" Life is too short, grudges are waste of perfect happiness..Laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change..Love deeply and forgive quickly..Take chances, give everything and have no regrets..Life is too short to be unhappy..You have to take the good with the bad, smile when you're sad, love what you got and always remember what you had..Always forgive but never forget learn from your mistakes..But never regret.. People change, and things go wrong..But always remember..LIFE GOES ON... "



Nota Penuh Kesakitan Daripada Abah

Menangis.. serius menangis baca nota abah ni.. Semalam (9/12/2014) abah cuba nak cakap sesuatu pada ma, tapi mungkin tak berdaya, jadi abah tulis nota ni .. utk anak-anak.. ��

Dah lama abah sakit, masa saya & adik masih kerja di Klang.. 15/11/2014.. tengah busy dengan Ihtifal anak-anak Little Caliphs.. Sejak pada tu memang tak boleh fokus kerja.. memang dah nak berhenti masa tu.. rupanya ada hikmah saya berhenti kerja..

Kalau difikirkan memang sedih terpaksa tinggalkan anak murid.. tapi lagi sedih kalau kita sebagai anak tak boleh nak berkorban untuk jaga ayah kita..Masa ni lah kita nak jaga dia, nak balas jasa ayah yang membesarkan kita..

Sedih, tiap kali tengok abah mesti menangis.. sebab abah tak pernah sakit macam ni.. biasa seminggu abah dah sihat.. ni dah hampir sebulan abah terlantar.. dua kali admit.. 1st kat hospital Ipoh, 2nd Hospital Selayang..

Bila abah discharged dari Hospital Selayang, keadaan abah masih sama.. abah tak ada selera makan.. muntah.. tak boleh bangun.. selalu sesak nafas.. masa tu saya ada satu hari lagi bekerja sebelum berhenti kerja..

Malam tu call abah, tapi abah tak angkat.. kemudian abah call balik.. berjurai air mata dengar suara abah, penuh dengan kesakitan.. abah cakap abah sesak nafas.. letih.. letih.. kita pulak rasa sebak sangat.. terus menangis teresak-esak.. abah pesan jangan nangis, adik doakan abah sehat.. sedih.. masa tu betul-betul rasa tak menyesal berhenti kerja.. ada hikmahnya, mungkin Allah nak kita berbakti pada abah..

Sehingga hari ni, abah masih belum sihat.. kadang2 abah bangun, seronok tengok bila abah boleh jalan, walaupun tahu setiap langkah tu penuh dengan kesakitan..

Teringat satu malam.. abah panggil saya dan kakak.. Ya Allah, masa tu kami tengok keadaan abah, abah sesak nafass.. abah macam dah nak pergi.. betul tu yang kami rasa.. anak mata abah dah kelabu.. mata abah melilau seperti pandang sesuatu.. sekejap sekejap abah menangis.. sedihhh.. tahu abah sakit.. bila tengok abah menangis, rasa sedih sangat.. sebab tu pertama kali tengok abah menangis macam tu.. bila abah cakap abah sejuk.. abah mengantuk.. abah letih, kami betul-betul takut.. takut abah pergi..

Hari demi hari keadaan abah tak berubah, ada masa abah ok, ada masa tak.. kami pun keliru dengan apa yang jadi.. Apa pun kami selalu berdoa kepada Allah, permudahkan urusan abah.. kalau betul ini masanya abah nak pergi, kami semua redha.. tak sanggup tengok abah macam ni.. terseksa setiap hari.. jauh di sudut hati, masih nak tengok abah sihat macam dulu.. sebab kami anak-anak semua sayangkan abah.. kami tak nak abah pergi.. kami nak abah sihat.. abah jangan putus asa, abah kena kuat semangat.. kami selalu doakan abah.. semoga abah cepat sihat.. InsyaAllah.. ��

Nephew, Engagement & Graduation :D


Bulan September yang lalu memang bulan yang menggembirakan bagi saya... Sekarang baru nak bagi tau la sebab baru datang mood menulis ni.. Penantian bertahun-tahun akhirnya tercapai...

