" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Hydrosephalus - Hidrosefalus - Kepala Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hari ni saya nak share sedikit tentang tugasan/assignment yang saya pernah buat untuk subjek Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak Yang Berkualiti masa Semester 3 kat UPSI. Student di minta mengulas tentang apa-apa keratan akhbar yang berkaitan dengan kanak-kanak. So saya pilih satu artikel yang bertajuk "Saiz Kepala Membesar" (Harian Metro). Kisahnya tentang seorang bayi lelaki berusia 13 bulan yang menderita penyakit "Kepala Berair" atau "Hydrosephalus".

Apa maksud Hydrosephalus? Hidrosefalus? Kepala Air? Tiga terms tu membawa maksud yang sama. Bila sebut pasal hydrosephalus ni mungkin ramai yang tak tahu penyakit apa. Tapi bila kita lihat gambar atau lihat penghidap penyakit tu sendiri barulah kita tahu. Saya pun masa buat tugasan ni barulah saya tahu nama sebenar penyakit ni, selalu saya akan sebut penyakit kepala besar. Pada yang tak tahu, boleh la tengok gambar ok... So kat sini saya share la sedikit sebanyak rumusan pasal penyakit ini. Mungkin boleh jadi rujukan kepada siapa-siapa yang akan mengkaji penyakit ni satu hari nanti :)


Hydrosephalus berasal daripada dua perkataan iaitu “hydro” yang bererti air dan “cephalus” yang bererti kepala dalam bahasa Yunani. Hydrosephalus juga dikenali sebagai “kepala air” merupakan penyakit yang terjadi akibat gangguan aliran cairan di dalam otak iaitu cairan serebrospina (CSF) yang abnormal di dalam ventrikel-ventrikel otak. Cecair ini sebenarnya melindungi, memberi khasiat dan membersihkan otak dan saraf tunjang. Cecair ini dihasilkan setiap hari di dalam ventrikel otak.

Ketidakseimbangan berlaku apabila CSF berkumpul dan tidak dapat mengalir dengan biasa melalui ventrikel dan sistem saraf disebabkan oleh berlakunya sesuatu halangan. CSF yang berlebihan boleh menghasilkan tekanan di dalam otak bayi dan mungkin boleh menghasilkan kerosakan pada otak dan boleh mengakibatkan masalah mental dan fizikal.

Walaubagaimanapun, rawatan awal boleh menyebabkan masalah serius daripada berlaku dan bayi boleh membesar secara normal. Masalah kecil seperti masalah pembelajaran yang minor mungkin masih berlaku. Antara tiga hingga empat daripada 1000 bayi dilahirkan sebagai hydrosephalus congenital, sementara itu hampir 80 hingga 90 peratus bayi yang lahir dengan keadaan kecacatan tiub neural berisiko menghidap hydrosephalus.

Hydrosephalus berpunca daripada ketidakseimbangan di antara CSF yang dihasilkan di dalam otak dan kebolehannya untuk diserap kembali. Lazimnya, CSF mengalir melalui dan keluar daripada bahagian otak yang diberi nama ventrikel dan kemudian mengelilingi otak serta saraf tunjang. Pada peringkat ini, CSF memberikan khasiat dan bertindak sebagai pelindung. Ia kemudiannya diserap oleh sekeping tisu yang nipis, yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Hydrosephalus terbahagi kepada dua iaitu congenital dan perolehan iaitu yang diperoleh selepas kelahiran dan bukan sebab keturunan.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan hydrosephalus congenital, antaranya ialah Aqueductal Obstruction/Stenosis iaitu penyempitan abnormal suatu laluan atau bukaan dan punca ini paling kerap terjadi. Seterusnya, Akueduk serebrum yang membawa CSF daripada ventrikel tiga ke empat tersumbat menyebabkan CSF berkumpul dan menyebabkan hydrosephalus. Halangan ini mungkin juga berlaku disebabkan oleh kecacatan, jangkitan, pendarahan atau ketumbuhan. Kecacatan tiub neural boleh berlaku apabila struktur yang menyelaputi dan menyokong saraf tunjang tidak dihasilkan dengan normal. Ini menyebabkan pengaliran CSF tersumbat di dasar tengkorak.

Punca-punca yang lain pula ialah, pendarahan intraventrikular yang terdapat dalam ventrikel atau IVH, perkara ini kerap terjadi kepada bayi pramatang kerana saluran-saluran darah di otak belum cukup matang dan lemah menyebabkan ia mudah pedah dan pendarahan boleh berlaku yang boleh menghadang pergerakan biasa CSF. Seterusnya ialah meningitis iaitu jangkitan virus atau bacteria yang menghasilkan inflamasi pada selaput yang menyelaputi otak dan saraf tunjang yang menyekat pengaliran CSF. Selain itu, trauma kepala iaitu pendarahan daripada trauma kepala juga mengakibatkan penyerapan CSF terhalang. Ketumbuhan atau tumor juga berkemungkinan akan mengganggu pengaliran CSF ke hydrosephalus dan yang terakhir ialah Dandy Walker Syndrom, iaitu kecacatan genetik kerana ventrikel keempat tidak normal dan mengganggu pengaliran CSF.

