" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Macam Mana Nak Dapat Anugerah Dekan?

Assalamualaikum..

Saya baru lepas check Nuffnang, so ade la ternampak keyword yang orang search, "In UPSI how to get Dekan" hee.. Sebenarnya kalau nak cerita pasal Anugerah Dekan ni, bukannya HOW.. Tapi mestilah HOW MANY Pointer.. Wahh english tu.. Hee.. Yelah, nak dapat tu bergantung kepada GPA (Grade Point Average) kite kan.. Maksudnya purata gred setiap semester, bukan secara keseluruhan, bukan kira CGPA. Normal jugak macam U lain.. Mestilah atas 3.50 kan? Tapi UPSI ade lainnya sikit..

Kalau sorang student dapat 3.50 tapi masih di bawah 3.75 still dikira senarai Dekan, boleh lah dapat sijil tapi ambil sendiri la kat Fakulti. Bagi student yang dapat 3.75 ke atas sampai 4 flat tu baru la dikira Anugerah Dekan yang sebeno-benonye.. Dorang ni boleh la merasa ambil sijil dan sedikit hadiah atas stage, kiranya ada majlis la untuk orang-orang bijak pandai ni.. Dan banyak lagi benefit lain yang dorang boleh dapat. (Tapi time kami dapat xde pun majlis2 ni dah.. sobs2)

Nilah rupa Sijil Dekan yang menjadi rebutan :p

Teringat kata-kata sorang senior dulu, kalau kat UPSI jangan terkejut la tengok result ramai yang 3.90 ke atas. Memang agak senang nak dapat Pointer tinggi ni kat UPSI, tapi kena setimpal la dengan usaha buat assignment dan score masa final exam. Kalau masa final meniru, tugasan tak buat dan tumpang nama je, walaupun dapat pointer tinggi, semua tu tak bagi kepuasan pun sebenarnya berbanding kalau kita usaha bersungguh-sungguh. Pengalaman belajar di dua Universiti yang berbeza buat saya nampak banyak sangat perbezaan antara kedua-duanya.

Boleh kata, masa belajar di U lain tu, memang kita kena lebih fokus pada Final Exam. Carry mark cuma 40% atau 30% bergantung pada subjek. Tapi bila kat UPSI ni, majoriti semua subjek yang saya ambil, carry mark adalah 60% dan Final cuma 40%. Jadi kebarangkalian untuk gagal satu-satu paper tu adalah sangat rendah. Kumpul carry mark banyak-banyak, kalau dapat 50% ke atas tu memang confirm lulus la, Final Exam just membantu untuk menentukan gred ape kita dapat A, B, C dan sebagainya. Kalau U lain, Final Exam tu la penentu kita gagal atau lulus, gred belakang cerita, lulus pun kira beruntung kan?

Kalau di U lain, siapa yang dapat 3.00 ke atas memang dipandang tinggi la.. Waaaa, pandainya... Siapa dapat 3.50 ke atas lagi la... Respect habis kan? Sebab bilangan pelajar yang dapat 3.50 tu tidaklah terlalu ramai. Tapi bila kat UPSI ni, orang tak heran lau kita dapat 3.00 ke atas.. Yang dapat 3.50 ke atas pun orang tak delah nak respect sangat.. Sebab boleh kata ramai jugak la.. Tapi bila sorang student tu dapat 3.90 atau 4 flat haaa barulah dikira sangat bijak.. Camtu je teorinya.. :)

Untuk kertas masa Final Exam pulak, tak boleh nak kata banyak sangat, sebab tak berapa nak tahu paper untuk budak-budak kos lain.. Kalau ikut kos saya ni, setiap subjek just ada satu paper. Dan masa menjawab pun tak pernah la sampai 3 jam, kalau objektik selalunya 1 jam hingga 1 jam 30 minit la paling lama. Paper pulak banyak kepada Objektif, Struktur dan Esei mudah.. 

Kadang-kadang Pensyarah juga boleh membantu kita berjaya kan.. Bila dapat pensyarah baik hati, memang untunglah.. Kat UPSI ni ramai pensyarah macam tu.. Memang nak tolong student dapat A.. sebab tu kadang-kadang saya rasa final exam tak boleh nak score, tapi bila keluar result boleh dapat A, rasanya tu atas jasa baik lecturer jugak. Lau yang jenis kedekut markah atau skema orang panggil, agak susah jugak. Jawapan kene tepat dan padat semua kena ikut skema. Jadi menganga la tengok result nanti :'( huhuhuhu..

Tu jelah serba sedikit boleh cerita kat sini... So harap jelas la k.. Lau tak faham boleh tanya lagi :) Andai ada yang salah, tolong betulkan saya...

Yang dah masuk UPSI ni teruskan la.. Yang belum masuk tu, baik fikir semula la, Betul ke nak masuk UPSI? hehehe.. Tahniah kepada adik2 Diploma yang akan mendaftar masuk ke UPSI... Tahniah... "Selamat Berjuang"

Sekian, Wassalam :D


"Kita harus belajar memanjat 
seberapa tinggi yang kita nak 
hingga ke puncak, 
tetapi kita juga harus belajar 
cara untuk turun supaya tak merasa 
sakitnya terjatuh dari puncak..."
-Ainismaira-




Related Posts with Thumbnails