Pada 12 September 2014, kakak ipar saya selamat melahirkan sorg baby boy.. wee.. Alhamdulillah.. jadi makcik dah kite.. Masa tu acik ni tgh beratur nak ambil jubah konvo kat UPSI.. tengahari tu abang dah whatsapp cakap kak ipar dah admit, tengah tunggu masa nak bersalin la.. Kita pun masa tu dah jumpa kawan-kawan susah senang praktikum, dan kawan2 sekelas yang lain.. chit chat la, borak aje.. Hari tu kerja sampai pukul 11 je, sampai UPSI tu dah 12 lebih.. frust la, sebab bilik jubah tutup.. So, kenalah tunggu bilik tu bukak pukul 2.30 ptg katenyee... 

Sementara nak tunggu pukul 2.30 tu kitorang pun pergi la makan, sebab lapar tahap gaban.. So pergilah ke cafe KUO kot.. ke KHAR tah.. tak ingat sangat la, sebab kitorang ni tak merasa duduk kolej baru kat kampus baru ni.. Sebab masa sem last tu kitorang tengah praktikal.. Menu utama melantak memang nasi kerabu la.. semua suka.. tapi tak berapa nak sedap.. tak pedas.. tak habis pun makan..

Dah makan, selfie dan wefie jumpa kawan-kawan lagi... kitorang pun pergilah balik bilik jubah tu... nasib la ade kawan yang berkereta, kalau tak, memerah keringat la berjalan ke dewan besar sane tu.. Maka, beraturlah kitorang.. perghh ramai beno yang tak amik jubah lagi.. sampai pukul 4 jugaklah berdiri tegak kat situ tunggu turn.. mase tengah sabar menunggu tu la dapat whatsapp dari abang, bagitau kak ipar dah selamat bersalin.. yay.. suka.. meloncat sikit kat situ dapat tengok gambar baby..

Ni haaa gambo baby masa baru lahir.. Uuuuu je mulut die.. Agaknya sebab dah tau ibu & ayahnya nak bagi nama Umar.. 
Nama penuh baby ni, Umar Hafiy Syamil.. :D

Ooo yg ni masa umur Umar Hafiy Syamil dah 2 bulan lebih.. dah berat.. muka monyok tu sebab acik die asyik ajak bergambo je.. 
Hihih.. Ni je la kisah Umar ek, acik nak cerita pasal acik la pulakkk... cerita pasal majlis yg selang 2 hari je lepas Umar lahir.. hihi..



Alhamdulillah pada 14 September 2014, saya dan dia dah mengikat tali pertunangan.. Alhamdulillah, syukur sangat.. hampir 9 tahun perkenalan, dekat 7 tahun jugak bercintan cintun jarak jauh, putus sambung tak tau brapa kali dah.. umur pun dah semakin meningkat.. tapi, kita bertunang dulu, ikat setahun hidup.. Majlis pun buat simple je, antara keluarga sahaja dan teman rapat.. 

Ok, dah melalui fasa ni.. xde la berdebar sangat, tapi malu jek sebab semua mata fokus kat kita.. x_x
InsyaAllah, kalau tak de pape halangan, tahun depan bergelar Puan la kita.. huhu.. 
Semoga urusan selepas ini dipermudahkan.. :)

Terima kasih adik beradik yang banyak tolong buat hantaran.. T_T

Terima kasih ma & abah, adik beradik sebab ada sponsor sikit2.. :D 
oo masa ni kak ipar xde la, sebab baru lepas bersalin kan.. 

Cukup la ye cerita pasal bertunang tu.. meh nak cerita lagi satu kenangan bulan September yang menggembirakan... Lepas bertunang hari Ahad tu, Isnin kita cuti la, nak berehat, Selasa tu abang bawak ma & abah balik Kelantan, bawak tengok cucu la.. So selasa tu pun kita balik Klang la, sebab kerja... Selasa, Rabu, Khamis kerja.. tapi hari Khamis balik awal.. hihikk.. sebab nak bersiap untuk event esoknye.. :D Yelah, 19 September 2014, Graduation Day..

