" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Tak Kahwin Lagi

Assalamualaikum...

Cuti sekolah bakal menjengah 8 November ni, adik-adik SPM plak masing-masing tengah berdebar nak menempuh peperiksaan esok kan.. Ape2 pun ucapan semoga berjaya kepada semua k :) Usaha, doa dan tawakal :) Minggu-minggu terakhir cuti yang masih berbaki dalam 2 minggu je lagi. Biasalah, bila tiba musim cuti sekolah, maka banyaklah undangan yang datang.. Majlis Perkahwinan la kan :)

Siapa yang tak nak kahwin, betul tak? Tapi semua tu kita hanya mampu merancang, beruntunglah mereka yang berjaya merancang dan Allah mempermudahkan segalanya.. Tak boleh nak salahkan kawan-kawan yang kahwin awal, tapi sedikit sebanyak bila ramai yang kahwin muda sekarang ni, saya yang dah agak berumur ni jadi bahan orang nak mengumpat, nak mengata. Jodoh seseorang tu Allah yang tentukan... Bercinta lama tak semestinya kekal bersama... Ada yang kenal beberapa bulan dah pun mendirikan rumah tangga...

Orang kata, jangan peduli kata-kata orang.. Maklumlah, orang kita ni memang suka nak tahu dan jaga tepi kain orang.. Masyarakat prihatin katakan... :p Kadang-kadang macam-macam kata yang orang lemparkan pada kita, "Bila nak kahwin, jangan sampai kawan-kawan korang dah jadi nenek korang mengaku muda lagi" Pedih jugak kan, kata-kata camtu.. Kahwin ni bukannya perkara yang asal kita nak kita boleh buat on the spot..
Memang Islam ni mudah, kahwin pun tak perlu banyak syarat sangat, tapi faham-faham la undang-undang kat Malaysia ni macam mana..

Kadang-kadang bersyukur juga belum kahwin, sebab hanya satu soalan orang akan tanya.. "Bila nak kahwin?" Bila dah kahwin, orang akan tanya, bila nak mengandung, bila nak dapat anak, bila bila dan bilaaaaaaaaaaa... Huh... Memang manusia ni suka sangat nak ambil tahu perihal orang lain... Apalah salahnya doakan saya ni cepat bertemu jodoh dan segalanya dipermudahkan.

Siapalah tak cemburu tengok kawan-kawan dah kahwin, ada anak, yang muda-muda pun dah ada 2, 3 orang anak... Budak-budak pun dah panggil dorang makcik.. Saya ni kira beruntung budak-budak masih panggil kakak dan kalau ada tugasan dekat tadika atau taska budak-budak akan panggil cikgu.. Hehe.. Untunglah orang yang kerja cikgu ni, sampai ke tua pun semua orang panggil dia cikgu.. :)

Saya ni belum lagi ke fasa alam pertunangan, jadi agak mustahil nak terus masuk ke alam perkahwinan... Lainlah kalau dah bertunang, memanglah menunggu masa je nak kahwin... Walaupun boleh je terus berkahwin tanpa bertunang.. Tapi nak juga merasa jadi tunangan orang tu kan.. Lagipun setiap orang ada prinsip... Saya masih belajar, dan saya tak nak kahwin masa belajar, kalau boleh biarlah habis belajar, sebab saya bukan jenis orang yang boleh buat banyak perkara dalam satu masa.

Dalam hidup ni kita kena percaya pada ketentuan Allah.. Tapi jangan lupa berusaha.. Macam yang saya pernah cerita di blog ni, perihal keluarga dan apa yang berlaku pada kami. Memang dulu target umur 25 nak kahwin, tapi tu kan hanya keinginan kita lau tak berjaya masih banyak lagi tangga umur nak di daki... Andai nyawa ni ditarik selepas ni pun kita kena ingat, tiada yang bujang di syurga sana.. :D

Masa awal-awal menulis di blog ni pernah juga saya cakap, nak kahwin lagi 2 tahun, maknanya tahun ni la kan? Tapi tak kesampaian, sebab saya masih belajar la.. Tu je.. Mana la nak cari duit nak kahwin kan.. Nanti dah kerja ada duit sendiri baru la puas hati, kahwin guna duit sendiri.. Tak nak lah sebab nak sangat kahwin, sanggup berhutang.. Cukuplah hutang PTPTN yang ditanggung ni.. Tak naklah berhutang lagi.. Nak pinjam duit mak? Haish, belajar ni pun mak ayah dah tanggung, cukup-cukuplah menyusahkan dorang kan...




0 Kuntum Bunga:

Related Posts with Thumbnails