" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Teruskan Menulis Walaupun Kita Rasa Tak Ada Orang Berminat Nak Baca Entry Kita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Google

Ok, kali ni tajuk entry paling panjang di tahun 2012 ni.. Hehe.. "Teruskan Menulis Walaupun Kita Rasa Tak Ada Orang Berminat Nak Baca Entry Kita" Itulah topik yang akan kita bincangkan atau saya akan kupas dalam isu hari ni.. Hehe.. Tiba-tiba terasa nak menulis hari ni pasal benda ni, sebab hari tu ada berborak dengan kawan, dia macam sedih katanya tak ada orang datang blog dia.. Jangan sedih-sedih.. Mesti ada orang datang punya percayalah.. Jangan putus asa menulis.. Ada yang kata blog ni macam diary, nak meluah isi hati.. Ada pembaca ni memang dia suka baca luahan hati orang.. Ada.. maybe dia silent reader je kan.. Tak ada orang komen entry kita, tak semestinya tak ada orang baca.. Bila orang datang blog kita, automatik dia akan baca jugak entry kita walau sikit.. Kalau dia tak baca, memang die berlagak punya orang.. Hehe..

Sebenarnya kena ingat balik, apa yang menyebabkan kita nak ada blog?

1. Ikut kawan
Semua kawan cerita pasal blog, blogger tu, blogger ni, so kita pun nak jugak la ada blog..

2. Nak kumpul duit
Tengok orang lain dapat duit dengan blog, so kita pun buat blog ni sebab nak dapat duit la..

3. Nak popular
Sekarang lau kita tengok ramai blogger jadi popular kan.. Sampai tahap selebriti a.k.a artis dah.. Kita pun nak popular jugak...

Tapi kadang-kadang kita tak sedar, semua tu yang menyebabkan kita mudah rasa kecewa. Bila terlalu kejar duit, kita akan kecewa bila tengok Nuffnang punya earning 0 je.. Tu yang jadi pergi merayu-rayu orang klik iklan kita. 

Bila terlalu nak popular, kita akan kecewa bila tak ada orang minat dengan blog kita.. Saya percaya, blogger2 yang popular tu semua pun tak sangka dorang akan popular. Sebab banyak saya tengok dalam tv mesti dorang jawab, dorang bermula menulis kat blog ni sekadar suka-suka, nak berkongsi dan sebagainya, tak de pun cakap memang nak popular.. So niat kita kenalah betul.. Bila nak asyik popular, kita jadi nak berlumba-lumba kumpul follower banyak-banyak.. Sampai paksa-paksa orang follow blog kita.. 

Pada saya, biarlah kita ada identiti sendiri.. Bina hubungan baik sesama blogger.. Saya pun dah lama sangat tak jenguk-jenguk kawan-kawan kat blog ni.. Tapi saya ingat semuanya kawan-kawan yang selalu aktif datang blog saya ni.. Cuma kadang-kadang tak ada masa je nak jalan-jalan.. Jadi saya cuma ambil inisiatif nak terus menulis.. Tapi tak banyak saya nak bercerita pasal diri saya sendiri.. Selalunya saya akan kongsi apa-apa info yang saya dapat, kongsi pengetahuan, kongsi pendapat..

Saya tak menyesal jugak buat beberapa tutorial yang ada dalam blog ni, sebab dari situ saya tahu ramai orang datang blog saya. Satu masa dulu saya pernah menulis entry pasal Quilling.. Masa tu memang tak berapa nak popular pun Quilling ni kat Malaysia.. Tapi baru-baru ni ada keluar tv pasal mereka yang bergiat dalam seni Quilling ni, tak semena-mena ramai lak orang search pasal Quilling, dan ada juga yang datang ke blog saya.. Padahal benda tu dah lama saya tulis.. 

Kesimpulannya, jangan sedih bila tak ada yang datang blog kita hari ni, insyaAllah hari-hari mendatang akan ada orang yang datang.. Semua orang bermula dengan 0.. Cari bahan-bahan menarik untuk dikongsi di blog.. Tak popular tak apa, sebab kita bukan artis.. Bila orang dapat ilmu yang baik daripada blog kita, insyaAllah ada ganjaran yang baik menanti kita suatu hari nanti.. Cayolah cakap den ni ha.. Hee..

Sekian, wassalam...


Kalau korang baik hati bolehlah melawat blog kawan-kawan saya ni.. :) Sudi2kanlah ye :)




6 Kuntum Bunga:

diriku said...

salam aini..lama x melawat teman2 blogger..he2..sht ke?

Ainismaira said...

wslm.. hehe.. sihat saje.. time kaseh dtg melawat :)

Cahaya cantik said...

assalamualaikum..
sy mmg stuju dgn pndpt tu..mnulis blog ni mcm kita mnulis diari kita,kita just nk share apa yg kita rasa n apa yg kita lalui dlm kita punya life..sometimes kita pun nk share kita punya pendapat..bila tgk tak ada orang follow@komen jgn anggp blog kita tak ada yg baca..ada tu cuma dia tk tinggal jejak dia je..bagi all blogger truskan mnulis jgn pikir nk popular dgn post korang just tulis untuk suka2 mcm aku..

fiqkbe said...

btul2.. kena tgk blk apa motif kita berblogging. rasa nyer klu nk bg ramai org lawat blog kita, kena byk post psl tutorial @ resepi @ info2 terkini. so klu org google tu, mesti blog kita termasuk skali dlm list search. betul x? hee...

Nur Azila Ismail said...

hyeee :D

Nur Imans said...

yelah,akak pun ada rasa macam tu. Tapi tak kisah sangat sebab menulis tu minat kita dan ia hanya ruang isi masa lapang.Tapi memang lebih bagus jika entri yang kita kongsi dibaca lebih ramai khalayak, barulah manfaatnya kita dapat..InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails