" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Jawatan Kosong 2014

Iklan jawatan kosong (Guru Tadika)

Lokasi : Klang, Selangor

*Wanita Islam sahaja
*Berminat bekerja bersama kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun
*Boleh mengajar mengaji merupakan 1 kelebihan
*Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris yg mudah dan Bahasa Melayu
*Lepasan universiti digalakkan memohon tidak kira dalam apa jua bidang.
*Penginapan dan makanan disediakan.
*Latihan akan diberikan

Jika berminat boleh hubungi Puan Siti Hajar di talian ; 0145060311 atau blh hantar resume ke sitihajar_diaudin@yahoo.com

Urgent utk lantikan Januari 2014..

-kalau ada soalan direct blh komen kt cni.. insyaAllah sy cuba jwb mna yg kurang jelas

Luahan Hati Ibu...

"Ma sedih, anak-anak ma masa kecik tak dapat pakai baju cantik2..baju mahal, xde baju baru.."

Allah.. Maa.. ma tau tak kitorang adik beradik tak kisah pun semua tu... ma dah besarkan kami dengan baik.. pasal pakaian bukan satu masalah besar.. kami share adik bradik, tukar2 baju, pakai baju lama kakak tu pun xpe ma..

Syukur ma besarkan kami macam ni, supaya kami tak biasakan diri meminta-minta.. tak belajar hidup mewah, ada duit sentiasa beringat... hidup kita sekarang pun dah cukup baik... tak kaya tapi kita sekeluarga bahagia... 

Ma jangan la sedih.. perkara yang lepas tu biarlah lepas.. 





Selamat Pengantin Baru!

Pin Pin Pon Pon || , , , , , ,

Entry special buat abg kesayangan dan ahli baru dalam keluarga saya.. :)

Pada 23/11/2013 yang lalu, family saya dapat ahli baru.. yay, gembira dapat kakak ipar.. tarikh tu hari pernikahan satu-satunya abg saya.. Dah lama nak tunggu dapat kakak ipar, akhirnya Allah makbulkan doa kami sekeluarga...

Perkenalan singkat yang diaturkan saudara akhirnya membawa ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah.. semoga Abg Hairil & Kak Najihah berbahagia selamanya.. Welcome to our family kak!! Kak Najihah ni cikgu.. cikgu "Oh! My English".. nasib tak speaking ngan kami.. hihi..

Pertama kali jumpa kak Najihah masa Aidilfitri 2013 yg lalu.. lepas kedua belah keluarga dah setuju, akhirnya dorg ni disatukan.. Alhamdulillah kak Najihah seorang yang peramah, baik hati dan cute.. hehe.. boleh masuk lah dengan adik2 iparnya yang seramai 6 orang ni.. Kak Najihah pun nampak serasi sangat dengan abg..

Lepas ni mestilah nak menunggu kedatangan "anak sedara" pulak.. hehe.. Mai mai tgk gambaq kawin dorang :D


23/11/2013 - Bertunang, Nikah, Resepsi belah perempuan di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong


Bertunang sekejap... Mak saya ngah menyarung cincin ke kak ipar, disaksikan oleh umi dan abah kak ipar.. :D


Sah! Sah! Alhamdulillah... moment ni selalu mmg sedih sikit.. hihi :)


Yay dah sah! Ni la family saya ! :D


Lepas nikah terus reception.. Majlis di pihak perempuan.. :)


24/11/2013 - Majlis Sambut Menantu!!

Majlis ni belah family saya la di Perak, meriah tak hengat.. ade dj bagai.. abah la.. okay la tak sunyi sangat.. ramai jugak tetamu yang hadir.. ni lah 1st time family buat kenduri.. tak menang tangan pulak tu nak melayan tetamu.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun ade insiden lawak sane sini.. haha.. tapi ok la.. walaupun penat.. seronok.. :)

tu dia tu dia.. 1st time buat guest book.. khas utk abg.. last minit buat.. pg kenduri baru buat.. haha..

Yang seronoknya kenduri ni nak melaram la.. maklumla anak dara smuanya.. baju ni mak saya yg jahit.. :D sy tolong jahit manik je.. tu pn kat baju sendiri je.. haha..

Adik beradik.. 7 semua.. 1 hero 6 heroin.. yg hero dah jumpa heroinnye.. yg  heroin2 lain je xjumpa2 hero mereka.. haha..


Sikit je la sharenye ye.. Abang dah lepas, tak yah pk dah.. adik2 lain pulak kena pk pasal kahwin.. eloknya langsung sekali.. baru jimat belanja.. tp.. xsempat cari bakal suami nak langsung sekali ngan abg.. haha.. xpela.. moga ini satu permulaan yang baik untuk kami yang lain-lain pulak..

"Selamat Penganti Baru Abg Hairil Anuar & Kak Najihah Hanim!!"





Alhamdulillah, tamat pengajian.. :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya dah berjaya tamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tg. Malim Perak dengan jaya dan gemilangnye.. hehe..

Perasaan gembira tak terkata akhirnya semuanya berakhir.. Terasa sekejap sangatkan.. Saya tinggalkan dunia blogging seketika demi nak menghabiskan pengajian saya.. Alhamdulillah, walaupun lama sy tinggalkan blog ni bersawang, income tu tak putus2 masuk.. Terima kasih semua..

