dah betul-betul kering ye, basah-basah sikit tak mau.
10. Sudah tu korang tanggalkan la tisu tu dari muka, mula tarik dari bahagian bawah ke atas.

Dah sudah tu korang boleh la tengok kat tisu tu segala kotoron tertanggal dari muka, blackhead ke whitehead ke insyaAllah tertanggal.. Hehe.. Pastu jangan lupa cuci muka dengan air bersih ye... :)

Selamat Mencuba !




Macam Mana Nak Dapat Anugerah Dekan?

Assalamualaikum..

Saya baru lepas check Nuffnang, so ade la ternampak keyword yang orang search, "In UPSI how to get Dekan" hee.. Sebenarnya kalau nak cerita pasal Anugerah Dekan ni, bukannya HOW.. Tapi mestilah HOW MANY Pointer.. Wahh english tu.. Hee.. Yelah, nak dapat tu bergantung kepada GPA (Grade Point Average) kite kan.. Maksudnya purata gred setiap semester, bukan secara keseluruhan, bukan kira CGPA. Normal jugak macam U lain.. Mestilah atas 3.50 kan? Tapi UPSI ade lainnya sikit..

Kalau sorang student dapat 3.50 tapi masih di bawah 3.75 still dikira senarai Dekan, boleh lah dapat sijil tapi ambil sendiri la kat Fakulti. Bagi student yang dapat 3.75 ke atas sampai 4 flat tu baru la dikira Anugerah Dekan yang sebeno-benonye.. Dorang ni boleh la merasa ambil sijil dan sedikit hadiah atas stage, kiranya ada majlis la untuk orang-orang bijak pandai ni.. Dan banyak lagi benefit lain yang dorang boleh dapat. (Tapi time kami dapat xde pun majlis2 ni dah.. sobs2)

Nilah rupa Sijil Dekan yang menjadi rebutan :p

Teringat kata-kata sorang senior dulu, kalau kat UPSI jangan terkejut la tengok result ramai yang 3.90 ke atas. Memang agak senang nak dapat Pointer tinggi ni kat UPSI, tapi kena setimpal la dengan usaha buat assignment dan score masa final exam. Kalau masa final meniru, tugasan tak buat dan tumpang nama je, walaupun dapat pointer tinggi, semua tu tak bagi kepuasan pun sebenarnya berbanding kalau kita usaha bersungguh-sungguh. Pengalaman belajar di dua Universiti yang berbeza buat saya nampak banyak sangat perbezaan antara kedua-duanya.

Boleh kata, masa belajar di U lain tu, memang kita kena lebih fokus pada Final Exam. Carry mark cuma 40% atau 30% bergantung pada subjek. Tapi bila kat UPSI ni, majoriti semua subjek yang saya ambil, carry mark adalah 60% dan Final cuma 40%. Jadi kebarangkalian untuk gagal satu-satu paper tu adalah sangat rendah. Kumpul carry mark banyak-banyak, kalau dapat 50% ke atas tu memang confirm lulus la, Final Exam just membantu untuk menentukan gred ape kita dapat A, B, C dan sebagainya. Kalau U lain, Final Exam tu la penentu kita gagal atau lulus, gred belakang cerita, lulus pun kira beruntung kan?

Kalau di U lain, siapa yang dapat 3.00 ke atas memang dipandang tinggi la.. Waaaa, pandainya... Siapa dapat 3.50 ke atas lagi la... Respect habis kan? Sebab bilangan pelajar yang dapat 3.50 tu tidaklah terlalu ramai. Tapi bila kat UPSI ni, orang tak heran lau kita dapat 3.00 ke atas.. Yang dapat 3.50 ke atas pun orang tak delah nak respect sangat.. Sebab boleh kata ramai jugak la.. Tapi bila sorang student tu dapat 3.90 atau 4 flat haaa barulah dikira sangat bijak.. Camtu je teorinya.. :)

Untuk kertas masa Final Exam pulak, tak boleh nak kata banyak sangat, sebab tak berapa nak tahu paper untuk budak-budak kos lain.. Kalau ikut kos saya ni, setiap subjek just ada satu paper. Dan masa menjawab pun tak pernah la sampai 3 jam, kalau objektik selalunya 1 jam hingga 1 jam 30 minit la paling lama. Paper pulak banyak kepada Objektif, Struktur dan Esei mudah.. 

Kadang-kadang Pensyarah juga boleh membantu kita berjaya kan.. Bila dapat pensyarah baik hati, memang untunglah.. Kat UPSI ni ramai pensyarah macam tu.. Memang nak tolong student dapat A.. sebab tu kadang-kadang saya rasa final exam tak boleh nak score, tapi bila keluar result boleh dapat A, rasanya tu atas jasa baik lecturer jugak. Lau yang jenis kedekut markah atau skema orang panggil, agak susah jugak. Jawapan kene tepat dan padat semua kena ikut skema. Jadi menganga la tengok result nanti :'( huhuhuhu..

Tu jelah serba sedikit boleh cerita kat sini... So harap jelas la k.. Lau tak faham boleh tanya lagi :) Andai ada yang salah, tolong betulkan saya...