Hydrosephalus yang dihidapi oleh kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, symptom yang paling ketara adalah saiz kepala membesar dengan luar biasa, kelihatan ketara ketika lahir atau dalam sembilan bulan pertama. Bahagian lembut atas kepala bayi yang juga mengembang dan kelihatan penuh. Seterusnya kulit kepala kanak-kanak akan menampakkan saluran darah yang timbul dan pandangan mata sentiasa ke bawah dan menghasilkan mata putih di atas iris. Kanak-kanak yang menghidap hydrosephalus juga akan mengalami tidur yang berlebihan, muntah tetapi penyusuan atau pemakanan yang kurang. Kanak-kanak ini juga akan menangis dengan bunyi yang kuat.

Lazimnya, penyakit ini boleh diketahui semasa pemeriksaan fizikal selepas lahir sekiranya saiz kepala besar di luar jangkaan. Ultrasound, CT scan dan MRI boleh dilakukan untuk kepastian dan pemeriksaan yang lebih terperinci. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan penghidap penyakit ini mengalami kerosakan pada otak. Kesan sampingan jangka panjang bergantung kepada punca sebenar, keterukan dan tindak balas terhadap rawatan. Rawatan kebiasaannya adalah secara pembedahan dengan meletakkan satu tiub anjal atau pintasan di otak untuk membantu pengaliran CSF. Tiub ini kekal tetapi mungkin akan ditukar atau dibaiki sekiranya perlu.

Kaedah rawatan yang seterusnya ialah, Endoscopic 3rd Venticulostomy (ETV) iaitu melibatkan pembedahan penebukan satu lubang kecil di dalam ventrikel otak untuk membolehkan cecair CSF dialirkan terus ke cisterna asas. Rawatan ini sesuai untuk hydrosephalus jenis tidak berhubung atau non-communicating. Walau Bagaimanapun, ada sesetengah pakar bedah otak yang menggunakan rawatan ini ke atas pesakit hydrosephalus yang berhubung dengan jayanya. Satu lubang kecil dibuat di tengkorak dan pakar bedah akan memasukkan kamera kecil ke dalam ventrikel. Kemudian alat khas akan digunakan untuk menebuk lantai ventrikel ketiga.

Kanak-kanak yang menghidap hydrosephalus congenital berisiko menghadapi masalah perkembangan dan mungkin memerlukan terapi seperti fizikal dan pertuturan tetapi jika dikenalpasti dengan segera dan diberikan rawatan awal, kanak-kanak ini boleh melalui kehidupan yang normal.

Rujukan lain :
1. Hidrosefalus (Scribd)
2. Hidrosefalus (KOSMO)
5. Hidrosefalus (Multiply.com)
6. Hidrosefalus (Wikipedia)
7. Hidrosefalus (Pusat Maklumat Rakyat)
8. Hidrosefalus Buat Kepala Bayi Membesar (Pusat Maklumat Rakyat)
9. Hidrosefalus (Darto Saharso)



Homemade Masker (Topeng Muka)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Heh.. cuti-cuti yang membosankan kat rumah ni memang rajin belek muka depan cermin.. Kulit muka lak macam-macam corak yang ada T_T.. Sekali sekala saya ada juga pakai masker, nak beli memang tak la, sebab rasa tak mampu dan bukan pulak satu keperluan. So saya buat sendiri je.. Seperti yang sedia maklumlah function masker ni nak menanggalkan kekotoran pada wajah. 

Mana dapat idea? Daripada kakak saya la, dia memang rajin jaga kecantikan dan penjagaan badan.. Hehe.. So macam mana nak buat? Apa bahan yang diperlukan? Jom la intai.. :D

Bahan-bahannya : 

Sebiji telur ayam

Tisu 

Gunting
scissors.jpg

Air panas

Ha tu je lah bahannya.. Murah je, low bajet punye.. Hehe.. Curi je yang mak punya kat dapur tu..

Cara-caranya :

1. Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja letak la dalam mangkuk ke piring ke atau apa-apa bekas la..
2. Ambil tisu, lipat 2, lipat lagi lipat lagi bagi agak kecil tp jangan kecil sangat jangan pula besar sangat..
3. Gunting tisu tu ikut saiz yang dah dilipat..
4. Sebelum mula, wapkan dulu muka guna air panas nak bagi liang-liang roma terbuka.. :D
5. Ambil putih telur dan sapu la kat muka, ikut la nak start dari mana, kalau saya, start kat hidung dulu, biasalah kat situ memang selalunya banyak blackhead + whitehead kan..
6. Sudah sapu telur, tepekkan tisu tu kat muka, tempek la agak tebal 3 lapis camtu, sampai xnampak kulit kita la senang cite.. Kalau tak cukup telur tambah, tambah dan tambah lagi.
7. Pastu proceed la ke bahagian lain pula sampailah penuh satu muka korang. Kena sabar sikit sebab tisu mudah koyakkan? So slow-slow je buat tu ok..
8. Sudah siap tunggu la kering dalam 20 minit (ikut ketebalan tisu)
9. Pastikan dah betul-betul kering ye, basah-basah sikit tak mau.
10. Sudah tu korang tanggalkan la tisu tu dari muka, mula tarik dari bahagian bawah ke atas.

Dah sudah tu korang boleh la tengok kat tisu tu segala kotoron tertanggal dari muka, blackhead ke whitehead ke insyaAllah tertanggal.. Hehe.. Pastu jangan lupa cuci muka dengan air bersih ye... :)

Selamat Mencuba !




Related Posts with Thumbnails