Pada 20 September lepas saya dah pun tamatkan semester terakhir, iaitu latihan mengajar di Tadika Little Caliphs di Shah Alam.. Dalam minggu lepas pula keputusan semester akhir dah diumumkan.. Alhamdulillah, syukur dengan keputusan yang diperolehi.. Penat lelah sakit perit susah payah bersama rakan-rakan berjaya menghadirkan sekuntum senyuman di bibir.. tak sangka dengan keputusan cemerlang yang diperolehi, terima kasih banyak2 kepada pensyarah Penilai, Dr.Nordin dan guru pembimbing, serta guru-guru di Little Caliphs.. juga kepada anak-anak murid kesayangan..

Cita-cita nak menjadi guru tadika sudah hampir tercapai! Januari 2014 nanti saya akan mulakan tugas sebagai guru tadika yg sebenar di Little Caliphs juga, tapi di Klang.. Alhamdulillah.. rezeki datang sekelip mata.. Mungkin bagi yang lain, tidak cukup sekadar menjadi guru tadika.. Tapi, saya ambil kos ni pun, sebab saya mmg nak jadi cikgu tadika.. itu minat saya.. walaupun pendapatan tak seberapa, tp tugas ni lebih memerlukan keikhlasan sebenarnya.. 

Semoga diri ni dapat menjalankan tugas dengan baik... Dapat mendidik anak-anak Little Caliphs menjadi anak yg soleh dan solehah.. :)





Selamat Berpraktikum Sahabat....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

:)) Sekejap je rasanya masa berlalu.. rasa macam baru semalam aktif blogging.. dan masih baru melangkah kaki ke UPSI.. Sebelum masuk UPSI saya sangat aktif blogging, hari2 mesti update.. Tapi lepas masuk UPSI, masa tu dah terhad.. Walaupun boleh menulis, tapi saya ni memang jenis susah nak fokus kepada terlalu banyak kerja.. Akhirnya blog ni tersadai, bersawang berhabuk semua ada..

Saya mula daftar di UPSI pada bulan Disember 2010... Hari ni dah Jun 2013... 2 tahun setengah menuntut ilmu di UPSI, akhirnya pada hari ini 3 Jun 2013 kami pelajar2 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI intake Dis'2010 bakal berpraktikum selama 16 minggu a.k.a 4 bulan sampai laaa 21 September 2013.. Excited? Takut? Semuanya ada..

Rasa macam belum cukup ilmu di dada nak mendidik kanak-kanak di tadika nanti.. Ape2pun semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Tanpa sebarang masalah.. :)) Saya dan rakan-rakan yang lain dah memilih sebuah tadika di Shah Alam untuk berpraktikum.. Tengok sikit rupa tadika tu.. Hehe..

Haa.. ni la tadikanye.. comel x? warna warni dan ceria.. :)

Hope semua teacher di tadika tu boleh terima kami dengan baik dan memberi tunjuk ajar tentang teknik mengajar yang betul.. Sebab jujurnya, saya tak banyak pengalaman mengajar di hadapan kanak-kanak.. Ni lah pengalaman pertama saya.. Kadang2 kanak2 ni susah sikit nak handle kan.. kena pandai tackle minat mereka.. :) 

Saya akan berpraktikum dengan 4 orang lagi rakan saya.. Aisyah, Yaya, Intan dan Nailah..

Ni lah kawan2 saya kat UPSI, tapi Fatin (kiri sekali) xpraktikum bersama.. 
Semoga Atin berjaya di Kajang ye..


Selamat berpraktikum kepada sahabat2.. Semoga kita sama2 dapat mengharungi detik2 ini dengan tabah..sabar dan penuh berdedikasi.. cewah.. Tak lupa jugak kepada sahabat2 yang berpraktikum di Behrang2020.. Naim, Umi, Yuyu, Izza, Sumaiyah, Zulfah, Fatihah dan Nadzirah.. Semoga kome2 berjaya ye.. :))



Cinta Jarak Jauh Mampukah Berkekalan?

Pin Pin Pon Pon || , , , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... :)

CINTA. Saya percaya semua dari kita pernah merasa cinta kan? Tapi tak ramai dari kita yang pernah merasa cinta jarak jauh. Ada yang percaya, ada yang tidak. Bagi yang pernah mengalaminya mungkin faham macam mana keadaannya.. Sebenarnya, banyak juga kebaikan cinta jarak jauh ni.. Ok, saya mengaku saya mengalaminya, mungkin tak adil kalau saya nak ceritakan sendiri segala kebaikannya.. Tapi inilah kenyataannya. 

Cinta jarak jauh ni hanya untuk orang-orang yang jujur, ikhlas dan mempunyai kesetiaan yang tinggi. Tapi tak bermaksud orang yang tak mengalaminya tak mempunyai ciri-ciri tu. Cuma, bagi cinta jarak jauh ni kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan tu perlu berkali ganda. Yelah, tak mudah kan, untung sekarang ada hp, internet dan sebagainya, jadi hari-hari boleh berhubung.. Orang dulu2 saling berutus surat je.. Tapi Alhamdulillah berkekalan.. sebab dulu faktor yang menyebabkan seseorang boleh berlaku curang tu kurang..

Percaya atau tidak, internet dan handphone memang boleh membantu seseorang bertemu jodoh.. Yang pemalu boleh bertegur sapa melalui ruangan chat atau sms sahaja.. Dari situ dia boleh dapat jodoh, atau sekurang-kurangnya ada kekasih.. Kalau dua-dua elemen ni tak ada, mungkin saya pun masih single sampai sekarang.. Hehe.. 