3 tahun belajar di UPSI akhirnya konvo, itupun selepas setahun tamat pengajian.. sabar sangat menanti tu.. Alhamdulillah.. seronok.. pengalaman konvo tu xtau nak gambar camne.. lambat merasa.. happy sebab family datang.. seronok dapat jumpa kawan2 ada yang setahun lebih xjumpa sbb last sem tu praktikal.. ramai yg dah bertukar status, tunangan orang, isteri orang, ibu kepada anak-anak.. biasa la tu kan.. :)

Terima kasih semua sebab datang, ada sorg kakak je xdtg masa ni.. 
xpe2.. thank you kak nani sebab belanja Pizza Hut  dr jauh :D kak ipar pun xdtg sbb dlm pantang lagi.. 

Alhamdulillah.. nak berterima kasih jugak kat Kak Liz, sebab sanggup jemput Teacher Aini & Teacher Athirah ni kat Klang.. Terima kasih jugak kat abang.. sian abang.. Dah la pagi bertunang tu, abang baru sampai dari Kelantan... T_T pastu selasa bawak ma abah balik kelantan, then Khamis tu balik semula ke Gombak sebab nak attend konvo kita Jumaat.. Huhu.. besar jasa adik beradik semua.. Terima kasih banyak2.. dah la kena tunggu lama..

Cerita lawak masa nak konvo ni.. kita datang lambat, sampai menangis sebab takut tak boleh berkonvo.. Haha.. sampai menangis.. risau lambat.. dah la lambat, pastu jubah xde kat kita pulak.. ada kat Abang.. Abang bawak balik Kelantan, sebab plannye nak pergi dengan Abang dari Gombak.. Last2 kakak nak datang ambil, so gerak dari Bidor la.. Sampai kat UPSI tu kalut la cari abang, sebab xde jubah camne nak konvo ehh.. Huhu..

Oklah, dah lega dapat jubah tu, pergilah balik masuk panggung percubaan nak tggu no giliran dan taklimat sikit.. Masa tu dapat jumpa kawan2 lama yang dah setahun lebih xjumpa... borak huha huha.. amik gambo.. lalalalla.. camtu je la.. pastu bila dah berarak masuk Dewan Besar tu, memang rasa pelik dah bila jalan rasa tak sedap.. ok la, menyesal pakai kasut wedges tu, sakit kaki awak.. wat2 relaks jela macam tak sakit.. pastu bila nak duduk tu tersalah pijak kot mana tak tau, nasib baik tak jatuh... huhu..

Tengah duduk tunggu turn course kita ni kaki tak duk diam, kejap2 bukak kasut.. pastu baru terperasan... tapak kasut tu dah lekang.. huwa.. camne ni... takutnya masa berjalan atas pentas tapak tu tertinggal.. adehhh.. risau dah masa tu, kiri kanan plak bukan kawan2 rapat.. nak pinjam kasut sape pulak time2 dalam dewan camni.. ya Allah, tabahkan hati je.. dengan jubah yg kejap2 asyik terbukak je cangkuknye.. Allah.. stressnyaaa... dah tiba giliran kita tu macam lajuuuu je berlalu.. tak pe, kita hadapi jelahhh situasi ni.. nak buat macam mana lagi.. jubah tak sempat nak cangkuk balik.. kepala otak risauu tapak kasut tercabut.. aduhai.. nasibla semua berlalu dengan lancar.. Nasib la tak terjatuh tersadung kat atas pentas...

Alhamdulillah selesai dah semuanya... dah berlalu pun.. tapi kalau tengok gambar konvo memang klako ler.. sebab nampak tapak kasut yang lekang tu.. lepas tu plak masa ambil skrol tu mata pejammm.. geramm betull... dah bayo kan, gambar atas stage lak tah pape.. sabar sangatttt... huhh..

Yang sedihnya gambar2 dengan family tak de sangat gambar yang kita berjubah, haha.. sedih sikit.. semua sebab excited bagi semua adik beradik ma & abah pakai jubah bucuk kita tu...

Yang sedihnya jugak, sebab tak jumpa langsung kawan BFF praktikal.. sedihhh tak terkata...

Related Posts with Thumbnails