" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Macam Mana Nak Dapat Anugerah Dekan?

Assalamualaikum..

Saya baru lepas check Nuffnang, so ade la ternampak keyword yang orang search, "In UPSI how to get Dekan" hee.. Sebenarnya kalau nak cerita pasal Anugerah Dekan ni, bukannya HOW.. Tapi mestilah HOW MANY Pointer.. Wahh english tu.. Hee.. Yelah, nak dapat tu bergantung kepada GPA (Grade Point Average) kite kan.. Maksudnya purata gred setiap semester, bukan secara keseluruhan, bukan kira CGPA. Normal jugak macam U lain.. Mestilah atas 3.50 kan? Tapi UPSI ade lainnya sikit..

Kalau sorang student dapat 3.50 tapi masih di bawah 3.75 still dikira senarai Dekan, boleh lah dapat sijil tapi ambil sendiri la kat Fakulti. Bagi student yang dapat 3.75 ke atas sampai 4 flat tu baru la dikira Anugerah Dekan yang sebeno-benonye.. Dorang ni boleh la merasa ambil sijil dan sedikit hadiah atas stage, kiranya ada majlis la untuk orang-orang bijak pandai ni.. Dan banyak lagi benefit lain yang dorang boleh dapat. (Tapi time kami dapat xde pun majlis2 ni dah.. sobs2)

Nilah rupa Sijil Dekan yang menjadi rebutan :p

Teringat kata-kata sorang senior dulu, kalau kat UPSI jangan terkejut la tengok result ramai yang 3.90 ke atas. Memang agak senang nak dapat Pointer tinggi ni kat UPSI, tapi kena setimpal la dengan usaha buat assignment dan score masa final exam. Kalau masa final meniru, tugasan tak buat dan tumpang nama je, walaupun dapat pointer tinggi, semua tu tak bagi kepuasan pun sebenarnya berbanding kalau kita usaha bersungguh-sungguh. Pengalaman belajar di dua Universiti yang berbeza buat saya nampak banyak sangat perbezaan antara kedua-duanya.

Boleh kata, masa belajar di U lain tu, memang kita kena lebih fokus pada Final Exam. Carry mark cuma 40% atau 30% bergantung pada subjek. Tapi bila kat UPSI ni, majoriti semua subjek yang saya ambil, carry mark adalah 60% dan Final cuma 40%. Jadi kebarangkalian untuk gagal satu-satu paper tu adalah sangat rendah. Kumpul carry mark banyak-banyak, kalau dapat 50% ke atas tu memang confirm lulus la, Final Exam just membantu untuk menentukan gred ape kita dapat A, B, C dan sebagainya. Kalau U lain, Final Exam tu la penentu kita gagal atau lulus, gred belakang cerita, lulus pun kira beruntung kan?

Kalau di U lain, siapa yang dapat 3.00 ke atas memang dipandang tinggi la.. Waaaa, pandainya... Siapa dapat 3.50 ke atas lagi la... Respect habis kan? Sebab bilangan pelajar yang dapat 3.50 tu tidaklah terlalu ramai. Tapi bila kat UPSI ni, orang tak heran lau kita dapat 3.00 ke atas.. Yang dapat 3.50 ke atas pun orang tak delah nak respect sangat.. Sebab boleh kata ramai jugak la.. Tapi bila sorang student tu dapat 3.90 atau 4 flat haaa barulah dikira sangat bijak.. Camtu je teorinya.. :)

Untuk kertas masa Final Exam pulak, tak boleh nak kata banyak sangat, sebab tak berapa nak tahu paper untuk budak-budak kos lain.. Kalau ikut kos saya ni, setiap subjek just ada satu paper. Dan masa menjawab pun tak pernah la sampai 3 jam, kalau objektik selalunya 1 jam hingga 1 jam 30 minit la paling lama. Paper pulak banyak kepada Objektif, Struktur dan Esei mudah.. 

Kadang-kadang Pensyarah juga boleh membantu kita berjaya kan.. Bila dapat pensyarah baik hati, memang untunglah.. Kat UPSI ni ramai pensyarah macam tu.. Memang nak tolong student dapat A.. sebab tu kadang-kadang saya rasa final exam tak boleh nak score, tapi bila keluar result boleh dapat A, rasanya tu atas jasa baik lecturer jugak. Lau yang jenis kedekut markah atau skema orang panggil, agak susah jugak. Jawapan kene tepat dan padat semua kena ikut skema. Jadi menganga la tengok result nanti :'( huhuhuhu..

Tu jelah serba sedikit boleh cerita kat sini... So harap jelas la k.. Lau tak faham boleh tanya lagi :) Andai ada yang salah, tolong betulkan saya...

Yang dah masuk UPSI ni teruskan la.. Yang belum masuk tu, baik fikir semula la, Betul ke nak masuk UPSI? hehehe.. Tahniah kepada adik2 Diploma yang akan mendaftar masuk ke UPSI... Tahniah... "Selamat Berjuang"

Sekian, Wassalam :D


"Kita harus belajar memanjat 
seberapa tinggi yang kita nak 
hingga ke puncak, 
tetapi kita juga harus belajar 
cara untuk turun supaya tak merasa 
sakitnya terjatuh dari puncak..."
-Ainismaira-




14 Kuntum Bunga:

Cik Ila said...

Yeke..patutla kazen cik ila sllu dpt anugerah dekan...tkejut jgk..yg cik ila klu dpt 3 tu pn dh bersyukur sgt2 dah..huhu

Ainismaira said...