Pada pendapat saya, kita tak boleh ukur kesetiaan dan keikhlasan seseorang melalui jarak.. Ye betul, bila jauh kita tak tau apa yang dia buat kat sana.. Tapi, selama mana kita masih setia, tak perlulah diragui kesetiaannya.. Kadang-kadang, orang yang curang sendiri kerap akan merasa pasangannya curang.. Jadi, ikhlaslah pada diri..



14 November 2012, genap 5 tahun hubungan saya dan dia.. Macam-macam suka duka yang dilalui.. dalam tempoh ni, hanya 2 kali kami berjumpa, dan sekarang sudah 3 tahun lebih saya dan dia tidak berjumpa.. Alhamdulillah, hubungan masih berkekalan walaupun kadang-kadang ada rasa sedih, bosan dan sebagainya.. Tapi Allah bagi kami kekuatan untuk saling setia antara satu sama lain.. Walaupun kadangkala hati ni menangis jugak bila dapat tahu sesuatu yang melukakan hati.. Syukur, hati masih kuat.. Cuma tak tahu sampai bila boleh bertahan..

Kami hanya mampu berdoa, semoga Allah permudahkan segalanya dan memanjangkan jodoh kami... 

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.


Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.

Semoga hubungan yang dibina dengan keikhlasan, kejujuran mampu berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan...



Moist Chocolate Cake Yang Betul2 Moist

Pin Pin Pon Pon ||

Assalamualaikum, amboi dah jadi macam blog resepi plak ye.. Kih3.. Maklumlah sekarang tengah cuti, so rajin2 la sikit nak try itu ini.. Resepi ni saya ambil kat web My Resepi rasanya.. Selalu lupa, lepas ni tiap kali ambil resepi kena copy semua termasuk nama penyumbang resepi.. Maaf ye.. Kek ni saya buat dalam bentuk cup cake mulanya, kemudian saya cuba masukkan dalam loyang, tapi mungkin loyang tu terlalu besar, jadi kek tu naik tak sekata.. Yang saya guna cup ok je comey loteh.. Oke2.. jom salin resepi eh.. :) Resepi ni saya dah ubahsuai mengikut bahan2 yang ada je..

Resepi Moist Chocolate Cake


BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate
(Saya cuma letak 1 sudu kecil baking powder, so kalau xletak soda bicarbonate pun x ape.. :)

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus (gula icing pun boleh/gula kasar yang dah diblend)
1 cwn susu pekat (saya guna 1/2 cwn shaja.. pun dah manis..)
1 cwn minyak masak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Putar gula + telur sampai kembang (guna high speed) saya pukul dalam 10 minit .
Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan putar menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan
sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi
(part ni tak perlu putar gula hand mixer just ratakan ngan senduk kayu).

Kemudian saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas
(masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)

Lepas tu saya kukus selama 1 jam.. Sebab kalau bakar kek naik tak sekata, senget benget, mungkin oven tu tak sesuai untuk kek ni bersesak-sesak dalam tu, naik over sangat sampai melimpah.. Haha..

Itu jelah caranya.. kat sini ada sikit info tentang tools + bahan yang saya guna..

1. Measurement Cup/Spoon
(google je, kes malas ambil gambar.. seeloknya gunalah cup yg dah siap camni ye..)


2. Serbuk Koko
(Sekarang dah tukar pek baru, warna coklat..)




Masa mula-mula buat, saya guna 2 teknik, 1st saya bakar.. 2nd saya kukus..
(Bukan kukus gril panggang ye.. hehe)


Yang ni rupa sebelum dibakar, mungkin terlalu bersesak, sebab oven kecik je..

Tengok dia naik luar biase kembang, sampai ada yang melimpah.. Hahaha...

Nahh.. ni dia rupa lepas bakar, naik sebelah je.. hahhaha.. Lawak je.. Dah tengok keadaan macam ni saya ambil keputusan untuk kukus yang lagi separuh tu..

Ni pic sebelum dikukus..

Yang ini selepas siap dikukus.. Hitam cam negro sikit.. Haha..

Yang ini pulak setelah dicurah topping coklat + cute leb leb.. Ahakz.. Tak pandai nak hias.. Camni je senang..


Komen saya (tak malu komen sendiri).. Dua-dua pun ok, cuma nak rupa cantik lebih baik kukus, sebab kek xnaik tinggi dan tak merekah.. Adunan yang saya guna ni boleh dapat 18 hingga 19 biji cupcakes...



Memang sangat moist sampai rasa macam tengah makan coklat, bukannya kek.. Ahakz..

*Selamat Mencuba*

*Terima kasih kepada siapa yang share resepi ni, maaf saya lupa nama awak.. huhu*

Note : Adunan ni memang cair, jangan pelik ye... :)

Product Review : Felinna Inch Loss & PMCVC

Assalamualaikum..

Dah lama baru nak cerita.. Sekarang ni macam dah kurang pulak org cerita pasal losyen felinna ni kan.. Dulu saya ada jugak la cuba.. Tapi pakai sebotol je.. (sekarang masih tak habis, ada lagi sikit)..

-Felinna Inch Loss Lotion-


Komen saya lepas guna produk ni.. Okeyy la.. Tapi kena rajin la nak menyapu losyen tu kat perut dll tempat.. Saya ni spesis malas sikit.. Awal-awal je la rajin sapu.. Sebelum guna losyen ni, saiz pinggang dalam 32 inci, lepas guna 29 inci.. (okey, nampak macam tak gemuk, tapi penuh spare tyre kat perut.. "lipatan agung" saya panggil.. huhu.. Kiranya loss dalam 3 inci saje.. Lepas tu terus tak loss dah kah3.. tak tau di mana silapnya, minum air dah tak larat sampai semput-semput jadinya.. hehe..

