" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Men From Mars, Woman From Venus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Selamat Pagi.. Harap hari ni semua orang sihat-sihat aje.. :) Dari malam tadi fikir idea ape nak berceloteh.. Dah lama tak melalut kat sini.. Tiba-tiba minggu ni rajin nak menulis.. Topik kita pada pagi ni ialah, PEREMPUAN vs LELAKI. (tersangatlah skemanye)




Selalu kita dengar ayat ni "Men Are from Mars, Woman Are from Venus" dan kalau tak silap ada satu buku yang tajuknya macam ni.. Nama penulisnya John Gray.. Saya tak pernah baca pun buku tu.. So malas la nak cari maksud ni.. Yang saya boleh fahamkan, macam dua-dua makhluk ni susah nak difahami, lagi-lagi lelaki.. Masing-masing ada cara sendiri..Hehe.. Bagi lelaki perempuan ni susah nak difahami, bagi perempuan lelaki yg susah difahami.

Tapi saya tak nafikan, lelaki ni sebenarnya sangat simple orangnya berbanding perempuan yang sangat complicated. Saya yang perempuan ni pun kadang-kadang pelik tengok perempuan sekarang.. Huhuhu.. Ada masa saya pun pelik dengan perangai sendiri.. Hehe.. Tapi sedikit sebanyak adalah beberapa perkara yang saya dah faham pasal lelaki. Ni bukan baca kat mana-mana tau, berdasarkan pengalaman sendiri.

Pada firasat saya, lelaki ni kalau dia tanya soalan, dia nak jawapan yang tepat dan padat dan kalau boleh jawab macam nak jawab esei time exam. 350 patah perkataan. :p Perempuan pulak jenis malas nak menjawab soalan yang terlalu banyak yang bagi dia terlalu remeh dan tak payah tanya pun tak ape.. Tapi lelaki ni dia ada sifat ingin tahu yang sangat tinggi, jadi dia tanya tanya tanya dan tanya lagi.. Contoh la saya bagi kat bawah ni.. Jenis soalan, dan jawapan yang selalu diberi juga jawapan yang diharapkan atau sepatutnya diberi.. (ape da membebel..)

Lelaki tanya Perempuan jawab
Lelaki : Awak makan apa hari ni?
Perempuan : Makan nasik la.
Lelaki : Nasik je? Takde lauk?
Perempuan : Lauk ayam goreng.
Lelaki : Tu je?
Perempuan : Ada la sayur sikit.

Perempuan tanya Lelaki jawab
Perempuan : Awak makan apa hari ni?
Lelaki : Saya makan nasik lauk ayam goreng dan sayur kobis.

Err.. nampak tak beza antara dua makhluk ni? Saya tak boleh nak kata benda ni tepat, sebab benda ni jadi kat saya je. Tapi saya rasa ada jugak kot yang kena macam ni. Lelaki ni dia nak jawapan spesifik setiap soalan yang dia ajukan. Kalau korang jenis yang tak suka disoal banyak-banyak soalan macam saya, elok la korang ikut contoh 2 tu.. Bila orang tanya, jawab complete, macam exam, jawab penuh-penuh dapat markah full.. Kalau contoh 1 tu, dapat 1 markah je.. Hehe..

Situasi seterusnya lebih kepada ayat yang kita luahkan.. Lelaki mana faham ayat berbunga-bunga yang perempuan selalu guna, ayat kiasan, ayat berlapik.. Idoknye deme paham.. Pasei ape, sebab dorang malas nak berfikir. Dorang lebih suka perempuan ni berterus terang je. Senang dorang paham.. Jadi dengan lelaki, tak payah la nak berkias-kias ek.. Contoh cam kat bawah ni..

Lelaki : Awak makan apa hari ni?
Perempuan : Saya tak makan pun lagi.
Lelaki : Kenapa tak makan?
Perempuan : Tak de kawan. Malas nak pergi makan sorang2.
Lelaki : Kawan2 pergi mana?
Perempuan : ...... Hmm, tak tau!

Sebenarnya perempuan tu cakap macam tu dengan harapan lelaki tu akan datang teman dia makan. Haha.. Walaupun jauh kan.. Kadang-kadang perempuan nak dengar ayat macam ni.... Even dia tau lelaki tu tak boleh datang nak teman dia makan.

Lelaki : Ala kesiannya awak, jom saya teman awak makan..
Perempuan : (Meloncat-loncat)

Yang selalu buat perempuan ni makan hati ni sebab ni la.. Perempuan suka berkias, lelaki plak tak pandai nak jaga hati sebab tak faham kiasan perempuan ni.. Hehe.. Nasib la dapat pasangan camtu.. Lagi satu yang saya nak gtau kat sini, walaupun perempuan suka bercerita pasal kawan-kawan dia pada pasangan dia (pakwe/tunang/suami), tapi sebenarnya dia tak suka bila pasangan dia tu banyak tanya lebih-lebih pasal kawan (perempuan) dia tu.. Perempuan paling takut pasangan dia jatuh cinta kat kawan dia.. Haaa.. So, laki, xyah la nak tanye2 pasal kawan2 awek/isteri kamu ye...

Tu jelah nak share.. Nanti tulis panjang2 pun tak de orang bace, penat je.. Hehe.. Ok, thanks coz baca sampai habis.. Siapa rajin boleh bagi komen/pandangan pasal hal ni.. Tapi, jangan gaduh.. Sabar.. Kita bincang :D Bukan niat nak kondem mane-mane pihak.. Sekadar nak berkongsi pendapat.. Andai salah, betulkan saya.. :) Tata :D





2 Kuntum Bunga:

fiqkbe said...

fiq mmg suka sgt guna ayat berbunga2 tu kt husband. pastu bila org tu x fhm, merajuk. ntah pape kn? hehe :P

Ainismaira said...

hehe.. tu sweet namenye.. merajuk ngan suami xpe je.. :) kdg2 kene ade majuk2 skit kan..

Related Posts with Thumbnails