Yang dah masuk UPSI ni teruskan la.. Yang belum masuk tu, baik fikir semula la, Betul ke nak masuk UPSI? hehehe.. Tahniah kepada adik2 Diploma yang akan mendaftar masuk ke UPSI... Tahniah... "Selamat Berjuang"

Sekian, Wassalam :D


"Kita harus belajar memanjat 
seberapa tinggi yang kita nak 
hingga ke puncak, 
tetapi kita juga harus belajar 
cara untuk turun supaya tak merasa 
sakitnya terjatuh dari puncak..."
-Ainismaira-




Tak Kahwin Lagi

Assalamualaikum...

Cuti sekolah bakal menjengah 8 November ni, adik-adik SPM plak masing-masing tengah berdebar nak menempuh peperiksaan esok kan.. Ape2 pun ucapan semoga berjaya kepada semua k :) Usaha, doa dan tawakal :) Minggu-minggu terakhir cuti yang masih berbaki dalam 2 minggu je lagi. Biasalah, bila tiba musim cuti sekolah, maka banyaklah undangan yang datang.. Majlis Perkahwinan la kan :)

Siapa yang tak nak kahwin, betul tak? Tapi semua tu kita hanya mampu merancang, beruntunglah mereka yang berjaya merancang dan Allah mempermudahkan segalanya.. Tak boleh nak salahkan kawan-kawan yang kahwin awal, tapi sedikit sebanyak bila ramai yang kahwin muda sekarang ni, saya yang dah agak berumur ni jadi bahan orang nak mengumpat, nak mengata. Jodoh seseorang tu Allah yang tentukan... Bercinta lama tak semestinya kekal bersama... Ada yang kenal beberapa bulan dah pun mendirikan rumah tangga...

Orang kata, jangan peduli kata-kata orang.. Maklumlah, orang kita ni memang suka nak tahu dan jaga tepi kain orang.. Masyarakat prihatin katakan... :p Kadang-kadang macam-macam kata yang orang lemparkan pada kita, "Bila nak kahwin, jangan sampai kawan-kawan korang dah jadi nenek korang mengaku muda lagi" Pedih jugak kan, kata-kata camtu.. Kahwin ni bukannya perkara yang asal kita nak kita boleh buat on the spot..
Memang Islam ni mudah, kahwin pun tak perlu banyak syarat sangat, tapi faham-faham la undang-undang kat Malaysia ni macam mana..

Kadang-kadang bersyukur juga belum kahwin, sebab hanya satu soalan orang akan tanya.. "Bila nak kahwin?" Bila dah kahwin, orang akan tanya, bila nak mengandung, bila nak dapat anak, bila bila dan bilaaaaaaaaaaa... Huh... Memang manusia ni suka sangat nak ambil tahu perihal orang lain... Apalah salahnya doakan saya ni cepat bertemu jodoh dan segalanya dipermudahkan.

Siapalah tak cemburu tengok kawan-kawan dah kahwin, ada anak, yang muda-muda pun dah ada 2, 3 orang anak... Budak-budak pun dah panggil dorang makcik.. Saya ni kira beruntung budak-budak masih panggil kakak dan kalau ada tugasan dekat tadika atau taska budak-budak akan panggil cikgu.. Hehe.. Untunglah orang yang kerja cikgu ni, sampai ke tua pun semua orang panggil dia cikgu.. :)

Saya ni belum lagi ke fasa alam pertunangan, jadi agak mustahil nak terus masuk ke alam perkahwinan... Lainlah kalau dah bertunang, memanglah menunggu masa je nak kahwin... Walaupun boleh je terus berkahwin tanpa bertunang.. Tapi nak juga merasa jadi tunangan orang tu kan.. Lagipun setiap orang ada prinsip... Saya masih belajar, dan saya tak nak kahwin masa belajar, kalau boleh biarlah habis belajar, sebab saya bukan jenis orang yang boleh buat banyak perkara dalam satu masa.

Dalam hidup ni kita kena percaya pada ketentuan Allah.. Tapi jangan lupa berusaha.. Macam yang saya pernah cerita di blog ni, perihal keluarga dan apa yang berlaku pada kami. Memang dulu target umur 25 nak kahwin, tapi tu kan hanya keinginan kita lau tak berjaya masih banyak lagi tangga umur nak di daki... Andai nyawa ni ditarik selepas ni pun kita kena ingat, tiada yang bujang di syurga sana.. :D

Masa awal-awal menulis di blog ni pernah juga saya cakap, nak kahwin lagi 2 tahun, maknanya tahun ni la kan? Tapi tak kesampaian, sebab saya masih belajar la.. Tu je.. Mana la nak cari duit nak kahwin kan.. Nanti dah kerja ada duit sendiri baru la puas hati, kahwin guna duit sendiri.. Tak nak lah sebab nak sangat kahwin, sanggup berhutang.. Cukuplah hutang PTPTN yang ditanggung ni.. Tak naklah berhutang lagi.. Nak pinjam duit mak? Haish, belajar ni pun mak ayah dah tanggung, cukup-cukuplah menyusahkan dorang kan...




Related Posts with Thumbnails