Lepas tu yang katanya kena ukur sebelum dan selepas sapu losyen ni tidaklah seperti yang digembar gemburkan.. Tak denye lepas sapu terus kecik.. Ni yang berlaku pada saya la.. Orang lain maybe betul.. Sebab maybe saya ni jenis gemuk daging..(gemuk xsesuai, berisi la, chubby kot, ehh.. sebenarnye tak gemuk, tp berlipat-lipat macam maskot Michellin..hahah)..

**Ini maskot Michellin kan kan kan.. haha.. banyaknye lipatan..**

Kesimpulannya, kena rajin berjoget sambil menyapu losyen ni.. Hasil pada setiap orang memang berbeza.. So xnak la kata produk ni tak berkesan.. Sebab ada je orang yang boleh kurus guna produk ni je.. Tapi keyword dia memang "KERAJINAN" laa.. Kalau rasa diri tu tak berapa nak rajin, tak payah la guna kan.. Senang.. Hehe..


-Felinna Pure Marine Collagen + Vitamin C (PMCVC)-


Produk ni pulak, okey jugak.. Lepas saya try dalam seminggu perasan dah hasilnya, kulit muka memang tak berminyak.. Paling best, bila bangun tidur.. Perghh memang kulit tu nampak cantikkk je.. Ahakzz.. Kemerahan gitu.. Bila tanya kakak, dia pun cakap macam tu.. Agaknya semua orang pun rasa cantik masa bangun tidur kan.. Hehe.. Tapi saya consume benda ni sebulan je.. 1 kotak.. sebab tak mampu.. Beli pun sebab masa tu tengah ada promotion sekali dengan losyen Felinna tu..

Pil ni pun saya cuma makan pada waktu malam, sebelum tidur, agaknya sebab tu la bangun tidur je nampak cun, bila dah cuci muka terus hilang serinya.. Haha.. Tapi memang berjaya jugak la mengecutkan jerawat.. Parut pun ada yang pudar, kalau saya consume dalam 3 bulan, mungkin la boleh jadi cam owner die kan.. Agaknye la.. Tapi memang kena minum banyak air.. Saya tak mampu sampai 3 liter.. Kurang2 2 liter je mampu.. Maybe sebab tu efek tak the boomm sangat..

Tapi untuk penggunaan 1 kotak tu, saya puas hati la jugak dengan hasilnya.. Cuma bila dah dalam minggu ke 3 dan 4 tu, kulit start berminyak balik.. (masalah saya oily skin).. Tah ape kes jadi gitu.. Minyaknya luar biasa banyak.. Maybe sebab dah kurang minum air.. almaklumlah "PEMALAS".. 

So, kalau nak cuba produk2 kecantikan macam ni, kena la rajin minum air masak banyak-banyak.. 3 hingga 5 liter biasa yang disyorkan.. Tapi ada yang cakap sekurang-kurangnya 2 liter.. Mampu ke? Kalau mampu, ok la.. Hehe..

Tu je lah, serba sedikit review sal produk ni.. Tak de testimoni bergambar, sebab consume sebulan je, nak mengharap muka comel gebus memang tak lah.. Sebab biasanya satu2 produk ni kita kena cuba dalam 3 bulan.. Baru nampak hasil, if tak ok boleh tukar, kalau ok boleh teruskan..

Gambar atas semua packaging lama, sebab masa guna camtu rupanya.. sekarang dah packaging baru.. Comey lotey nampaknye.. Ade leb leb gitu.. 


*Pic semua ehsan Googlee*


**NEXT PRODUCT REVIEW**


Resepi Puding Telur Caramel Sedap dan Tidak Berlubang

Pin Pin Pon Pon ||

Ahakz.. Tajuk entry paling tak boleh blah punya.. Selamat petang semua.. hari ni saya nak share resepi puding telur caramel yang sedap di tekak saya yang pasti teksturnya cantik, tak lembik dan tidak pula berlubang-lubang.. Rasanya pun tidaklah terlalu manis, sedap-sedap tekak je.. Puding ni antara favorite saya, makan sejuk-sejuk memanggg boleh habis sekelip mata.. So lets masak-masak.. :D

Bahan-bahan (Caramel) :
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara buat caramel :
Masukkan gula ke dalam pan/kuali kemudian masukkan 1 sudu besar air.. Guna api yang perlahan sahaja ok.. :)

Kacau sampai la gula tu cair.. Kalau nak tahu sama ada caramel ni jadi ke tak, gula tu akan jadi kering terlebih dahulu, pastu dia keras melekat-lekat lepas tu baru gula tu cair dan warnanya jadi kekuningan macam tu. Jangan terlalu gelap, takut pahit..

Dah agak puas hati dengan warna caramel tu, tuangkan lagi 1 sudu besar air, part ni kena hati-hati takut gula tu terpercik kena tangan pulak... Kacau cepat-cepat kemudian terus tuang ke dalam bekas acuan dan biarkan caramel tu sejuk dan keras.. 

Bahan-bahan (Puding) :
5 biji Telur (3 biji ambil kuning dan putih sekali, lagi 2 biji kuning sahaja)
4 sudu besar gula
1 tin susu cair (saya guna jenama Marigold)
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara buat puding :
Kacau telur perlahan-lahan, tak perlu kacau macam nak buat kek atau telur dadar, kacau slow-slow je jangan sampai telur berbuih..

Masukkan 4 sudu besar gula, kacau lagi sehingga gula hancur.