Ye Cik Ila, camtula.. tp mungkin cousin Ila mmg bijak kan? sbb nak berjaya tu bukan mudah sbnrnye.. Usaha lebih insyaAllah hasilnya lebih :) Cik Ila dapat 3 tu pun kira bijak dah tu .. Syukur kan.. :)

iena_mieyna ^^ said...

upsi jgk ek? amik kos apa ye? kita pun dari fppm jgk. hehe. dkt upsi kita struggle utk assignment. kdg2 sampai 2,3 kali buat assignment sbb nk puaskan hati lecturer. kalau dkt u lain dulu, kena struggle lebih dkt paper. hehe. so, tu lah bezanya kan.

Ainismaira said...

@iena_mieyna ^^ Yup upsi :) amik pakk.. betul tu.. asignment jgn cincai2 kan.. tu yg byk boleh tlg kita :)

fyzah said...

salam k.senior . sy akn msok awal sept ni. nk tanya kos software engineering mcm mna ? bole tak terangkn sedikit ? senang x nk skor ? hrp mmbntu . trma ksih .

fyzah said...

slm k.senior . sy akn msk awal sept ni. sy nk tanya cm mna kos software engineering tu ? susah x nk skor ? hrp mmbntu . trma ksih

Ainismaira said...

@fyzah wkmsalam... tahniah dpt upsi.. kos tu akak xsure la.. sbb mcm kos baru je tu... sblm ni xde plak kos engineering kat upsi tu..

nurhidayahroslee said...

@fyzah boleh add group fb http://www.facebook.com/groups/218712511580575/ kt sni sume batch software engineering ade....bleh tnye ape2 je

D20112054501 KOON YIN KUAN said...

Salam sejahtera!
saya membaca perenggan ini "Kalau sorang student dapat 3.50 tapi masih di bawah 3.75 still dikira senarai Dekan, boleh lah dapat sijil tapi ambil sendiri la kat Fakulti." dalam petikan.
Adakah saudara mengambil sijil tersebut?
Saya baru saja sedar bahawa keputusan semester lalu mencatat "senarai dekan". Adakah ia masih boleh mendapat sijil itu?

Ainismaira said...

@D20112054501 KOON YIN KUAN yup.. kalau result 3.5 ke atas boleh ambil sijil di fakulti masing2.. :)

sissa yusof said...

Salam Dik,
akak nak tambah sikit la kat sini ye.
Sistem universiti di malaysia ni berbeza beza. betul upsi memberatkan markah assignments dah markah final exam lebih sedikit peratusannya, tapi itu tidak bermakna pelajar upsi yang mendapat dekan dalam lingkungan 3.50-3.75 boleh dipandang enteng,
akak dah lama kat upsi, dan akak rasa tak semudah itu untuk dapat dekan. lecturer lecturer akak semua professional, tak pandang bulu. tak ada favourism, tak ada lembut hati. if you deserve it, then you get it. jadi kalau adik kata "Kadang-kadang Pensyarah juga boleh membantu kita berjaya kan.. Bila dapat pensyarah baik hati, memang untunglah.. Kat UPSI ni ramai pensyarah macam tu.. Memang nak tolong student dapat A.. sebab tu kadang-kadang saya rasa final exam tak boleh nak score, tapi bila keluar result boleh dapat A, rasanya tu atas jasa baik lecturer jugak. Lau yang jenis kedekut markah atau skema orang panggil, agak susah jugak. Jawapan kene tepat dan padat semua kena ikut skema. Jadi menganga la tengok result nanti :'( huhuhuhu..
" tak tepat tu dik...pensyarah tanda exam paper kita guna skema dik...tak boleh sesuka hati bg markha sbb baik hati... pengalaman akak, ade je kawan akak baik dgn pensyarah, tingtong result dia...

upsi ada caranya sendiri. dan upsi ada kredibilitinya sendiri.

waalahualam, jgn terasa ye dik, sebagai perkongsian pendapat akak je ni. :)

Ainismaira said...

@sissa yusof wksalam .. xpe semua org berhak bg pendapat... tq sbb bg pndangan bg pihak akak... sy cuma bcerita bdasarkan pengalaman yg sy dapat.. ada sy nyatakan dlm entry ni.. ape2 pun mmg kena usaha.. sbb betul ada masanya sy mmg xdpt jawab masa final exam.. tp selalu tkejut dgn result yg sy dpt.. sbb rasa xsetimpal dgn ape yg sy buat.. kdg2 rasa xadil juga utk diri sendiri.. jawabnye tah pape, tp bile dpt gred yg bagus sy rasa mcm pelik.. sbb sy ade target gred utk setiap subjek yg sy jawab.. bile kite rase xpatut dapat A tp dpt.. pd sy mgkin pnsyarah ada tolong sikit2... mgkin bukan pada kertas jawapan.. tp pada asigment dn tugasan yg diberikan... :) sepanjang sy blajar di upsi, mmg sy rasa pensyarahnya sgt baik hati.. mgkin sbb sy cuma blajar peringkat diploma.. bg dgree tak tau la macam mana.. :)
anyway tq sbb sudi komen n kongsi cerita.. :))

Anis Mun said...

Setiap ipta dan ipts sama je eh sistemnya? Kalau 3.50 ke atas boleh amek sijil dekan kat fakulti? Ke, upsi je?

Hisham MD said...

Saya ada cgpa calculation guna excel. Boleh kira dari sem 1 sampai habis. Berminat email saya hishamdesa@unikl.edu.my atau download dari link http://padlet.com/sham2desa/8kops91aw1 ( it not spam or virus link) . Sila tinggalkan massage ( nama dan dari Universiti mana). FREE.


Related Posts with Thumbnails