" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Kurangkan Berat Badan : Diet ATKINS!

Nak share sesuatu, mungkin ada yang dah tau.. Mungkin ada yang belum, mungkin ada yang pernah cuba dan berjaya kan??

Dapat tau pasal DIET ATKINS ni tahun lepas daripada kakak saya.. Memang saya cuba.. Dan masa cuba tu memang terasa perubahan.. Masa kat kolej boleh la diet bagai ni, sebab boleh jimat duit belanja.. Tapi bila mula je cuti panjang kat rumah terus lupa, makan tak ingat dunia.. Bila badan dah terasa berat sekarang ni, mula la nak on balik diet ni.. Hehe.. Main2 je sy ni.. Tak cukup berdisiplin..  Jemput baca kat bawah, info diambil daripada http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=27

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...! 

Original Piramid Makanan

Piramid Makanan Atkins

Tengok piramid makanan pun dah banyak bezanya... Yang jelas kat sini, kurangkan karbohidrat dan gula, tapi lebihkan protein.




Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah: 

1. Induction (permulaan dan pengenalan)
2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction. 

Semasa 2 Minggu Induction: 

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya. 

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada). 

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal... 

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. 


******************************************************** 

Boleh Makan: 

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun... 

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je... 

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet... 

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan. 



Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan! 

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.



Sekian saja la... Untuk maklumat lain, boleh tgk kat sini >>> http://diknun.blogspot.com/2010/09/diet-atkins.html




Pastikan anda mempunyai tahap disiplin yang tinggi masa buat induction tu ye.. Tapi lau rasa tak boleh tahan even hari pertama pun, better korang stop dan cuba la cara lain ye.. Sebab bukan semua orang boleh tahan kan bila tak boleh ambil karbohidrat, saranan saya cuba kurangkan dulu bila perut dah biasa baru boleh start induction.. Tapi pengalaman saya, bila dalam 2 hari dah mula tak makan nasik, memang perut ni tak nak nasik dah.. Hehe.. Gdluck :D


New Info : DIET MAYO
Related Posts with Thumbnails