Selepas tu, panaskan 1 tin susu cair bersama 1 sudu kecil esen vanila menggunakan api yang kecil.  Kacau perlahan-lahan jugak.. Tak perlu sampai mendidih, bila dah berasap sikit tu ok la.. 

Kemudian masukkan susu yang sudah dipanaskan sedikit demi sedikit ke dalam telur yang dah dikacau tadi, kacau perlahan-lahan ye..

Bila dah agak sebati, tuangkan campuran telur + susu tadi ke dalam bekas yang berisi caramel yang sudah keras tu.. (Jangan lupa tapis ye :)

Lepas tu, ambil aluminium foil tutup bekas tu.. Kemudian bolehlah dikukus selama 30 hingga 45 minit dengan api yang sederhana/kecil. Bekas tu kita tutup sebab nak elakkan wap air masuk ke dalam bekas, nanti tawar pulak kan..

Ok, lepas dah siap tu tunggu sejuk sebentar, then masukkan dalam peti ais, sejukkan dan makannnn.. Nyum3.. memang sedap! :D

Saya nak share gambar, tapi faham-faham la, benda sedap ni tak sempat, lagi pun tak menang tangan la nak buat.. Paling mencabar part nak buat caramel.. Menguji kesabaran.. Hehe.. Tapi hasilnya tak pernah mengecewakan.. So dapatla gambar ni je.. hehe..



Alhamdulillah, resepi ni memang mudah sangat.. Semua orang pun boleh buat.. Selamat Mencuba :D

Note : Jangan guna bekas acuan yang terlalu besar nanti puding ni nipis je, sebab adunan ni dapat ngam-ngam satu bekas Disposable Plastic Microwave.. cam dalam gambar kat bawah ek..

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

Semua orang tak suka tidurnya diganggu.. Tapi ada orang, kalau tak dikejut memang tak bangun, tambah-tambah yang jenis tidur mati.. Kebanyakan daripada kita fikir, bila cakap lembut-lembut, dia takkan bangun, jadi kita jerit kuat-kuat supaya orang tu bangun.. Jujurnya saya tak suka orang kejutkan saya dari tidur dengan cara yang kasar, sebab boleh mengganggu mood seharian.. Apa lagi bila keluar ayat-ayat yang tak sepatutnya, "bangunlah, tido je tau! nak jadi ape tak tau la!" 

Bila ada orang yang bising ketika saya sedang tidur pun boleh membuatkan saya marah.. Sebab saya ni jenis susah nak tidur, tapi mudah tersedar.. Bila dah tersedar, pusing la 360 darjah pun belum tentu boleh tidur semula.. Jadi waktu tidur tu adalah masa yang paling berharga untuk saya.. Normallah bagi orang yang menghidap insomnia ni bangun lewat setiap hari.. Tapi, kalau ada komitmen, tak de lah bangun lewat.. Pandai-pandailah urus masa sendiri kan.. Jam loceng ada, alarm phone ada, gunakan sebaik mungkin.. :)

Jadi kebetulan terbaca di Facebook tadi, bolehlah share kat sini.. Harap dapat jadi panduan.. :)


♥ ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ♥ 

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.



♥ Beri salam kepada anak yang sedang tidur

♥ Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

♥ Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

♥ Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

♥ Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

♥ Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

♥ Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

♥ InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang





Perempuan Takut Gemuk?


Yang ini bukan auta, tapi fakta.. Ye, sebab saya perempuan.. Saya takut kegemukan.. Tambah-tambah bila ada orang tegur yang kita ni dah nampak berisi, nampak gemuk, dah gemuk.. Aduhai.. Boleh menjadi tekanan sebenarnya hal-hal macam ni.. Sebenarnya saya ni bukannya kategori berisi sangat. BMI saya masih normal, bila tengok pada ketinggian, berat saya tak boleh lebih dari 59kg, kalau lebih maknanya saya gemuk.. Macam tu la kot.. 

Banyak faktor yang buatkan saya tak nak jadi gemuk.. First, sebab saya tak nak orang ejek saya gemuk.. Kadang-kadang kesian kat orang yang badannya berisi ni, selalu kena kutuk.. Saya pun tak faham kenapa keadaan macam tu berlaku.. Banyak perkara bermain kat kepala otak, orang kata kalau badan kita gemuk, tak de orang yang nak.. Semua tu tak tepat pun sebenarnya.. Sebab ramai je yang berjumpa dengan pasangan hidup.. Hidup bahgia berkeluarga.. Ye memang betul, tapi nak jumpa dengan orang yang sudi tu bukan senang.. Kan?

Kebanyakan mereka yang mempunyai badan besar, tapi belum jumpa teman hidup, selalu menyalahkan tubuh badan mereka. Lepas tu mulalah nak berdiet, makan produk itu ini untuk kurus.. Kadang-kadang saya pun tak pasti, perempuan nak kurus sebab apa.. Adakah sebab kaum lelaki? Atau pun kepuasan diri sendiri? 

Bila badan kita besar, susah nak mencari saiz baju, saiz seluar dan sebagainya. Betul jugak kan? Tapi masa zaman saya kurus kering dulu pun susah jugak nak mencari saiz seluar.. Bayangkan pinggang ni size 23inci, memang susah.. Kalau pakai yang size 25 pun memang longgar la, terpaksa pakai belt. Sekarang ni size seluar pun pakai size 27/28..

Ada orang cakap kurus sangat pun tak cantik.. Macam papan la, tiang la, macam-macam lagi nama panggilan.. Dulu kakak saya pernah panggil saya kerempeng sebab terlalu kurus.. Adik-adik pun pernah cakap, kalau saya kurus saya tak cantik. Persoalannya cantik ke? Memang la bila tengok balik gambar-gambar lama, ehh kurusnya aku.. Memang kalau saya kurus nampak tak elok sangat, muka cengkung je, macam tengkorak hidup rasanya.. Tapi tu cerita dulu, sekarang saya puas hati dengan diri saya.. Cuma, satu kemusykilan yang bila cerita orang tak percaya dan tak nak percaya..

Bila bercerita tentang berat badan, berat terakhir yang saya timbang pada bulan 2 kalau tak silap, 57kg.. Ada yang cakap saya tipu.. Tak percaya.. Saya ni lagi la tak percaya.. Orang kata, saya ni tak la gemuk.. Tapi kenapa berat? Saya pun pelik.. Macam-macam persoalan, berat tulang la, berat dosa la.. Haha.. Yang tu sensitif sangat.. Nak buat macam mana lagi, dah memang saya ni jenis berat.. Masa badan kurus kering pun berat dah 47kg, logik la badan macam sekarang berat 57kg..

So, sekarang saya on semula diet, bukan sebab nak kurus, tapi nak kurangkan berat badan.. Kalau cakap nak kurus, nanti selalu je kena marah.. Nak buat apa kurus? Dah kurus tak payah diet.. Macam-macam lagi.. 




Student Pun Boleh Bagi Duit Belanja Pada Mak Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Wah, lamanya tak update blog.. (Tu jela ayat tiap kali update..hehe).. Harap semua baik2 je k.. :)

Hari ni saya nak cerita sikit tentang cara-cara kita sebagai seorang student yang belum bekerja nak bagi duit belanja pada mak ayah.. Yela, mungkin kita tak mampu bagi banyak setiap bulan, macam abang dan kakak yang sudah bekerja.. Tapi sekurang-kurangnya kita bagi.. Yelah, umur macam saya ni dah 26 tahun ni, masih belum bekerja, belajar pun guna duit mak ayah, kadang-kadang rasa malu juga.. sebab sepatutnya dah mampu bagi mereka kesenangan, bukannya membebankan mereka..

Setiap bulan ayah saya akan masukkan RM200 dalam akaun saya.. Dan tu jelah belanja saya tiap bulan.. Memang tepat 21hb setiap bulan ayah saya akan masukkan duit, xpernah miss.. sebab hari tulah ayah saya dapat duit pencen.. Macam mana cara saya berjimat dengan RM200 tu? Bagi sesetengah orang memang tak cukup kan? yelah, sedangkan yang gaji beribu2 pun ada mengadu tak de duit lagi.. Ye, sebab ada banyak tanggungan, contoh dah berkeluarga, duit sewa rumah, duit kereta, makan minum isteri dan anak-anak..

Kenapa saya tak minta PTPTN ek.. Sebab dulu saya pernah belajar, dan berhenti, so tak layak nak buat pinjaman sebab masih berhutang.. Lagi pun pada saya PTPTN tu membebankan.. Majoriti student berhutang dengan PTPTN walaupun masih belum bekerja.. Cukuplah setakat RM10000 yang saya pinjam dulu.. Tak nak dah tambah jumlah hutang tu..

Ada banyak cara nak berjimat ni sebenarnya.. 

Kita mestilah gunakan wang tu untuk keperluan sahaja.. Maksudnya yang penting, seperti makanan, keperluan pembelajaran. Dalam sebulan kan ada 4 minggu, so saya memang spend dalam RM50 1 minggu.. Tapi ada masa tak de pun guna sampai RM50 seminggu kan.. Contohnya kalau hari ni saya dah guna banyak, misalnya dah lebih RM20 dan sebagainya, esoknya saya akan kurangkan..

Saya juga tak simpan duit syiling dalam purse saya.. Tiap kali ada duit syiling saya akan masukkan dalam tabung, especially duit syiling 50 sen.. Sebab senang, syiling tak banyak tapi nilainya banyak.. Tiap semester saya buat macam tu.. Memang simpan syiling 50 sen, selalunya saya akan tinggalkan syiling2 10 sen sebanyak RM1 je dalam purse saya.. (Tak suka bawak syiling sebenarnya).. Bila dah hujung sem saya akan bg duit tu pada mak saya.. Haaa tu jelah cara nak bagi duit belanja pada mak..
Bagi yang dapat duit PTPTN dan bantuan kewangan lain tu, sepatutnya boleh bagi lebih lagi pada mak dan ayah.. 

Pernah juga saya buat simpanan RM1 satu hari.. Kira2 balik, satu semester tu ada dalam 16 minggu.. Memang giatla saya menabung sampai habis semester, Jadi total yang saya dapat (16minggu x RM7 seminggu = RM112).. Biasanya student akan kehabisan duit bila dah hujung-hujung sem, tak ke teknik ni buatkan kita masih ada duit.. cukupla tu kan.. bagi saya banyak dah.. Yang tu tak sempat nak bagi mak, sebab dah habis beli baju untuk dinner, tapi akhirnye dinner tak jadi.. Grr.. hampeh rasenye.. Huhu..

Gitu jelah caranya.. So belajar bukan alasan xboleh bagi duit belanja pada mak ayah.. Siapa yang rajin lebih, bolehlah pergi kerja.. Bila dah tak dapat bantuan PTPTN ni, baru saya sedar betapa penting dan berharganya nilai duit walaupun 10 sen.. sebab mengajar saya berjimat.. walaupun saya tak suka shopping, tapi sekali dah berbelanja, memang boleh jatuh miskin.. Hehe.. Tahun ni je dah beratus2 habis sebab beli baju je pun.. Bayangkan la macam mana saya boleh habis beratus sedangkan belanja sebulan RM200 je.. Tu lah gunanya berjimat cermat dan menabung.. Tapi bila tiba waktu shopping hilang dah jimat cermatnye.. Haha.. Tak pelah, janji di hujung semester tu masih mampu bagi mak sedikit duit untuk belanja menampung hidup anaknya yang sedang bercuti 2 bulan ni.. :D

Bila kita hidup bergantung duit mak ayah ni kita akan lebih beringat dan sentiasa gunakan duit tu dengan cara yang betul.. Rasa bersalah sentiasa menghantui diri bila dah terguna duit tu di jalan yang salah.. Seboleh2nya saya takkan mintak duit belanja daripada Mak Ayah saya, cuma bergantung dengan RM200 yang mak ayah bagi..





Tutorial Hilangkan Kesan Putih Pada Tudung Bawal Tone

Pin Pin Pon Pon ||

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Entry ini khas ditujukan kepada peminat2 tudung bawal.. Bawal 2 tone, bawal 3 tone, bawal 4 tone, bawal 5 tone, bawal pelangi, bawal paddle pop dan lain-lain lagi.. 

Hanya pengguna tudung bawal je yang mungkin faham akan entry ini.. Hehe.. Perasan tak tudung bawal tone yang selalu kita beli tu akan muncul warna putih-putih yang bertompok-tompok atau bergaris-garis, kadang2 sampai penuh tudung tu, dah jadi tak cantik..

Kita pun boleh sampai ke tahap, tak nak dah beli tudung-tudung bawal tone lagi sebab lama-lama akan jadi putih. Dulu saya fahamkan kesan putih tu effect daripada sabun basuh, saya fikir tak boleh guna sabun serbuk, kena guna yang liquid.. 

Saya juga fikir kesan tu adalah kesan warna yang luntur dan tak boleh nak diperbaiki lagi, rupanya saya silap, sampailah saya jumpa 1 video tutorial di Youtube yang mengajar cara-cara untuk menghilangkan kesan putih pada tudung bawal tu..

Jom tengok sama-sama, video ini diupload di bawah akaun Gja Abd Aziz.. Terima kasih banyak-banyak kepada peng'upload' video ini yang sangat-sangat membantu saye.. :)




Haa, dah tengok kan? Senang je rupanya.. Guna duit syiling je.. Saya dah cuba, dan memang hilang kesan tu.. Memang suke teramat sangat la.. Sooo... Jom kita ramai-ramai pergi ucap terima kasih kat owner page AyuLensaHati ni.. Hehe.. Kat page fb tu pun ada dijual tudung2 bawal yang comel2.. :)


So lepas ni janganlah give up nak beli tudung bawal tone lagi ek2, sebab tudung2 bawal tone kan sangattt lahh cantiknyeee...






Langsing dengan DIET MAYO!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sekarang ni macam satu fenomena kan bila wujudnya lambakan produk pelangsingan badan dan vitamin c. Semua orang berlumba-lumba nak cantik, nak kurus.. Sebelum ni saya pernah update pasal Diet Atkins, memang sebab entry tu jugak trafik tak putus-putus.. Tapi, baru-baru ni saya ada jumpa satu program diet iaitu Diet Mayo.

Diet Mayo ni telah diperkenalkan oleh Mayo Clinic's USA. Program diet ini dijalankan dalam tempoh 13 hari sahaja. Tapi ada pantangnya, jika Diet Atkins kita tak boleh makan Karbohidrat dan Gula, tapi diet Mayo ni kita hendaklah menghindari GARAM atau makanan yang masin dan air sejuk (ais). Pada hari ke 14 pengamal diet Mayo ni boleh amalkan pemakanan seperti biasa, cuma perlu mengawalnya.

Dari apa yang saya baca, ada yang telah berkurangan sebanyak 8kg dalam masa 13 hari tu. Tapi diet ni agak ketat sikit peraturannya, jika dalam masa 13 hari menjalani diet Mayo ni kita ada terlanggar pantang dan sebagainya, maka perlulah dimulakan semula dari hari pertama.. Macam sia-sia jela kalau langgar pantang sebab kene start balik.. Huhuhu.. So, disiplin diri sangat tinggi la.. Macam Diet Atkins jugak, ada minggu induction 2 minggu tu kan.. 

Saya cuma berkongsi maklumat, saya tak cuba diet ni, bagi saya macam susah nak elakkan garam ni, sebab dalam masakan kebanyakkannya akan ada garam.. So memang tak la saya nak cuba.. Hehe..

Berikut adalah cadangan menu untuk 13 hari program Diet Mayo ni.. :)

Hari Pertama & hari ke – 8

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu )

Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 biji tomato + bayam rebus

Malam : 150 gram daging bakar + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil).



Hari ke-2 dan hari ke – 9

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu )

Tengahari : 1 potong daging bakar atau rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + 1 buah segar

Malam : daging ayam direbus + 1 gelas plain yoghurt.



Hari ke-3 dan hari ke- 10

Pagi : 1 cawankopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar

Tengahari : 2 biji telur di rebus + bayam rebus + 1 biji tomato + 1 buah segar

Malam : daging ayam rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil)



Hari ke-4 dan hari ke -11

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar

Tengahari : 1 telur rebus + 1 lobak merah diparut / dijus + sepotong keju ( 60 gram )

Malam : 1 mangkuk betik + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + 1 gelas plain yoghurt



Hari ke-5 dan hari ke – 12

Pagi : 1 lobak merah besar diparut / dijus + lemon

Tengahari : 1 potong besar ikan dibakar

Malam : 1 potong daging dibakar atau direbus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + seleri kukus



Hari ke- 6 dan hari ke – 13

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar

Tengahari : 1 dada ayam di rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + lemon

Malam : 2 biji di rebus + lobak merah diparut / dijus



Hari ke- 7

Pagi : 1 cawan teh tanpa gula

Tengahari : 1 potong daging dibakar atau direbus + buah segar

Malam : Puasa kecuali minum air sebanyak-banyaknya



Hari ke -14

mulai bebas kembali seperti biasa (kurangi gula dan makanan berlemak)


*PERINGATAN*

1. Daging ( beef steak ) harus dibakar dengan Danish Butter Unsalted ( tawar )
2. Makan malam ( terakhir ) harus jam 18.00
3. Air dapat diminum tiap jam minimal 8 gelas sehari, JANGAN MINUM AIS
4. Daun salad dimakan mentah


Ni contoh2 menu bergambar yang saya ambil dari blog > http://lepetitequeena.multiply.com














Ok, tulah serba sedikit tentang Diet Mayo ni, sumber saya ambil dari blog berbahasa Indonesia, ada yang saya dah translate, yang tak di translate tu memang saya tak tahu la.. jadi saya letak link blog tersebut di sini ye.. 

Sumber : http://lepetitequeena.multiply.com/photos/album/138/Diary-Diet-Mayo-13-hari-bisa-turun-sampe-8kg

Cerita Kanak-kanak : Ratu Lebah Yang Tamak

Pin Pin Pon Pon || , ,
Cerita ini ditulis bagi memenuhi kehendak tugasan untuk subjek KAZ 1023 : Matematik dan Sains Awal Kanak-kanak. Jadi ada sedikit unsur Matematik iaitu berkaitan dengan nombor, unsur Sains pun ada jugak, iaitu Serangga.. Teknik penceritaan terpulang kepada kreativiti guru.. Nak jadi guru tadika/taska/prasekolah ni kreatif tu penting... 





 Ratu Lebah Yang Tamak

Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari.
            
Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5 ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata,

Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang madu yang banyak untuk ratu.

4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara,

Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana pasti terdapat lebih banyak madu.
Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang banyak.
Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana!

Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu. Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini.

Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan seterusnya lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu.

Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua.

5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih terbuka.

Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi.
5 ekor Lebah : Baik tuanku!

Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka dan segera mengambil madu dengan banyak.

Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut kamu penuh.
Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang nanti.
Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang.
Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta!

5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu menutup bekas madu itu.

Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera.

Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

oleh :  Ainismaira

Pengajaran : Kita mestilah menjauhi sifat tamak, kerana orang yang tamak selalu rugi.

*Jangan gelak ek, cite ni memang lawak sikit, mana taknye pukul 4 pagi baru tulis, mengarut2 je ceritanya, pastu masuk kelas betulkan balik terus tunjuk pada pensyarah. Nasib tak kene reject.. Hehe..*


Macam ni lah nasib jadi cikgu tadika, otak kene kreatif sepanjang masa sebab nak menarik perhatian kanak-kanak. Saya ada sediakan ABM tapi masa entry ni ditulis, ABM tu baru 50% siap.. nanti dah siap sepenuhnya saya akan update la untuk rujukan awak2 yang sama bidang dengan saya :))






Bakal Jadi Guru!


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang memberi kami kemudahan dan kelancaran dalam proses mencari tempat praktikum.. Akhirnya dapat satu tempat.. Di mana? Di sebuah tadika di Seksyen 7, Shah Alam.. 



Memang niat di hati nak praktikal di Shah Alam so misi utama dengan housemate memanglah menuju ke Shah Alam..Niat praktikal kat Shah Alam ni bukannya sebab nak bersuka ria, kami cuma mengikut arahan pensyarah supaya cari tadika yang besar dan ramai murid.. Syukur, tadika yang kami call tu rupanya memang besar, sebuah rumah tiga tingkat dan satu lagi di sebuah kondo.. Kebetulan menuju ke Shah Alam, cikgu yang kami hubungi tu pun minta kami datang ke tadika tersebut..

Memang pertama kali ke Shah Alam dengan kereta, tanpa abang dan kakak.. Kira macam redahhh je ni dengan kawan2.. Kami sampai kat tadika tu dalam jam 9 pagi.. Masih ada kanak-kanak yang baru tiba.. Comelnyaaa, baju warna kuning, yang lelaki berkopiah, yang perempuan bertudung.. :D Cikgunya juga sangat baik hati sebab boleh melayan kerenah kami yang macam2 permintaannya..

Syukur Allah permudahkan segala urusan kami.. Kami dijangka akan berpraktikum pada 3 Jun 2013 - 29 September 2013.. Bakal mengharungi bulan Ramadan Al-Mubarak di sana.. semoga segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah.. Jadi langkah seterusnya ketika cuti nanti, mestilah kena cari rumah sewa yang berdekatan.. Banyak dah survey.. Harga pun boleh tahan.. Harap2 masa kami nak praktikum nanti banyak la rumah yang kosong.. :))



*Apa juga yg berlaku pada hari tersebut, kami terima sebagai dugaan.. 
Kami percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..*



Related Posts with Thumbnails